Tuesday, November 17, 2009

Wahai PAS apa yang sedang ditempurkan? Selamat Menjadi Parti Main Stream.

Wahhhh, PAS hari ini benar – benar merupakan parti main stream dan wajar dipandang berkali – kali oleh lawannya. PAS hari ini bukan lagi PAS yang dahulu. PAS kini begitu kontemporari lakunya dengan pimpinan yang penuh berwarna warni. Ini lah parti yang pimpinannya begitu ramai ada kelayakan akademik yang tinggi dalam konteks politik Malaysia.

Cuba kita lihat pada Timbalan Mursiyudul Am Dato’ Dr. Haron Din, bekas Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sementara Timbalan Presidennya iaitu Dr Nasharuddin ada PhD. Seorang Naib Presiden ialah Dr. Mujahid Rawa pun ada PhD.

PAS juga membuka pintu parti mereka kepada pengkritik – pengkritik politik kontemporari Malaysia. Malah mereka ini sanggup mendengarnya from the horses mouth dan menyediakan ruang pula untuknya. Inilah yang dapat dilihat melalui Seminar Memperkasakan PAS tempoh hari.

Jadi amatlah nampak ketinggian ilmu dan perilaku baru parti yang bernama PAS ini. Terserlah juga kematangan mereka dan inilah yang ingin dilihat jika ditakdirkan oleh Allah SWT memerintah Malaysia kelak.

Tetapi bila parti dah jadi main stream maknanya segala tingkah lakunya kecil atau besar akan diketahui ramai dan ramailah yang ingin tahu. PAS perlu juga maklum bahawa ada banyak pak sebok yang begitu berminat dengan PAS dengan pelbagai niat.

Jadi sebenarnya pertempuran yang berlaku dalam PAS hari ini adalah pertempuran yang genuine. Yang bermula dari PAS, tetapi dibesar serta digemburkan oleh para peminat PAS dari pelbagai parti serta kelompok lain.

Kita ambil contoh persoalan Baiah. Ianya bermula dari mulut YB Khalid Samad dan menjadi besar akibat komen – komen yang muncul dari PAS sendiri. Jadi tidak wajarlah disalahkan orang lain.

Isu yang bergelora disebalik banjir yang melanda Kelantan ialah berkisar tentang Son in Law Kelantan. Tapi Son in Law Kelantan ni memang yang disayangi oleh Father in Law. Tahniahlah, seronok bila dapat jadi menantu kesayangan. Ianya seperti dunia ana….. yang punya!

Jika Son in Law Persekutuan yang dahulu, pertempuran dimulakan oleh partinya sendiri iaitu UMNO kerana ramai yang tidak senang hati dengannya. Ia ler, asyik melanggar Hantu Raya serta Jembalang Tanah aje, maka dirasuk supaya keadaan jadi berubah. Berita – berita tentang Son in Law Kelantan ini pun sebenarnya dimulakan oleh orang dalam PAS.

PAS sewajarnya melayan pertempuran pendapat berkenaan Son in Law Kelantan ini dengan sebaik – baiknya. Jadi asyik tuduh orang lain berniat buruk. Takkanlah kita sahaja yang betul dan tidak pernah tersilap pertimbangan.

Ini belum lagi masuk pertempuran belakang tabir antara Geng Ulama dan Geng Erdogan dalam PAS. Kalaupun bukan nama gengnya begitu, tetapi nyata ada pertempuran di antara ahli – ahli PAS.

Betul, bila parti kita semakin membesar dan menjadi tempat naungan pelbagai pemikiran, ideologi, pandangan yang pelbagai beginilah yang sepatutnya. Jadi PAS tidak perlu takut kepada pertempuran sebegini. UMNO pernah bertempur sebegini, pecah dua, bergabung, pecah semula, namun masih kuat dan mempunyai penyokong yang sedia menanti.

PAS perlu bersedia untuk menangani pelbagai pertempuran yang akan berlaku dengan lebih banyak dan giat. Inilah proses yang akan membawa kepada lebih kematangan dan kewibawaan.

Ingat, pemimpin diuji dengan pelbagai cara. Hanya yang cerdik akan terselamat dan dikagumi. Yang lemah akan hancur berkecai.

Jadi PAS apa yang sedang berlaku adalah biasa!

Selamat Menjadi Parti Main Stream! Jangan pandang belakang lagi.

No comments: