Wednesday, October 13, 2010

Alahaiiiiiiii Politik.

Kecoh satu Malaysia pasal poltik. Lain tak ada. Politik.....politik....politik. Semua sibuk politik. Tambah - tambah pula sibuk dengan 2 bye election yg bakal muncul.

Sebenarnya, parti - parti politik ini cakap aje perlukan ahli, tetapi layanan pada ahli ala kadar.

Tengok sahaja lah berita - berita terpampang di dada akhbar atau media lain. Ahli - ahli PKR sedang sibuk complain tentang mesyuarat agung cabang masing - masing ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana.

Ahli - ahli yang buat complain tersebut, masuk office pun tak dapat. Hanya dilayan di kaki tangga sahaja. Malahan laluan naik ke Ibu Pejabat di Grill & ada Pengawal Keselamatan.

Jadi slogan Parti perlu atau mengutamakan ahli hanya temberang semata - mata!

Semua parti, silalah layan ahli anda dengan baik!

No comments: