Thursday, October 22, 2009

Reaksi Kepada Laporan Ketua Audit Negara 2008…………. (Hantu Raya yang macam manalah buat semua ni)

Selepas membaca serta meneliti Laporan tersebut reaksi pertama saya ialah aduh…..aduh…..aduh….. berkali – kali. Pada tahun 2008, bilamana Laporan 2007 diterbitkan reaksinya sama iaitu aduh…..aduh…..aduh….. berkali – kali.

Isu – isu serta perkara – perkara yang dinyatakan dalam Audit tersebut adalah sama seperti tahun – tahun sebelumnya; ia masih lagi berlegar kepada:

- KURANG PENGAWASAN PEGAWAI ATASAN,
(Pergi kemana yang sibuk sangat, sampai tak mengawasi kerja yang sepatutnya dilakukan)

- PERBELANJAAN MELEBEHI PERUNTUKKAN,
(Macamana boleh diluluskan pembayaran? Adakah ini disebabkan oleh sebab yang diatas tadi?)

- PEMBELIAN BARANGAN TERLEBIH BEBERAPA RATUS % DARI HARGA PASARAN,
(Ini antara yang hebat. Buta atau bangangkah Pegawai yang meluluskannya? Takkanlah tidak tahu harga dipasaran. Sebab kita juga pengguna?)

- PEMBERIAN BANTUAN KEBAJIKAN KEPADA ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA,
(Macamana si penerima menanda tangani akuan penerimaan? Atau hantu rayanya yang menerima bagi pihak atau ada orang lain yang mengambil bagi pihak?)

- KAKITANGAN BAWAHAN MENIPU BANTUAN KEBAJIKAN,
(Fuhhhhh, kakitangan bawahan boleh tipu boss. Iyelah Boss asyik minum dikantin tak habis – habis)

- IDEN MINYAK DISALAHGUNA
(Selepas isi minyak kereta rasmi, kereta siapa pula yang disi?)

- dan lain – lain lagi yang sepatutnya boleh diatasi.
(SILA BACA LA LAPORAN BERKENAAN. LEBIH SERONOK DARI NOVEL CINTA TERSOHOR)

Suka saya mengambil contoh akan tatacara dan peraturan yang dikenakan kepada Syarikat – syarikat Tersenarai Awam. Jika Syarikat – syarikat tersebut pelbagai peraturan akan dikenakan dan mesti dipatuhi dengan tulus, berjadual serta akan didenda jika tidak dipatuhi. Malahan ahli – ahli Lembaga Pengarahnya turut boleh didenda dan dihukum oleh Mahkamah jika ingkar dan terbukti wujudnya salahlaku dalam perjalanan Syarikat tersebut.

Tetapi bila perkara yang sama berlaku sebagaimana didedahkan oleh Ketua Audit Negara tiada tindakan pun dikenakan. Seolah – olah pegawai kerajaan ini imun dari sebarang salahlaku.

Ini yang rakyat benci! Bila rakyat benci dan meluat, yang akan kena balik nanti ialah ahli – ahli politik. Alasannya mudah, kenapa tak pastikan perkhidmatan awam berada pada tahap yang cekap dan berkesan. Ini tidak, seolah – olah para pegawai kerajaan ini tidak tertakluk kepada sebarang peruntukkan undang – undang atau tatacara.

Jadi, Kerajaan kena lah tegas dan tindakan wajar perlu diambil. Bukan berkata – kata sahaja, tetapi pi mai pi mai tang tu! Bila kat sektor swasta macam – macam peraturan, undang – undang, tatacara dikenakan dan akan denda serta hukuman jika tidak diikuti. Tetapi dipihak Kerajaan, pelbagai persoalan lain lain yang timbul dan tidak mahu tenggelam.

Tak mahulah bila Laporan 2009 dikeluarkan kelak, benda yang sama sahaja berlaku kembali!

Kawal dan selialah dengan wajar dan betul!

Aduh………………………………………………………………………….hai.

No comments: