Sunday, December 20, 2009

Semua Boleh Hilang di Malaysia, Jangan Risau!

Di Malaysia, apa sahaja boleh hilang. Orang boleh hilang dan tidak dijumpai semula. Barang yang besar – besar pun akan hilang di depan mata. Yang paling bestnya ialah tiada siapa pun yang pun yang nampak apa – apa.

Jika di tahun – tahun 60 an – 70an, barang yang paling banyak hilang ialah kayu balak. Macamana kayu balak ini boleh bergerak ke sana dan kemari tiada siapa pun yang pasti. Kemungkinannya ialah mendapat bantuan dari Hantu Raya dan Puntianak Jadi – Jadian. Dahlah hilang dari hutan simpan yang kononnya terjaga rapi, sampai hari ni pun tak dapat lagi siapa yang mengambilnya. Tetapi yang lebih pelik lagi ialah Malaysia mengistiharkan bahawa tiada pembalakkan haram disini. Wohhhhhhhhhhhh……..

Membawa ke era 90an pula, benda yang banyak hilang ialah pasir di Sungai – Sungai. Pun begitu, kononnya terjaga dengan rapi, tetapi tidak nampak siapa pula yang mengambilnya. Mungkin mengorek pasir ini menggunakan batang mancis, pasal tu la tak nampak langsung. Yang nampak ialah kawasan tebing sungai yang dikorek pasirnya. Terkedu semua orang. Tentulah hebat aktiviti yang dilaksanakan secara halimunan oleh Langsuir dan Serigala Jadi – Jadian.

Kini di alaf baru, enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia disedari hilang pada 2007. Tetapi sebenarnya bukanlah hilang sebab telah diketahui ianya telah telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Cumanya yang belum pasti ialah siapakah yang mencurinya? Mungkin melibatkan Hantu Pocong dan juga Harimau Jadi – Jadian.

Bila semua insiden – insiden hilang ini berlaku, semua pihak akan berkata – kata dan berjanji macam – macam. Tetapi akhirnya kelak tiada apa – apa tindakan, aktiviti susulan yang akan berlaku. Jangan risau, sebab lepas ini akan ada kehilangan yang lain pula.

Ohhhhh, rupanya Malaysia ini sebenarnya berada di dalam Bermuda Triangle (Jadi – Jadian) yang sentiasa menghilangkan apa sahaja. Jadi kalau ada lain yang hilang lepas ini jangan gusar, sebabnya kita berada di dalam Bermuda Triangle (Jadi – Jadian).

Menurut Falsafah Baru Abad 3,000, lagi naik kurun lagi sofistikated la barang – barang yang bakal hilang. Ini menunjukkan betapa tingginya ketamadunan Malaysia. Jangan la risau!

No comments: