Tuesday, March 2, 2010

Bila ahli – ahli politik berjiwa amat kecil……………………..!

Malu, malu, malu dan malu!

2 ke 3 insiden yang berlaku dalam sehari dua ini menunjukkan betapa kecilnya jiwa seorang ahli politik. Jika dipandang akan tindak tanduknya jua amat kecil sekali. Seharusnya kita bersedia untuk berbeza baik dari segi pendapat, corak pandangan, serta juga tarifan berkaitan sesuatu.

Malu saya mendengar perkataan dan dakwaan – dakwaan memalukan dari mulut YB Senator Dr Syed Husin Ali. Wahai YB Senator, tuan adalah antara individu Melayu yang dikatakan one of the great Malay mind. Jadi sewajarnya ayat yang keluar dari mulut mencerminkannya. Tetapi tidak!

Malulah saya sebagai pengundi mendengar dakwaan YB Senator tentang Dato’ Salehuddin Hashim, Dato’ Seri Zahrain, Tan Tee Beng dan yang lain – lain seangkatan dengan mereka. Kalau YB Senator tahu bahawa mereka ini semua teruk – teruk belaka mengapa YB Senator sanggup bersekonkol dengan mereka semua ini masa pilihanraya yang lepas? Adalah alasannya bahawa dulu depanya manusia bersih, putih, nyaman, tetapi kini sampah yang harus dibuang? Sebagai seorang yang dikatakan one of the Malay Great Mind, silalah berhujanh tidak seperti orang – orang dibawah ini.

Tindakan YB Dr Fuad Zakarshi yang mahukan tindakan disiplin dikenakan kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah amat memualkan. Jangan kerana beliau tidak toe to the party line maka dicadang dikenakan tindakan. UMNO kenalah bersedia menunjukkan bahawa partinya sedia menerima pelbagai pandangan dan pendapat demi untuk meningkatkan kebajikan masyarakat terbanyak. Bukannya bull doze aje tanpa apa – apa perbahasan konkrit atas alasan tidak toe to the party line.

Apa ini? Masyarakat hari ini mahu melihat UMNO berubah. Berubah bermakna sanggup menerima perbezaan pandangan. Perbezaan pandangan ini tadi akan dibahaskan pula dan diberi perspektif yang lain. Jika pandangan YBM Tengku Razaleigh salah, maka YB Dr. Fuad wajarlah pula memberikan pandangan kerajaan supaya boleh dinilai yang mana yang lebih betul. Ini bukan zaman orang nak dengar kata kita sahaja dan menganggap ayat kita yang betul orang lain semua salah. Hallooooooo berubahlah.

Insiden flag off Le Tour De Langkawi di Kota Bharu lagi memalukan. Sepatutnya dan kalau bukan sebab protokol yang keterlaluan pun, Ketua sebuah negeri, jika hadir perlu diberikan first right of refusal untuk flag off. Ini sudahlah Menteri Besar Negeri tersebut sudah hadir dan bersetuju untuk buat perlepasan, tahu – tahu tempatnya diambil pula oleh YB Awang Adek, seorang Timbalan Menteri bertaraf subsidi. Memenaglah subsidi sebab kalah dalam pilihanraya di Kelantan dan dilantik sebagai Senator dan kemudiannya ke jawatan Timbalan Menteri Kewangan.

Malulah wahai Awang Adek. Sudahlah anda ditolak pengundi, perangai anda memperlihatkan betapa kecilnya jiwa anda dan ianya akan terpalit kepada parti anda juga. Seharusnya anda melakukan perkara yang betul dengan memberikan ruang tersebut kepada Menteri Besar Kelantan. Jika ia berlaku maka anda telahpun lulus ujian ketinggian jiwa anda. Ini tidak, anda mengikut sahaja kebodohan pegawai yang merancang semua itu. Jadilah bersedialah untuk ditolak oelah rakyat sekali lagi. Tindakan anda bukan sahaja dilihat oleh pengundi di Kelantan tetapi akan terpalit jua ke negeri – negeri lain.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sudahlah!

No comments: