Jika dahulu Pakatan Rakyat ketika mereka menjadi pembangkang, begitu mudah hendak bertemu dengan para wakil rakyatnya mahupun calon mereka yang kalah. Geng pembangkang ini pada masa tersebut benar – benar melaksanakan apa sahaja aktivti untuk kebaikan masyarakat setempat. Tetapi hari ini kumpulan pembangkang yang sekarang ini telah memerintah di Selangor contohnya telah berubah!
Setelah menjadi kerajaan, mereka semakin sukar ditemui!
Cuba kita lihat semalam, ketika demonstrasi kesepaduan penternak Lembu & pembekal susu lembu di Shah Alam, Selangor. Yang pada mulanya bertemu mereka ialah para pegawai media Kerajaan Selangor. Bila para pendemonstrasi ini berkeras, maka dicadangkan bertemu EXCO YB Elizabeth Wong. Tetapi para pendemonstrasi ini terus berkeras untuk bertemu dengan YB Yaakob Sapari, EXCO Pertanian. Akhirnya mereka dapat bertemu dengan beliau atas campur tangan Setiausaha Politik Menter Besar Selangor dan sikap keras mereka yang konsisten.
Dua perkara yang seharusnya menjadi pedoman ataupun mungkin mimpi ngeri bagi yang telah bertaraf wakil rakyat atau yang sedang bercita – cita ke arah tersebut.
Satunya ialah rakyat sekarang ini sifatnya lebih keras dan mahu kehendak mereka dituruti, jika boleh sepenuhnya. Mereka berkehendakan wakil rakyat yang hands – on, selalu mudah didekati hatta mereka ini berjawatan Menteri, Menteri Besar ataupun EXCO. Janganlah cuba – cuba menyorok atas alasan kononnya sibuk bermesyuarat, bagi hantu raya makan dan sebagainya lagi. Jika wakil rakyat tidak boleh hadir mendengar masalah mereka in situ, mereka akan ke pejabat wakil rakyat mereka dengan penuh rindu dendam!
Kedua bagi sesiapa yang bertaraf wakil rakyat atau yang sedang bercita – cita ke arah tersebut, sila jangan lari dari rakyat serta berselindung disebalik kerusi empuk dan bilik berhawa dingin yang suhunya 0 Darjah Celsius. Yalah kat luar pejabat suhunya panas sekitar 37 darjah Celsius. Jika dahulu semasa berkempen terus menjanjikan dasar pintu terbuka 24 jam sehari, sila teruskan. Jika tidak jangan berjanji langsung. Masa berkempen, sila senyap dan senyum sahaja.
Insiden – insiden berkaitan lembu yang berlaku di Selangor ialah kerana kegagalan kerajaan negeri berkomunikasi dengan para pengundinya serta warganya. Jika semasa berkempen dijanjikan segenap isi bumi dan langit jika terpilih. Tetapi kini, baru sedar bahawa isu kolam ikan keli pun belum tentu dapat diberikan.
Kunci kepada ini semua ialah berkomunikasi dan membuka ruangnya dengan seluas – luasnya. Jangan asyik mengatakan bahawa ini semua salah parti yang sebelumnya. Kalau salah sila betulkan. Menyalahkan orang lain hanyalah menyatakan bahawa anda tiada idea baru untuk diketengahkan.
Namun begitu, dimana wakil – wakil rakyat BN ataupun yang ingin bergelar YB BN? Kenapa tidak membantu? Kenapa diam menyepi? Masa inilah perlu menonjolkan peranan anda. Rakyat perlu melihat alternative dalam corak kepimpinan. Silalah tunjukkan.
No comments:
Post a Comment