Nampak gayanya memang tak maju - maju Kementerian Pelajaran ni. Style & tempoh masih era 80an. Tang nak buat dasar aci sebut aje. Kajian yang kononnya ada tak pernah - pernah siap.
Ditambah pula oleh pelbagai "Burung Tiong" yang menyokong dan tidak. Tapi fakta tak ada. Hanya yg keluar ialah Ya Sokong atau Tidak Sokong atau Berkecuali.
Sewajarnya bila cadangan dibuat harus ada mekanisme untuk semua pihak memberi pandangan. Menerusi akhbar atau blog itu lain. Itu lebih kepada menyorak tanpa asas untuk dibentangkan.
Yang perlu sebelum cakap sediakan saluran, email, pegawai untuk dihubungi. Ini kita pun tak tahu nak bercakap dengan siapa. Takkan Beruang Kutub?!!!!!.
Akhirnya setelah dikumpulkan semua pandangan barulah rumus dan beri cadangan balas. Ini soal pedidikan anak - anak bangsa semua pihak kena maklum dan tahu.
Yang Kementerian Pelajaran tu kaji, kaji apa sebenarnya? Sejak 2007 sampai la ni tak ada apa - apa hasil pun. Dasar pendidikan mesti mantap dan bukannya asyik berubah setiap Menteri yang penuh glamor ditukar dan dilantik baru.
Jadi buatlah kaedah memberi pandangannya. Tunggu apa lagi.....
No comments:
Post a Comment