Comments on anything that interest me. Politics is one of it. Community servicing is the 2nd.
Sunday, November 8, 2009
Kecerdikan Politik Baru…………………Berkait Lagi dengan Falsafah Baru Abad 3,000
Tahniah PAS! (kali beberapa jumlah yang anda sendiri fikirkan bersesuaian).
Melalui Seminar Politik PAS yang dianjurkan pada Sabtu lepas, telah membawa dua pemerhati dan pengkritik tersohor politik Malaysia. Malahan bukan itu sahaja, salah seorang panel tersebut ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari yang telah memberi pandangannya di Sinar Harian serta Malaysiakini yang mengkritik pedas kepemimpinan YB TG Abdul Hadi yang telah menimbulkan pelbagai reaksi.
Jadi sebenarnya PAS ini amat berani. Individu yang telah mengkritik kepimpinannya dijemput pula untuk mempertahankan kesnya di Seminar yang dianjurkan olehnya. Belum dengar lagi ada parti politik lain yang berbuat perkara yang sama.
Besar sungguh jiwa PAS dan begitu terbuka dalam menerima kritikkan. Jika ada yang marah – marah dan tidak dapat menerimanya, itu perkara biasa.
Inilah parti yang kita hendak lihat berkembang pesat. Berhujah dalam menegakkan sebarang pendapat dan ditepis juga melalui hujah jika tidak bersetuju dengan sebarang hujah yang telah dikemukan.
Pandangan yang kemudiannya diberikan oleh Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah turut dilihat selari dengan keadaan yang berlaku dalam PAS kini.
Jadi parti – parti politik lain di Malaysia bagaimana? Adakah anda akan seberani PAS? Atau anda Cuma berkata – kata sahaja bahawa anda berani tetapi anda sebenarnya penakut? Atau anda sebenarnya lebih takut dari ketakutan itu sendiri?
Inilah dia kecerdikan politik baru. Nampak gayanya, aras yang ditunjukkan oleh PAS ini begitu tinggi untuk diikuti oleh segolongan parti politik yang lain.
Soalannya ini ISO yang mana?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment