Tuesday, October 27, 2009

Lagi – lagi Perak, balik – balik Perak…….. (Hantu Raya pun tidak tidur malam dibuatnya)…….

Insiden – insiden politik yang telah, sedang dan akan berlaku di Perak sejak 2008 akan terus menjadi bualan, tontonan malahan senda gurau di seluruh Malaysia. Bila berjumpa rakan – rakan, ramai akan kata Yeop Perak ni dah mai….. kita perang dulu…..!

Mana lagi pernah berlaku Persidangan Bawah Pokok, Persidangan di Dewan Hotel, Speaker (ataupun telah hilang status Speakernya pada masa tersebut) diheret keluar Dewan, kes – kes yang difailkan diMahkamah, affidavit – affidavit yang menjela – jela panjangnya. Lebih bagus lagi hari ini ialah Persidangan 2 dalam 1. 1 Dewan 2 Persidangan. Fuuhhhhh lagi terer dan hebat.

Orang Perak telah dengan jelas menunjukkan kehebatan mereka. Malahan kehebatan Orang Perak ini telah dilihat sejak dari zaman Kerajaan Gangga Negara lagi membawa kepada peperangan berebut kawasan bijih timah, revolusi menentang Inggeris di Pasir Salak dan membawa kepada pergolakan politik hari ini. Tetapi dimana penyelesaiannya?

Jika merujuk kepada budaya Orang Cina di China, jika tiadanya lagi “Divine Blessing” dari Langit, maka Negara akan tidak aman sentosa. Pergolakkan, peperangan, kemarau, serta bencana sebagainya akan datang tanpa diundang dan terus – terusan berpanjangan.

Kata – kata akhirnya mudah sahaja, marilah kita bertanding semula. Siapa yang dipilih kelak, merekalah yang akan mentadbir Negeri Perak ku.

Tapi sampai la ni Hantu Raya, Jembalang Air, Langsuir Terbang semuanya sedang pening serta mabuk di Perak.

Saya pun nak bertanding di Kawasan DUN Changkat Jong.

Ada berani?! Saya berani dan telah sedia!

UNDILAH CALON ANDA!

Monday, October 26, 2009

Sumbanglah dimana perlu…………(Eloklah jadi HANTU RAYA yang menyumbang)

Sudah biasa didengari atau bilamana individu dalam masyarakat berkata – kata bahawa dia tu gila kuasa….., semuanya dia nak bolot….., mulutnya bising………. asyik dia aje dimana – mana…. dah tak ada orang ke… dia lagi! Sampai mendidih telinga bila mendengarnya. Sampai hari ini pun begitu! Aduhhhhhhh.

Sebenarnya individu yang dimaksudkan / dikatakan sebagai begitu begini ialah orang yang mahu memimpin / membantu dalam gerakan bermasyarakat. Cuma malangnya individu tersebut robust! Jadi dikata, diumpat keji dengan pelbagai cemuhan.

Individu dalam masyarakat yang mengata begitu begini tu buat apa? Mereka ini sebenarnya tak berbuat apa – apa pun. Cuma pandai mengeji begitu begini sahaja. Sebab yang ketara ialah (mereka sebenarnya malas), kononnya tidak mahu campur, kononnya kami berkecuali dari politik, kononnya tidak ada masa, kononnya tidak mahu bergaduh serta pelbagai konon lagi yang terus menerus dicipta dan didendangkan.

Dalam aktiviti diperingkat masyarakat seperti Persatuan Ibu Bapa & Guru, Persatuan Penduduk, bila dipanggil ke mesyuarat ataupun perbincangan bersama, yang hadir selalunya muka yang itu juga, yang biasa nampak dimana – mana. Bila memilih para AJKnya akan dipilih orang yang sama juga. Orang yang inilah akan dikata begitu begini oleh orang lain yang tidak mahu datang – datang serta menjelma.

Dalam keadaan yang lebih teruk lagi akan wujudlah ayat – ayat bahawa orang – orang dari Parti Politik A atau B ataupun C yang menguasai itu dan ini. Orang yang mengata begitu begini terus tidak mahu menyokong, kononnya tidak mahu ia dikuasai oleh orang politik. Jadi lebih senang balik rumah tutup pintu serapat – rapatnya. Bila terdengar ada kecurian pada sebelah malamnya pulak, tidak juga bangun membantu. Bila sedar keesokkan harinya, pura – pura tak dengar, handphone mati, terdeman pula malam tadi serta lain – lain ayat dewata terindah abad ini.

Realitinya orang yang dikata begitu begini tu ada sumbanganya, tetapi orang yang mengata begitu begini kepada orang lain apa pula sumbangannya selain daripada mengata begitu begini?

Inilah dia realiti masyarakat Malaysia hari ini!

Anda siapa? Yang dikata sebagai orang yang begini begitu atau orang yang mengata orang lain sebagai begini begitu?

Terpulang…..Saya tahu saya dimana!

Thursday, October 22, 2009

Reaksi Kepada Laporan Ketua Audit Negara 2008…………. (Hantu Raya yang macam manalah buat semua ni)

Selepas membaca serta meneliti Laporan tersebut reaksi pertama saya ialah aduh…..aduh…..aduh….. berkali – kali. Pada tahun 2008, bilamana Laporan 2007 diterbitkan reaksinya sama iaitu aduh…..aduh…..aduh….. berkali – kali.

Isu – isu serta perkara – perkara yang dinyatakan dalam Audit tersebut adalah sama seperti tahun – tahun sebelumnya; ia masih lagi berlegar kepada:

- KURANG PENGAWASAN PEGAWAI ATASAN,
(Pergi kemana yang sibuk sangat, sampai tak mengawasi kerja yang sepatutnya dilakukan)

- PERBELANJAAN MELEBEHI PERUNTUKKAN,
(Macamana boleh diluluskan pembayaran? Adakah ini disebabkan oleh sebab yang diatas tadi?)

- PEMBELIAN BARANGAN TERLEBIH BEBERAPA RATUS % DARI HARGA PASARAN,
(Ini antara yang hebat. Buta atau bangangkah Pegawai yang meluluskannya? Takkanlah tidak tahu harga dipasaran. Sebab kita juga pengguna?)

- PEMBERIAN BANTUAN KEBAJIKAN KEPADA ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA,
(Macamana si penerima menanda tangani akuan penerimaan? Atau hantu rayanya yang menerima bagi pihak atau ada orang lain yang mengambil bagi pihak?)

- KAKITANGAN BAWAHAN MENIPU BANTUAN KEBAJIKAN,
(Fuhhhhh, kakitangan bawahan boleh tipu boss. Iyelah Boss asyik minum dikantin tak habis – habis)

- IDEN MINYAK DISALAHGUNA
(Selepas isi minyak kereta rasmi, kereta siapa pula yang disi?)

- dan lain – lain lagi yang sepatutnya boleh diatasi.
(SILA BACA LA LAPORAN BERKENAAN. LEBIH SERONOK DARI NOVEL CINTA TERSOHOR)

Suka saya mengambil contoh akan tatacara dan peraturan yang dikenakan kepada Syarikat – syarikat Tersenarai Awam. Jika Syarikat – syarikat tersebut pelbagai peraturan akan dikenakan dan mesti dipatuhi dengan tulus, berjadual serta akan didenda jika tidak dipatuhi. Malahan ahli – ahli Lembaga Pengarahnya turut boleh didenda dan dihukum oleh Mahkamah jika ingkar dan terbukti wujudnya salahlaku dalam perjalanan Syarikat tersebut.

Tetapi bila perkara yang sama berlaku sebagaimana didedahkan oleh Ketua Audit Negara tiada tindakan pun dikenakan. Seolah – olah pegawai kerajaan ini imun dari sebarang salahlaku.

Ini yang rakyat benci! Bila rakyat benci dan meluat, yang akan kena balik nanti ialah ahli – ahli politik. Alasannya mudah, kenapa tak pastikan perkhidmatan awam berada pada tahap yang cekap dan berkesan. Ini tidak, seolah – olah para pegawai kerajaan ini tidak tertakluk kepada sebarang peruntukkan undang – undang atau tatacara.

Jadi, Kerajaan kena lah tegas dan tindakan wajar perlu diambil. Bukan berkata – kata sahaja, tetapi pi mai pi mai tang tu! Bila kat sektor swasta macam – macam peraturan, undang – undang, tatacara dikenakan dan akan denda serta hukuman jika tidak diikuti. Tetapi dipihak Kerajaan, pelbagai persoalan lain lain yang timbul dan tidak mahu tenggelam.

Tak mahulah bila Laporan 2009 dikeluarkan kelak, benda yang sama sahaja berlaku kembali!

Kawal dan selialah dengan wajar dan betul!

Aduh………………………………………………………………………….hai.

Wednesday, October 7, 2009

Harga Peragaan bagi Menjadi & Menjaga Imej Hantu Raya ~ ENTRY LEVEL…….!

– Inilah dia harga bagi Falsafah Baru Abad 3000,
Lebih tinggi level,
lebihlah yang perlu dipertontonkan,
lebihlah berbelanja~~~~~~


~ Bajunya berharga RM350++

(fabric & negara dibuat tidak pasti. Sudah tentu tailor made)

~ Seluarnya berharga RM400++

(fabric & negara dibuat tidak pasti. Sudah tentu tailor made)

~ Tali Pinggangnya berharga RM1,000++

(jenama terkenal diinspirasikan dari sebuah Gunung) (Camanalah rasanya???)

~ Cuff Link pula berharga lingkungan RM1,000++

(hello, kalau butang baju plastic, no class ok!)

~ Jam Tangan berharga RM5,000++

(original ok, bukan jualan mana – mana street tiruan punya)

~ Kasut berjenama RM3,000++

(bukan Bata ye tetapi dari kulit anak lembu yang lembut. Bila pakai kaki pun
wangi)


~ Mobile phone jenama terbaru X 2. RM4,500++ kedua – duanya.
(Syaitan pun akan dapat telefon & bercakap dengan dia, bila perlu).

Ini belum lagi dikira walletnya, pen yang tersangkut dibajunya, cermin mata serta bingkainya, sapu tangan dan …………… yang lainnya.

Bersedia???? Saya sudah!

Cumanya saya bukan Hantu Raya…..!

Friday, October 2, 2009

Apa yang orang lihat pada ANDA? Falsafah baru Alaf 3,000

Orang lain melihat ANDA dalam pelbagai aspek dan memberikan tafsiran yang amat berbeza – beza. Itu baru melihat ANDA. Mereka akan turut melihat kelak betapa hebatkah jawatan ANDA, betapa cantiknya isteri ANDA – samada peragawati ataupun bukan, berapa mahalnya kereta ANDA, termasuklah berapa tingginya rumah ANDA.

Ditambah pula dengan maklumat – maklumat baru tentang ANDA dari sumber – sumber hantu raya serta jembalang tanah yang kelak akan menyebabkan ANDA tergolong dalam golongan samada BAIK ataupun JAHAT.

ANDA akan dianggap baik jika ANDA hensem, harta penuh berguni – guni, ayat yang keluar dari mulut ANDA seumpama bunga mawar yang wangi, ramai orang sayang termasuklah mak mentua ANDA. ANDA akan terus disayangi dan menjadi bualan ramai, walaupun ANDA tidak pun menyumbang kepada masyarakat dengan kerja – kerja sukarela (suka paksa pun tidak juga). Ayat yang keluar dari ANDA pun akan dianggap penuh kehebatan seumpama kata – kata pujangga yang terakhir sekali yang hidup di dunia ini. Hatta payung yang cantik orang lain punya pun, orang akan katakan sudah tentu ANDA yang punya.

ANDA akan dianggap jahat bilamana ANDA hensem pun kurang, harta pun amat tiada, ayat yang manis keluar dari mulut ANDA dianggap racun berbiasa penuh onar dan duri, ramai yang tak beberapa sayang pada ANDA. Mak mentua ANDA tentulah juga tak berapa sayang pada ANDA. Sebab beliau dah pun sayang pada ANDA yang dianggap baik tadi. Malah payung ANDA yang cantik tu dikatakan orang lain yang punya. Iyerlah sebab ANDA dianggap jahat. Semua benda yang baik dan cantik – cantik mestilah dipunyai oleh ANDA yang baik.

Tetapi ANDA yang dianggap jahat inilah yang mengerakkan masyarakat dipelbagai peringkat termasuk Masjid dan Surau. ANDA yang dianggap baik tadi tiada pun namanya di mana – mana dalam mengerakkan masyarakat. Pasal tu lah dia baik sebab tak pernah nak pertarung pedang dengan sesiapa pun. Tetapi ANDA yang dianggap jahat tadi terpaksalah berperang dimerata – rata tempat untuk menegakkan masyarakat.

Tetapi ANDA yang dianggap baik akan lah terus baik bila – bila masa pun. ANDA yang dianggap jahat akan terus lah jahat sampai bila – bila pun.

Terpulanglah apa falsafah ANDA! Saya telah biasa dan telah mengharunginya, serta akan terus bertarung lagi kelak. Apa ANDA ingat saya adalah ANDA yang dianggap baik itu? Terima kasih atas ingatan ANDA.

Sebenarnya, sayalah ANDA yang dianggap jahat itu! ANDA telah salah anggap. Bersedialah untuk bertarung dengan saya, bukankah saya dianggap JAHAT?!