Tuesday, October 27, 2009

Lagi – lagi Perak, balik – balik Perak…….. (Hantu Raya pun tidak tidur malam dibuatnya)…….

Insiden – insiden politik yang telah, sedang dan akan berlaku di Perak sejak 2008 akan terus menjadi bualan, tontonan malahan senda gurau di seluruh Malaysia. Bila berjumpa rakan – rakan, ramai akan kata Yeop Perak ni dah mai….. kita perang dulu…..!

Mana lagi pernah berlaku Persidangan Bawah Pokok, Persidangan di Dewan Hotel, Speaker (ataupun telah hilang status Speakernya pada masa tersebut) diheret keluar Dewan, kes – kes yang difailkan diMahkamah, affidavit – affidavit yang menjela – jela panjangnya. Lebih bagus lagi hari ini ialah Persidangan 2 dalam 1. 1 Dewan 2 Persidangan. Fuuhhhhh lagi terer dan hebat.

Orang Perak telah dengan jelas menunjukkan kehebatan mereka. Malahan kehebatan Orang Perak ini telah dilihat sejak dari zaman Kerajaan Gangga Negara lagi membawa kepada peperangan berebut kawasan bijih timah, revolusi menentang Inggeris di Pasir Salak dan membawa kepada pergolakan politik hari ini. Tetapi dimana penyelesaiannya?

Jika merujuk kepada budaya Orang Cina di China, jika tiadanya lagi “Divine Blessing” dari Langit, maka Negara akan tidak aman sentosa. Pergolakkan, peperangan, kemarau, serta bencana sebagainya akan datang tanpa diundang dan terus – terusan berpanjangan.

Kata – kata akhirnya mudah sahaja, marilah kita bertanding semula. Siapa yang dipilih kelak, merekalah yang akan mentadbir Negeri Perak ku.

Tapi sampai la ni Hantu Raya, Jembalang Air, Langsuir Terbang semuanya sedang pening serta mabuk di Perak.

Saya pun nak bertanding di Kawasan DUN Changkat Jong.

Ada berani?! Saya berani dan telah sedia!

UNDILAH CALON ANDA!

No comments: