Friday, August 1, 2008

PAS Tolak Tawaran UMNO

Saya berpandangan bahawa PAS seharusnya lebih berhati – hati dalam melangkah ke hadapan.

Benar UMNO berharap pada PAS kerana PAS berada dalam keadaan yang amat baik pada masa kini.

Benar juga PAS menolak perlawaan UMNO atas sikap UMNO yang mendadik dada serta sombong ketika kuat. Tetapi bila lemah mulalah berfikir tentang sikap untuk bersama PAS dalam memerintah kononnya.

Tetapi harus diingat, dalam melangkah ke hadapan PAS harus berwaspada serta berpandangan jauh kerana:

Sokongan masyarakat bukan Islam lebih kepada DAP & PKR. Sokongan golongan ini kepada PAS lebih kepada sokong membawa rebah! Jika tiada sokongan DAP & PKR kepada PAS maka PAS akan berkeseorangan sekali lagi selepas ini.

Faktor penyatu semua ini ialah Anwar Ibrahim. Nampak apa yang sudah terang lagi bersuluh ialah Anwar Ibrahim terus menerus agresif untuk menjadi Perdana Menteri. PAS merupakan antara wadah yang beliau gunakan. Persoalannya jika Anwar Ibrahin berjaya kelak, di mana tempat PAS. Jika dilihat PAS seolah – olah melukut di tepi gantang di Selangor, tanpa apa – apa posisi di Penang, di Perak pula diapit kuat oleh DAP!.

Berdasarkan ideologi DAP & PKR, bezanya jauh sekali dengan PAS. DAP lebih sosialis, PKR bersifat global universal, sementara PAS pula Islamik. Tetapi titik temu yang wujud tiada. Yang ada ialah Anwar Ibrahim????

Islam sekarang dipandang hina dan lemah. Nampaknya memang orang beragama Islam amat susah bersatu bagi tujuan yang amat mudah. Nampak gayanya UMNO & PAS kena berusaha lebih keras untuk membuktikan bahawa Islam itu penuh hemah dan bijaksana.

Terima kasih.

ttp://musangterbang12.blogspot.com/

Berikut adalah kenaytaan media Tuan Guru Presiden PAS setelah mempengerusikan mesyuarat JK PAS Pusat siang tadi bersekali dengan Majlis Syura Ulamak

PAS:PAS TOLAK TAWARAN UMNO TETAPI AKAN TERUSKAN PERBINCANGANDEMI KEPENTINGAN NEGARA DAN UMMAHPAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri.

Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.Walaubagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.

Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANGPresidenParti Islam Se Malaysia (PAS)31 Julai 2008.

No comments: