Deman hari raya semakin terasa. Semua insan sibuk dengan pelbagai persiapan, menunggu siapnya baju raya berpasang - pasang, kuih raya yang lebih tepung + gula berbekas - bekas yang akhirnya terbuang begitu sahaja, perabot rumah serba baru untuk tatapan tetamu (tetapi selalunya tetamu akan mengatakan bahawa ianya low class) termasuk kesibukkan berbuka puasa diluar.
Tiada pun aktiviti 10 Ramadan akhir ini untuk mengenang kelemahan diri, memandang orang miskin yatim piatu yang berada disekeliling kita ataupun meningkatkan semangat kejiranan untuk berbuka bersama.
Bermulanya syawal nanti maka segala hantu raya, jembalang tanah dan air akan menjelma semula menganggu kita. Jika pada Ramadan tiada keinsafan, maka selalunya selepas itu kita akan sama sahaja.
Eloklah kira memandang disekeliling kita akan insan / keluarga yang perlukan bantuan dalam apa sahaja bentuk baik wang ringgit, baju - baju terpakai, buku, kasih sayang dan sebagainya lagi.
Tidak patutlah jika kita berhari raya terlebih gembira tetapi jiran sebelah rumah kita mungkin makanan pun tidak cukup. Tak mahulah ayat yang bakal keluar ialah kerajaan ada, orang lain ada dan sebagainya lagi.
Marilah kita hari ini memulakan semula sifat bantu - bantu terlebih dahulu sebelum orang lain. Ada banyak cara yang boleh kita buat bersama. Jangan asyik kata orang lain sedangkan kita tak berbuat apa - apa pun!
Jadi marilah kita manfaatkan raya ini dengan lebih baik dari yang dahulu.
No comments:
Post a Comment