Pemimpin yang memimpin parti – parti politik perlu bersedia menerima pandangan / kritikan dengan cara yang baik dan berhemah. Sebagai pengundi / rakyat, kita malu melihat tingkah laku MIC atau para pemimpinnya bila menerima pandangan / kritikan dari Tun Dr. Mahathir. Sayugia itu, cadangan mengkalungkan gambar Tun Mahathir dengan kalungan selipar merupakan tindakan barbaric dan perlu dikecam oleh semua.
Dalam konteks politik, seharusnya semua pemimpin dan parti politik kena, harus dan wajib menerima pandangan / kritikan. Janganlah ingat bahawa hanya kita sahaja yang boleh memberi pandangan / kritikan kepada pemimpin dan parti politik lain. Tetapi bila terkena kepada kita, kita akan melenting tak tentu pasal.
Tambah pula, orang yang memberi pandangan / kritikan pula menyokong puak yang menentang kita pula. Lagilah panas + berasap tanpa sebab. Disedapkan pula oleh tukang kipas guna aircond + salji. Teruslah berkata – kata tanpa hujung pangkal.
Jika kita tidak bersedia untuk menerima pandangan / kritikan kawan mahupun lawan, jalan terbaiknya ialah tak susah menceburi bidang berpolitik. Duduk diam – diam kat rumah. Orang tak peduli dan takkan kata apa – apa.
Para pemimpin politik dan parti politik harus sedar, setiap isu yang bakal yang dicadangkan atau dibahaskan oleh perhimpunan parti mereka, kelak akan mempengaruhi perjalanan pentadbiran dan sebagainya lagi. Jadi kita sebagai pengundi / rakyat tentulah tidak mahu cadangan yang bakal merugikan masyarakat terbanyak, tetapi yang teruntung terlebih ialah para pemimpin atau ahli – ahli parti tersebut.
Jadi eloklah pandangan / kritikan tersebut diberi respons segera dari menunggu lebih lama. Para pemimpin politik pula perlulah lebih bersedia dan berhemah dalam memberi jawapan balas. Bukannya dengan tempik sorak menghina termasuk mengkalungkan selipar! Tun Dr. Mahathir suatu ketika dahulu pernah digelar sebagai Mahafiraun oleh segolongan ahli kepada sebuah parti. Tetapi beliau terus melaksanakan kerjanya tanpa ada gangguan pada emosinya.
Sewajarnya para pemimpin politik dan parti – parti politik bersedia untuk menerima pandangan / kritikan samada membina atau tidak. Anda mahu masyarakat terbanyak mendengar pandangan anda, tetapi bila kritikan pula diberikan anda terlompat – lompat tak tentu hala dan mula menuduh orang yang memberi pandangan / kritikan tersebut sebagai tidak tahu apa – apa pun.
Helllloooooo, kami adalah masyarakat abad 21 dan bukannya hidup dalam zaman purba. Jika anda tidak bersedia untuk menerima pandangan / kritikan, silalah duduk dalam gua bawah tanah. Sebabnya kami juga tidak bersedia untuk mendengarnya!
Jangan cakap tentang perjuangan jika pandangan / kritikan masyarakat terbanyak pun anda tidak dapat tanganinya dengan betul!
Jadi kita kena bersedia untuk bersetuju dengan tidak bersetuju dan senyum! Jika tidak hayat politik parti anda akan tamat segera.
No comments:
Post a Comment