Isu – isu susulan selepas penahanan Dr. Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) menimbulkan pelbagai polemik. Semua pihak memberikan pelbagai komen yang akhirnya menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.
Perkara yang akhirnya diulang – ulang masih berbangkit soal apakah itu ajaran Wahabbi. Yang paling peliknya semua pihak yang berkaitan tidak dapat menjelaskan apa sebenarnya ajaran yang digelar sebagai ajaran Wahabbi ini. Dr. Maza dengan jelas menyatakan bahawa beliau tidak Wahabbi ataupun tahu mengenai ajaran Wahabbi.
Malahan jawapan ataupun mungkin pandangan YB Dr. Masitah penuh berlapik dan seolah – olah tidak mahu mengulas lanjut berkenaan ajaran Wahabbi ini.
Masyarakat hari ini telah berubah dan bersedia untuk menerima pandangan baru. Tidak terkecuali urusan – urusan yang berkaitan agama Islam. Jika sekiranya balik – balik jawapan yang kita dengar ialah kita masih boleh membendung ajaran Wahabbi dan Malaysia mengamalkan ajaran Ahlu Sunnah Wal Jaamah dari Mahzab Syafei.
Apakah maksudnya? Jawapan yang diberipun penuh dengan kekeliruan. Yang patutnya, sila jelaskan perkara yang sebenarnya. Bukan berselindung di sebalik apa – apa pun. Masyarakat sekarang semakin berilmu dan lebih terbuka. Perbahasan berkenaan agama dan isu – isu berkaitan perlu diperbanyakkan agar akhirnya masyarakat boleh memilih dan faham kenapa pilihan tersebut telah dibuat olehnya.
Semoga peristiwa yang menimpa Dr. MAZA membawa kebaikan kepada semua umat Islam di Malaysia. Kita akhirnya ingin bertanggungjawab atas pilihan yang kita buat. Kita juga tidak mahu pilihan tersebut dipaksa kepada kita oleh orang lain tanpa ada kewarasan!
No comments:
Post a Comment