Kemalangan dan kehilangan jiwa melibatkan bas express, bas kilang, bas sekolah, etc bukan perkara baru. Ianya berlaku dengan kerap. Bila berlaku semua pihak yang memberi komen, termasuklah bercakap yang tidak perlu. Tetapi akhirnya sebab Orang Malaysia mudah lupa, maka tindakan susulan yang kononnya akan diambil akan disimpan didalam fail sahaja.
Maklumlah dalam Filling System Kerajaan Malaysia adalah part SK: Fail. Apa maksudnya, tiada siapa yang tahu. Sebab Fail tidak boleh membaca, jadi adanya salinan kepadanya adalah amat pelik, macam Misteri Nusantara lagaknya. SK: Fail ini tidak perlu. Sebab bila ada Nombor Rujukan sudah tentulah surat tersebut akan disimpan di dalam Fail yang berkenaan.
Selepas kejadian kemalangan bas di Ipoh tempoh hari semua pihak bercakap. LPKP berkata – kata, MKJR pun sebut menyebut, MIROS juga tambah menambah, termasuklah keluarga mangsa dan Jurucakap Rasmi Tuan Punya Bas. Diberitakan juga bahawa LPKP telah mula mengaudit Syarikat Bas berkenaan. Apa yang diaudit tidaklah pula dinyatakan. Akhirnya nanti, selepas 3 bulan, maka jawapannya ialah pemandu yang cuai. Pendek aje keputusannya, sedangkan proses mengaudit memakan masa 3 bulan. Sebab lain tidak dinyatakan, basuh tangan, lap dan habis cerita dan SK:Fail.
Berita di Media pun tidak habis – habis pasal bas dan kemalangan. Ini termasuklah menelefon talian LPKP, yang tidak menyelesaikan apa – apa pun. Senang aje nak tahu tidak menyelesaikan apa – apa, kerana bas – bas ekspress masih lagi dipandu laju melebihi 120 km/j di Lebuhraya. Saya tahu, sebab saya selalu memandu sekitar 115 km/j di Lebuhraya dan ada bas ekspress memotong dengan lajunya. Biasalah……… Ala bisa tegal biasa!
Ditambah lagi, LPKP membenarkan agar usia bas sekolah ditingkatkan dari 25 tahun ke 30 tahun. Memang LPKP ini akan selalunya tunduk kepada tekanan, memandangkan LPKP tidak mahu berada dalam keadaan serba salah bila Persatuan Tuan Punya Bas Sekolah memohon kenaikan yuran bas. Bagus, Rakyat Diutamakan. Sebab kalau mati dulu pun rakyat, bukannya YB Pengerusi LPKP.
Hukuman yang perlu bila melibatkan pengangkutan awam ini bila berlakunya kemalangan sewajarnya kena to the whole chain. Bukan setakat pemandu sahaja. Biasanya pemandulah yang kena belasah kiri dan kanan. Ini termasuklah cerita kononnya gaji mereka ini rendah, tidak cukup tidur dan lain – lain lagi. Yang Persatuan Tuan Punya Bas pula akan buat lawak ayam dengan mengatakan bahawa the bus drivers are being paid well. Itulah yang dikatakan oleh PMBOA President Datuk Ashfar Ali. Tetapi tidak pernah dinyatakan berapa jumlahnya.
Lawak ayam Persatuan Tuan Punya Bas ini bertambah lagi dengan mengatakan bahawa bas express kebanyakkannya ada speed limiters dan GPS tracking device. Saya ingat yang selalu dipasang bukannya speed limiters tetapi speed enhancers. Cuma tengok berapa lajulah bas – bas ini di Lebuhraya.
Syarikat Bas tersebut perlu disiasat dan mesti ada penalty kepada mereka seperti freeze lesen baru ke laluan tersebut, gantung lesen bagi bas yang kemalangan, denda dalam jumlah yang tinggi (bukannya hanya RM200 sahaja).
Akhirnya, bas – bas untuk pengangkutan awam perlu diberi penarafan agar masyarakat yang ingin menggunakannya akan mempunyai pilihan. Supaya kita tahu yang Syarikat Bas yang paling banyak kemalangan dan mana yang paling kurang. Semua ini boleh dijadikan juga asas bila permintaan kenaikan tambang bas kelak. Bukannya asyik pukul rata sahaja. Kalau macam tu tidak perlulah ada LPKP.
Penat dah menulis, jadi LPKP, MKJR, MIROS dan lain – lain yang seangkatan dengannya ~ ADA BERANI untuk laksanakan apa yang betul, bukan apa yang patut?
No comments:
Post a Comment