Wednesday, June 9, 2010

Bila Kerajaan vs Kerajaan………….. (Nampak Kelakar Gaban….. Bila Ultraman dikatakan Keluangman)

Inilah yang berlaku bila data – data yang berbeza keluar dari Kementerian pun berbeza – beza. Adakah agaknya Menteri / Timbalan Menteri kita ni sebenarnya tidak bertegur sapa di antara satu sama lain ataupun mungkin asyik hendak menjaga Kementerian sendiri sehingga terlupa dunia yang lebih besar spt ada negara yang bernama Somalia yang harga petrolnya lebih mahal dari Malaysia (Menurut YB. Idris Jala la). Kenapalah tak guna contoh Eskimo terus. Sebab tak ada petrol dan mahal, terus guna anjing sebagai pengganti petrol untuk menarik Sledge mereka ke mana – mana!

Data – data yang diketengahkan oleh YB Idris Jala dalam pembetangan GTPnya baru – baru ini telah disanggah oleh YB Awang Adek. Apa cerita ni????? Kemudiannya terpaksa dirasionalisasikan oleh YB Koh Tsu Kon. Dari Negara bakal bangkrap menjelang 2019 kini dah tak bangkrap la pulak dah. Berdegar – degar bagi peringatan, rupa – rupanya kelabu asap sahaja la pulak. Tapi bila dipandang – pandang ketiga – tiga mereka ini merupakan Senator. 2 daripada mereka ditolak rakyat. Yang satu lagi dibawah untuk memberi pandangan baru kepada kerajaan dan pengerak – pengerak politik di dalam kabinet.

Bagus betul YB Idris Jala ini. Terngangga ahli – ahli politik kerajaan dengan pandangan – pandangan beraninya. Inilah yang kita mahukan. Bukannya pandangan tradisional yang semakin lapuk yang dipegang oleh pengerak – pengerak politik BN. Selaku YB Idris Jala hayun, kelam – kabut la semua mereka ini.

Pandangan YB Idris Jala ada betulnya. Kita kena lihat dengan mata terbuka, asal jangan mati dengan mata terbuka sudahlah. Tetapi mengapa, pembentangan YB Idris Jala ini tidak dibuat kepada rakan – rakan sepolitik terlebih dahulu diperingkat Pentadbiran Kerajaan? Kemudian barulah dibuat kepada umum. Biar Pentadbiran Kerajaan tahu apa yang bakal terbit dalam pembentangan tersebut. Jangan jadi macam sekarang ni huru hara. Macam Pentadbiran Kerajaan tidak bercakap / berbincang antara satu sama lain. Pandangan yang dikelurkan oleh YB Awang Adek semacam marak dan membentak tanpa nampak adanya musyawarah. Pasal tulah YB Awang Adek asyik kalah, sebab tak pandai nak berkompromi dalam mengambil hati orang lain.

YB Idris Jala sila teruskan kerja anda. Kami masyarakat terbanyak (The Silent Majority) suka dengan anda. Data – data yang keluar amat teruja dibuatnya!

No comments: