Anda boleh gelak dan ketawa berterus – terusan hatta sehingga ke tahun hadapan sekalipun.
Kenapa seorang anak muda ini boleh menipu sebilangan ramai orang termasuklah antara lain seorang EXCO Kerajaan Negeri serta seorang Ketua Pengarah yang kononnya telah lebih banyak makan garam dari orang lain. Gayanya banyak makan garam ya, tetapi banyak pengalaman wajar dipertikaikan.
Ia berlaku kerana masyarakat kita begitu obsess dengan gelaran. Ya apa sahaja gelaran yang kononnya boleh membawa kemakmuran kepada penerimanya. Jadi mereka ini berfikir memang la wujud gelaran tersebut walau sebagaimana pelik pun bunyi tanpa memeriksanya terlebih dahulu.
Sudahlah tidak diperiksa ketulenannya, disambut pula dengan pelbagai acara dan kegembiraan tanpa berfikir panjang. Sudahnya tertipu, bila dah kena tipu barulah berkata bahawa meraka tidak sangka. Buah cempedak dah jadi nangka.
Sewajarnya dalam apa keadaan sekalipun wajar diperiksa bila penggunaan gelaran – gelaran tak pernah dengar seperti Tuan Muda ini. Ini ini dengan jelas menunjukkan bahawa kita telah mula hilang kewarasan dan amat pentingkan glamour serta gelaran berlebih – lebihan.
Saya pun ada gelaran…
Tuan Musang Terbang!
No comments:
Post a Comment