Monday, November 30, 2009

Ada Sejuta Keluarga dikategorikan sebagai miskin & miskin tegar bakal menerima SUBUR. Biar betul. Kita kena berbuat sesuatu.

Mingguan Malaysia, Ahad 29/11/2009

Sejuta keluarga layak

JEMPOL 28 Nov. – Lebih sejuta keluarga yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dijangka menerima kupon subsidi beras melalui Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu, setakat ini 248,000 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima kupon itu dan bilangan itu dijangka terus meningkat.

Selanjutnya sila baca di Mingguan Malaysia!

Ulasan saya:

Terkejut pun ya, tak percaya pun ya, rasa pelik pun ada jugak, melopong dibuatnya sudah tentu!

Setelah Malaysia Medeka melebihi 50 tahun, jumlah rakyat yang miskin dan tidak mampu masih ramai. Cuba kita kira, jika 1 juta keluarga ini didarab dengan empat, jumlahnya akan menjadi 4 juta orang. Selalunya bagi keluarga miskin anak – anak mereka selalunya ramai. Kita anggarkanlah lah sekitar 6 orang sekeluarga, ini akan menjadikan isi rumah yang miskin di Malaysia ialah sebanyak 6 juta orang.

Ramaiiiiiinya! Penduduk Malaysia dalam lingkungan 30 juta orang. Jadi berapa % yang miskin. Kira sendiri.

Persoalan berikutnya ialah kaum manakah yang tercicir ini? Sudah tentu kaum Melayu, memandangkan secara logiknya mereka ini merupakan kaum majoriti.

Dengan adanya pelbagai agensi baik diperingkat Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Zakat Negeri – Negeri, Amanah Ikhtiar Malaysia, pelbagai skim bantuan melalui MARA, TEKUN, BSN termasuk penyediaan bantuan keperluan di Sekolah, Petani, Setinggan dan lain – lain lagi, rupa – rupanya jumlah keluarga miskin di Malaysia ini tidak berkurangan.

Ini belum termasuk aktiviti – aktviti pembasmian kemiskinan yang digerakkan oleh pelbagai NGO.

Adakah salah dimana – mana angka yang diberikan ini?

Suatu realiti yang perlu diambil kira di sikap orang Melayu yang gemarkan status quo. Ini tergambar bila ada anak – anak yang sudah berjaya tetapi masih membiarkan nama orang tua mereka terus menerima zakat, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan – bantuan dari parti – parti politik dan sebagainya lagi. Sepatutnya keluarkan nama mereka dari senarai tersebut. Ingat tangan di atas lebih baik dari tangan dibawah.

Di pihak Kerajaan pula, ia menampakkan kegagalan. Sepatutnya kita telah dapat mengurangkan kemiskinan. Ini tidak dengan sejumlah wang yang banyak, kita masih gagal lagi. Adakah kerana aktivitri – aktiviti yang kita laksanakan tidak berkesan langsung? Atau pihak yang mentadbirnya iaitu Pegawai Kerajaan tiada inovasi dalam penyampaian? Ataupun wang yang sepatutnya disalurkan hilang akibat rasuah? Semuanya menampakkan persoalan dan tiada jawapan.

Rakyat terus menjadi keluh kesah dan jawapan yang ada amat tidak memuaskan langsung. Adalah lebih baik Kerajaan memastikan pemberian untuk mengurangkan kemiskinan benar – benar sampai ke sasarannya. Malulah jika terus begini dan harapnya tidak akan menjadi bom jangka politik.

Jangan angka yang sejuta ini menjadi lebih banyak. Ini bermakna kita gagal terus. Sewajarnya Kerajaan meletakkan KPI untuk mengurangkan kemiskinan ini secara terus dan bukannya hanya berbicara tanpa sebarang data dan fakta.

Ayuh, apa lagi, mari terus bekerja untuk mengurangkannya!

Wednesday, November 25, 2009

'Jangan larang Nik Aziz letak jawatan' - Nik Abduh Nik Aziz, EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat / Anak YAB Tuan Guru Nik Aziz

Kita seharusnya bersetuju dengan pandangan (boleh juga ditakrifkan sebagai permintaan) ini. Janganlah kita begitu mementingkan kepentingan sendiri kerana ingin terus berkuasa sehingga tidak mahu melepaskan beliau dari jawatan tersebut. Dalam politik, there’s no such thing is status quo. In fact, in life also like that!

Dalam proses kepartian, setiap parti seharusnya menunjukkan berlakunya proses perubahan kepimpinan. Menukar individu di hieraki tertinggi parti merupakan salah satu dari elemennya, tidaklah terkecuali PAS Kelantan terutamanya.

Dahulu sekian ramai mengkritik sebuah Parti yang lain kononnya balik – balik yang itu, pusing – pusing yang sama tetapi janganlah PAS Kelantan pun seperti Parti itu.

Malahan ketika salah seorang Menteri Besarnya di sebuah negeri di Utara tiba – tiba stroke, seolah – olah tiada pengganti yang dapat dinamakan. Malu bukan kepalang. Sebab menurut Setiausaha Agung Parti itu, jumlah keahlian melebihi 2 juta orang. Punyalah ramai ahli, tetapi untuk mengganti seorang Menteri Besar yang sedang sakit begitu payah.

Jadi PAS Kelantan sudah sampai masanya menunjukkan sesiapa yang bakal menggantikan MB Kelantan. Malah pandangan anaknya boleh dianggap sebagai permintaan dibawah sedar yang empunya badan. Kita sedar, sesiapa pun yang dipilih dan dinamakan kelak akan menimbulkan sedikit sebanyak perdebatan dan perbezaaan. Tetapi itulah politik!

Pemimpin perlu berganti pada setiap keadaan! Tiada yang terkecuali. Rakyat melihat semua itu. Janganlah hanya berani mengkritik tentang kononnya Parti itu tidak mahu berubah dan terus dikatakan bahawa rakyat akan mengubah Parti itu kelak. Tetapi anda di PAS Kelantan pun lebih kurang begitu juga sikapnya.

Jika pun YAB Tuan Guru Nik Aziz masih mahu diteruskan kepimpinannya, silalah tunjuk siapa bakal menggantikannya. Adalah lebih baik yang bakal menggantikannya mengambil peranan yang lebih prominen. Bukannya yang mungkin bakal mengganti kata beliau tidak mahu dan berilah peluang itu pada orang lain. Sementara itu, bakal pengganti yang satu lagi kata mohon dinamakan pengganti. Aikkk tolak menolak nampaknya.

Jangan jadi seperti Pulau Pinang! Akibat ketidak tentuan Tan Sri Koh Tsu Koon menamakan penggantinya, jatuh berkecai Parti Gerakan di sana. Tan Sri Koh Tsu Koon pula sedang beralih angin ke kerusi Parlimen, tetapi meninggalkan negeri yang diterajuinya terkontang – kanting. Bila rakyat marah dan kecewa, maka berlakulah seperti yang telah berlaku pada Mac 2008.

Sebagai Parti Main Stream PAS kena bersedia. Cabaran dibahu anda!

Tuesday, November 17, 2009

Wahai PAS apa yang sedang ditempurkan? Selamat Menjadi Parti Main Stream.

Wahhhh, PAS hari ini benar – benar merupakan parti main stream dan wajar dipandang berkali – kali oleh lawannya. PAS hari ini bukan lagi PAS yang dahulu. PAS kini begitu kontemporari lakunya dengan pimpinan yang penuh berwarna warni. Ini lah parti yang pimpinannya begitu ramai ada kelayakan akademik yang tinggi dalam konteks politik Malaysia.

Cuba kita lihat pada Timbalan Mursiyudul Am Dato’ Dr. Haron Din, bekas Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sementara Timbalan Presidennya iaitu Dr Nasharuddin ada PhD. Seorang Naib Presiden ialah Dr. Mujahid Rawa pun ada PhD.

PAS juga membuka pintu parti mereka kepada pengkritik – pengkritik politik kontemporari Malaysia. Malah mereka ini sanggup mendengarnya from the horses mouth dan menyediakan ruang pula untuknya. Inilah yang dapat dilihat melalui Seminar Memperkasakan PAS tempoh hari.

Jadi amatlah nampak ketinggian ilmu dan perilaku baru parti yang bernama PAS ini. Terserlah juga kematangan mereka dan inilah yang ingin dilihat jika ditakdirkan oleh Allah SWT memerintah Malaysia kelak.

Tetapi bila parti dah jadi main stream maknanya segala tingkah lakunya kecil atau besar akan diketahui ramai dan ramailah yang ingin tahu. PAS perlu juga maklum bahawa ada banyak pak sebok yang begitu berminat dengan PAS dengan pelbagai niat.

Jadi sebenarnya pertempuran yang berlaku dalam PAS hari ini adalah pertempuran yang genuine. Yang bermula dari PAS, tetapi dibesar serta digemburkan oleh para peminat PAS dari pelbagai parti serta kelompok lain.

Kita ambil contoh persoalan Baiah. Ianya bermula dari mulut YB Khalid Samad dan menjadi besar akibat komen – komen yang muncul dari PAS sendiri. Jadi tidak wajarlah disalahkan orang lain.

Isu yang bergelora disebalik banjir yang melanda Kelantan ialah berkisar tentang Son in Law Kelantan. Tapi Son in Law Kelantan ni memang yang disayangi oleh Father in Law. Tahniahlah, seronok bila dapat jadi menantu kesayangan. Ianya seperti dunia ana….. yang punya!

Jika Son in Law Persekutuan yang dahulu, pertempuran dimulakan oleh partinya sendiri iaitu UMNO kerana ramai yang tidak senang hati dengannya. Ia ler, asyik melanggar Hantu Raya serta Jembalang Tanah aje, maka dirasuk supaya keadaan jadi berubah. Berita – berita tentang Son in Law Kelantan ini pun sebenarnya dimulakan oleh orang dalam PAS.

PAS sewajarnya melayan pertempuran pendapat berkenaan Son in Law Kelantan ini dengan sebaik – baiknya. Jadi asyik tuduh orang lain berniat buruk. Takkanlah kita sahaja yang betul dan tidak pernah tersilap pertimbangan.

Ini belum lagi masuk pertempuran belakang tabir antara Geng Ulama dan Geng Erdogan dalam PAS. Kalaupun bukan nama gengnya begitu, tetapi nyata ada pertempuran di antara ahli – ahli PAS.

Betul, bila parti kita semakin membesar dan menjadi tempat naungan pelbagai pemikiran, ideologi, pandangan yang pelbagai beginilah yang sepatutnya. Jadi PAS tidak perlu takut kepada pertempuran sebegini. UMNO pernah bertempur sebegini, pecah dua, bergabung, pecah semula, namun masih kuat dan mempunyai penyokong yang sedia menanti.

PAS perlu bersedia untuk menangani pelbagai pertempuran yang akan berlaku dengan lebih banyak dan giat. Inilah proses yang akan membawa kepada lebih kematangan dan kewibawaan.

Ingat, pemimpin diuji dengan pelbagai cara. Hanya yang cerdik akan terselamat dan dikagumi. Yang lemah akan hancur berkecai.

Jadi PAS apa yang sedang berlaku adalah biasa!

Selamat Menjadi Parti Main Stream! Jangan pandang belakang lagi.

Thursday, November 12, 2009

Comments on Cuepacs Accepts Government Decision On Not Giving Bonus. Please read it between the Lines & Be Careful.

Kindly read the article carefully, in particular the part been italics.


Cuepacs Accepts Government Decision On Not Giving Bonus
Bernama, 12 Nov 2009

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Cuepacs has accepted the government decision not to pay a bonus of two months' salary to the 1.2 million civil servants this year after getting clarification from Datuk Seri Najib Tun Razak Thursday.

Its president, Omar Osman said the Prime Minister, however, gave an assurance that he would look into the payment of an additional bonus of RM500 in the near future if the economic situation permitted it.

"The Prime Minister also gave an assurance that he would consider the payment of the two months' bonus as requested by the congress if the country's economic situation recovered later.

"This matter is under consideration by the Prime Minister, but in the near future we hope there is an addition of RM500 for civil servants to receive RM1,000 in December," he told reporters after a meeting of about one hour with the Prime Minister at Parliament House, here Thursday.

For civil servants with the rank of 'Jusa' and above, Omar said the Prime Minister also agreed to consider the request of the congress to allow an income tax reduction of up to 30 per cent.

Omar said that at the meeting, Najib explained that the government might have to borrow from other sources if it were to meet the demand of the congress.

Cuepacs had earlier requested that the government consider the payment of a bonus of two months' salary for civil servants in the tabling of the 2010 Budget on Oct 23.

The government however announced that it would give a special payment of RM500 to government employees in grades 41-54 and its equivalent as well as government pensioners in December

At the meeting, the Prime Minister also agreed to increase the annual grant to Cuepacs to RM1 million beginning next year, he said.

Last year, Cuepacs received RM350,000 to carry out its activities.

-- BERNAMA

My comments:

1. I do not understand why JUSA via Cuepacs have to ask reduction in Income Tax. Just because the Government don’t want to give bonus doesn’t mean that they not need to pay tax?

2. Income Tax is Income to Government in order to financing back our beloved Country. So, I still do not understand why this request was made?

3. Don’t get bonus doesn’t mean the end of the world, so why this request?

4. If the Government allow to this one, that mean others including you and me also entitle to it!

5. Others in Rank & File of Government Service, please also fight for your certain benefit and privileges, not just people in JUSA Category.

1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!

Sunday, November 8, 2009

Kecerdikan Politik Baru…………………Berkait Lagi dengan Falsafah Baru Abad 3,000


Tahniah PAS! (kali beberapa jumlah yang anda sendiri fikirkan bersesuaian).

Melalui Seminar Politik PAS yang dianjurkan pada Sabtu lepas, telah membawa dua pemerhati dan pengkritik tersohor politik Malaysia. Malahan bukan itu sahaja, salah seorang panel tersebut ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari yang telah memberi pandangannya di Sinar Harian serta Malaysiakini yang mengkritik pedas kepemimpinan YB TG Abdul Hadi yang telah menimbulkan pelbagai reaksi.

Jadi sebenarnya PAS ini amat berani. Individu yang telah mengkritik kepimpinannya dijemput pula untuk mempertahankan kesnya di Seminar yang dianjurkan olehnya. Belum dengar lagi ada parti politik lain yang berbuat perkara yang sama.

Besar sungguh jiwa PAS dan begitu terbuka dalam menerima kritikkan. Jika ada yang marah – marah dan tidak dapat menerimanya, itu perkara biasa.

Inilah parti yang kita hendak lihat berkembang pesat. Berhujah dalam menegakkan sebarang pendapat dan ditepis juga melalui hujah jika tidak bersetuju dengan sebarang hujah yang telah dikemukan.

Pandangan yang kemudiannya diberikan oleh Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah turut dilihat selari dengan keadaan yang berlaku dalam PAS kini.

Jadi parti – parti politik lain di Malaysia bagaimana? Adakah anda akan seberani PAS? Atau anda Cuma berkata – kata sahaja bahawa anda berani tetapi anda sebenarnya penakut? Atau anda sebenarnya lebih takut dari ketakutan itu sendiri?

Inilah dia kecerdikan politik baru. Nampak gayanya, aras yang ditunjukkan oleh PAS ini begitu tinggi untuk diikuti oleh segolongan parti politik yang lain.

Soalannya ini ISO yang mana?

Thursday, November 5, 2009

Isu Dr. MAZA. Semua Pihak Sila jawab dengan terang agar mudah difahami. Bukannya dengan penuh sembunyi tanpa tanggungjawab.

Isu – isu susulan selepas penahanan Dr. Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) menimbulkan pelbagai polemik. Semua pihak memberikan pelbagai komen yang akhirnya menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.

Perkara yang akhirnya diulang – ulang masih berbangkit soal apakah itu ajaran Wahabbi. Yang paling peliknya semua pihak yang berkaitan tidak dapat menjelaskan apa sebenarnya ajaran yang digelar sebagai ajaran Wahabbi ini. Dr. Maza dengan jelas menyatakan bahawa beliau tidak Wahabbi ataupun tahu mengenai ajaran Wahabbi.

Malahan jawapan ataupun mungkin pandangan YB Dr. Masitah penuh berlapik dan seolah – olah tidak mahu mengulas lanjut berkenaan ajaran Wahabbi ini.

Masyarakat hari ini telah berubah dan bersedia untuk menerima pandangan baru. Tidak terkecuali urusan – urusan yang berkaitan agama Islam. Jika sekiranya balik – balik jawapan yang kita dengar ialah kita masih boleh membendung ajaran Wahabbi dan Malaysia mengamalkan ajaran Ahlu Sunnah Wal Jaamah dari Mahzab Syafei.

Apakah maksudnya? Jawapan yang diberipun penuh dengan kekeliruan. Yang patutnya, sila jelaskan perkara yang sebenarnya. Bukan berselindung di sebalik apa – apa pun. Masyarakat sekarang semakin berilmu dan lebih terbuka. Perbahasan berkenaan agama dan isu – isu berkaitan perlu diperbanyakkan agar akhirnya masyarakat boleh memilih dan faham kenapa pilihan tersebut telah dibuat olehnya.

Semoga peristiwa yang menimpa Dr. MAZA membawa kebaikan kepada semua umat Islam di Malaysia. Kita akhirnya ingin bertanggungjawab atas pilihan yang kita buat. Kita juga tidak mahu pilihan tersebut dipaksa kepada kita oleh orang lain tanpa ada kewarasan!

Tuesday, November 3, 2009

Semua Isu Menjadi Politik, Semua Politik Dijadikan Isu. YB Khalid Samad lah yang paling terer wayangnya!

Isu terpanas kini ialah peristiwa penangkapan Dr MAZA atas tuduhan mengajar ilmu – ilmu dalam agama Islam tanpa tauliah di Selangor. Selepas tu YB Khalid Samad ini turut tumpang semangkuk bagi memberikan pandangannya berkenaan isu. Tak tahulah samada diminta atau tidak.

Ditanya pasal Dr. MAZA, dijawapnya sedikit, tetapi beliau kemudian lebih banyak menuturkan kekesalannya terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadapnya. Macam bunyi pukul anak sindir menantu aje disebabkan ketidak ngamnya beliau dengan YB Dato’ Dr. Hassan Ali. Itu soal perhubungan politik sesama parti di antara mereka berdua. Terpulang……

Isu memberi tauliah atau tidak ini lebih merupakan isu pentadbiran dan sebenarnya mudah untuk diselesaikan. Bila YB Khalid Samad menyatakan bahawa peraturan ini merupakan peraturan lapuk yang dibuat oleh penjajah British dan kemudiannya diteruskan oleh UMNO.

Halllllo YB. kalaupun marah dengan JAIS sebab tauliah sementara YB ditarik semula, pergilah buat aduan rasmi kepada JAIS atau YB Dato’ Dr. Hassan Ali. Apa pasal perlu burukan UMNO.

JAIS kini dibuat pengaruh dan kuasa PR yang memerintah Selangor. Buatlah apa sahaja yang patut berkenaannya dan janganlah membodohkan rakyat. Kami faham kenapa anda berkata demikian tetapi ianya salah sasaran.

Yang lebih penting selaku rakan dalam PR Selangor, seharusnya YB Khalid Samad mengutarakan idea – idea serta cadangan – cadangan untuk menambah baik JAIS. Bukannya menghentam UMNO kerana YB Khalid Samad telah gagal dan tidak berbuat apa – apa langsung berkenaan mengubah institusi – institusi yang berada di bawah pemerintahan PR Selangor.

BIla kena batang hidung YB. sendiri barulah ingin bertindak dan berkata – kata dengan penuh geliganya. Tetapi semasa belum terkena YB senyap sahaja. Jadi ada baiknya YB utarakan cadangan serta pelan bertindak untuk JAIS ni. Sebabnya rakyat pun telah lama rasa JAIS ini amat rigid dengan peraturan – peraturannya tanpa berbuat sesuatu bagi menambah baik.

Jadi YB Khalid Samad, bola berada di kaki anda, mainkanlah dengan cermat. Kami sedang memerhatikan anda!

Sunday, November 1, 2009

Realiti Baru Hari Ini……! Anda di sebilangan yang mana? …..

Dalam kala berbicara dan melihat reaksi ramai, sedarlah saya bahawa PARTI ITU kini sedang dalam proses kehilangan sokongan ramai yang begitu besar sekali.

Sebilangan ramai yang menjadi Guru, sokongan dan pandangan mereka telah terarah ke suatu hujung yang begitu hening. Ini termasuklah sahabat yang dahulunya dilihat kearah PARTI ITU kini haluan telah berubah.

Bagi sebilangan yang berniaga pula, kejelakkan mereka pada PARTI ITU begitu terserlah. Yang kerap dituturkan ialah bila mereka mohon bantuan melalui PARTI ITU pintunya dihadang oleh sekumpulan manusia yang berkawal dimuka pintu yang sedia ada. Tetapi cukup mudah PARTI ITU meminta sokongan pada sebilangan yang berniaga bila ada keperluan. Jadi PARTI ITU tidak menunjukkan timbal balik. Sebilangan yang berniaga ini dahulunya dilihat ke arah PARTI ITU juga, tetapi haluan hari ini berubah jua.

Bagi sebilangan yang bekerja swasta pula, PARTI ITU tidak lagi memberikan apa – apa makna kepada mereka. Aktivis – aktivis PARTI ITU tidak kelihatan membangun komuniti setempat. Jadi tiadalah hubungan di antara PARTI ITU dengan sebilangan yang bekerja swasta dikomuniti setempat. Sebilangan yang bekerja swasta ini dahulunya dilihat ke arah PARTI ITU, tetapi mereka telah berubah haluan dengan lebih dahulu.

Bagi sebilangan yang lain pula, yang makan gaji dengan kerajaan, peranan yang dimainkan oleh PARTI ITU menimbulkan syak – wasangka serta tidak fahami tingkah lakunya. Walaupun boss sebilangan yang bekerja kerajaan ini merupakan ahli – ahli politik termasuk dari PARTI ITU, tetapi nampaknya ia hanyalah komunikasi sehala. Jadi bagaimana ini boleh berlaku? Sedangkan mereka inilah sebenarnya antara talian hayat PARTI ITU. Berubah la juga haluan sedia ada.

Jadi sebilangan yang masih menyokong PARTI ITU adalah minoriti sahaja. Sebilangan minoriti yang dikata menyokong ini hanya berasaskan hujah bahawa dia ni dahulunya bergerak dalam semangat PARTI ITU, jadi sudah tentulah sekarang dia masih kepada PARTI ITU.

Walaupun boleh diperdebatkan lagi, hujah tersebut boleh diterima secara dasarnya. Namun begitu yang dikatakan minoriti yang menyokong PARTI ITU belum tentu lagi akan menyokong PARTI ITU kelak. Jadi dalam minoriti akan wujud sekumpulan minoriti yang lain. Wah…… Jangan minoriti yang lain ini pula jadi majoriti dalam minoriti, maka nasib PARTI ITU akan lebih kelam lagi.

Jadi terpulanglah kepada PARTI ITU apa yang harus dilakukannya!!!!!!

Kita cakap dan cadangankannya tidak mahu didengar sebab yang biasa ialah kami sudah tahu jawapannya. Cumanya PARTI ITU kena disedarkan realitinya.