Orang lain melihat ANDA dalam pelbagai aspek dan memberikan tafsiran yang amat berbeza – beza. Itu baru melihat ANDA. Mereka akan turut melihat kelak betapa hebatkah jawatan ANDA, betapa cantiknya isteri ANDA – samada peragawati ataupun bukan, berapa mahalnya kereta ANDA, termasuklah berapa tingginya rumah ANDA.
Ditambah pula dengan maklumat – maklumat baru tentang ANDA dari sumber – sumber hantu raya serta jembalang tanah yang kelak akan menyebabkan ANDA tergolong dalam golongan samada BAIK ataupun JAHAT.
ANDA akan dianggap baik jika ANDA hensem, harta penuh berguni – guni, ayat yang keluar dari mulut ANDA seumpama bunga mawar yang wangi, ramai orang sayang termasuklah mak mentua ANDA. ANDA akan terus disayangi dan menjadi bualan ramai, walaupun ANDA tidak pun menyumbang kepada masyarakat dengan kerja – kerja sukarela (suka paksa pun tidak juga). Ayat yang keluar dari ANDA pun akan dianggap penuh kehebatan seumpama kata – kata pujangga yang terakhir sekali yang hidup di dunia ini. Hatta payung yang cantik orang lain punya pun, orang akan katakan sudah tentu ANDA yang punya.
ANDA akan dianggap jahat bilamana ANDA hensem pun kurang, harta pun amat tiada, ayat yang manis keluar dari mulut ANDA dianggap racun berbiasa penuh onar dan duri, ramai yang tak beberapa sayang pada ANDA. Mak mentua ANDA tentulah juga tak berapa sayang pada ANDA. Sebab beliau dah pun sayang pada ANDA yang dianggap baik tadi. Malah payung ANDA yang cantik tu dikatakan orang lain yang punya. Iyerlah sebab ANDA dianggap jahat. Semua benda yang baik dan cantik – cantik mestilah dipunyai oleh ANDA yang baik.
Tetapi ANDA yang dianggap jahat inilah yang mengerakkan masyarakat dipelbagai peringkat termasuk Masjid dan Surau. ANDA yang dianggap baik tadi tiada pun namanya di mana – mana dalam mengerakkan masyarakat. Pasal tu lah dia baik sebab tak pernah nak pertarung pedang dengan sesiapa pun. Tetapi ANDA yang dianggap jahat tadi terpaksalah berperang dimerata – rata tempat untuk menegakkan masyarakat.
Tetapi ANDA yang dianggap baik akan lah terus baik bila – bila masa pun. ANDA yang dianggap jahat akan terus lah jahat sampai bila – bila pun.
Terpulanglah apa falsafah ANDA! Saya telah biasa dan telah mengharunginya, serta akan terus bertarung lagi kelak. Apa ANDA ingat saya adalah ANDA yang dianggap baik itu? Terima kasih atas ingatan ANDA.
Sebenarnya, sayalah ANDA yang dianggap jahat itu! ANDA telah salah anggap. Bersedialah untuk bertarung dengan saya, bukankah saya dianggap JAHAT?!
1 comment:
this is somewhat new in your writing..vaguely, I can interpret who is ANDA baik, ANDA jahat..but then again, humans are still humans. Colours, umbrellas, shirts, flags do not govern the attitude. IMAN and AMAL do.
Post a Comment