Comments on anything that interest me. Politics is one of it. Community servicing is the 2nd.
Friday, January 22, 2010
Malaysia yang semakin ketinggalan..... Mari Semuanya Berubah Bersama
Jika dipandang - pandang dan dilihat – lihat, Malaysia sebenarnya sedang ketinggalan dari aspek peningkatan taraf hidup warganegaranya baik secara individu ataupun komuniti.
Jika dahulu kita boleh merayau - rayau ditempat awam dengan rasa selamat. Tetapi kini ianya tidak selamat, sebab Peragut berada dimana - mana. Disesetengah tempat, ketibaan malam merupakan mimpi ngeri yang perlu dihadapi setiap hari, kerana bermaharalelanya kecurian. Akibatnya muncullah gated komuniti dimana - mana serta tanpa kawalan rapi serta pemantauan mana - mana pihak berkuasa. Pihak berkuasa pula menyatakan bahawa gated komuniti ini tidak dibenarkan, tetapi malangnya tiada tindakan mahupun cadangan bagaimana membantu mengurang jenayah. jadi rakyat bertindaklah sendiri jawabnya!
Dari sudut peningkatan gaji juga kita telah tertinggal amat jauh. Skala gaji kita masih masa seperti sepuluh tahun yang lepas, sedangkan kos barangan, perkhidmatan telah meningkat begitu tinggi. Mungkin sebab itulah juga, kadar inflasi kita tidak berubah pada skala yang besar. Entah betul, entah tidak data tersebut agaknya. Cuba bayangkan, kos membeli pakaian berkaitan persekolahan sahaja akan menyebabkan ibu bapa yang bertaraf Middle Class ke bawah tidak bercakap selama sebulan. Pada bulan tersebut juga, perbelanjaan akan dikurangkan. That's mean no pizza, etc, etc. Itu Middle Class. Class yang dibawah akan lebih teruklah lagi.
Pemilikan kereta kita juga amat mahal. Realitinya kita membayar harga kereta antara yang termahal di dunia tanpa sebab yang munasabah. Yang diperah dan dilanyak ialah rakyat Middle Class ke bawah. Yang Upper Class tak ada masalah, sebab pendapatan mereka cukup untuk membayar apapun dan bercuti ke luar negara setiap tahun tanpa gagal. Yang lain ini bercutilah di air terjun yang penuh sampah sarap dan kekotoran. Balik - balik ayat yang keluar ialah bantu Proton. Balik - balik Proton. Yang lain kita tidak peduli. Caj rakyat dengan harga yang lebih mahal menjadi dasar utama Kerajaan Malaysia. Bila dah berubah dasar ini, hanya mungkin Syaitan yang dapat mengagaknya.
Dasar yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia sering berubah - ubah mengikut kesukaan peribadi mereka. Kejap laksana, kejap tangguh, kejap lagi modified, dan seterusnya tak laksana terus. Lagi best umum dasar tanpa ada kertas kerja dan sampai hari ini pun tak pasti apa dia i.e. Islam Hadari, ada ke dak ataupun dah ditamatkan tidak siapa yang tahu.
Yang pastinya yang meningkat ialah rakyat miskin. Sewajarnya naik tahun ke tahun, jumlah yang miskin seharusnya semakin berkurangan, tetapi di Malaysia, Kerajaan bergembira pula bila menyatakan statistic bahawa Orang Yang Miskin semakin bertambah. Sepatutnya kita bersedih dan berjanji untuk mengurangkan setiap tahun. Sepatutnya inilah KPI Kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan setiap tahun dan bukannya bertambah.
Tetapi lebih malu dan memeranjatkan juga, beberapa bantuan untuk Orang Miskin dan Pelajar Miskin di Sekolah Kebangsaan dikurang atau dihapuskan terus seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan sebagainya lagi. Hak Orang Miskin jangan dikurangkan. Jangan nanti kita tidak Berjaya membantu mengeluarkan mereka dari kancah kemiskinan.
Realitinya kita memang sedang ketinggalan. Dari sudut, internet, kita sibuk nak menutup itu dan ini. Yang sepatutnya ialah menyedarkan penggunaan yang bertanggung jawab dan bukannya menggugut tidak tentu pasal.
Tapi iyerlah, seluruh dunia sedang memastikan capaian internet ke taraf megabytes per second (mbps) atau gigabytes per second (gbps), tetapi di Malaysia, termasuklah inisiatif Kerajaan hanya hendak mendapatkan capaian kilobytes per second (kbps).
Alahai Malaysia….!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment