- Saudara Budiman,
- Mahasiswa kena faham bahawa untuk membantu / bersama masyarakat bukan hanya dengan masuk ke parti – parti politik. Bila bermasyarakat kelak ada banyak pertubuhan yang memerlukan bantuan semua pihak termasuklah mahasiswa muda seperti PIBG, Persatuan Penduduk, Masjid, Surau dan lain – lain lagi.
- Hari ini saya kecewa kerana ada ramai mahasiswa yang berkeluarga yang gaji melebihi RM7K tidak mahu membantu masyarakat. Yang selalu keluar ialah kami berkecuali. Janganlah begitu, kerana kita semua perlu memimpin masyarakat. Aktiviti bermasyarakat inilah sebenarnya Fardu Kifayah (Bukannya biar orang lain buat aku tak payah!).
- Bila memasuki alam pekerjaan kelak ramai mahasiswa ini akan kecewa. Kena faham bahawa ekonomi tempat mahasiswa ini keluar bekerja kelak control by the non Malays, Chinese terutamanya. Gaya pentadbiran mereka begitu berbeza berbanding dengan aspirasi Mahasiswa. Belajarlah untuk mengadaptasinya, bukannya komplen siang & malam betapa tidak adilnya dunia ini.
- Bagi yang bakal bekerja di Kerajaan atau GLC, buat kerja bersungguh – sunggug bukannya sabotaj. Besar dosanya bila menipu. Dosa pahala yang bakal dibuat tiada perbezaan jika majikannya kerajaan, GLC atau swasta. Dosa atau pahala dikumpul dimana – mana sahaja.
- Dalam mengharungi hidup diluar universiti kelak cabarannya besar. Semuanya perlu perjuangan termasuk membina hidup. Jika ingin bergiat dalam politik tiada jalan pintas. Apa yang penting sumbangan termasuk buah fikiran kena diterjemahkan dulu. Laluan sutera hanya ada dalam drama Melayu yang tidak mahu maju pemikirannya!
Selamat Berjuang.
MUSANG TERBANG
p/s: Saya berkerja di PLC controlled by Chinese.
_______________________________________________________________________
1. Saya didatangi oleh sekelompok pimpinan mahasiswa, bertanya tentang perjuangan pasca universiti. Mereka idealis dan bersungguh-sungguh bertanya.Secara jelas, mereka mahu lorong separa sutera memimpin pemuda umno dikawasan.
2. Saya menyeringai lantas menjawab - Dahulukan 3K. Kerja, kahwin dan kad kredit. Kad kredit bukan mahu menambah hutang namun lambang mempunyai wang. Perjuangan di luar jauh berbeza dengan kampus. Dikampus pilihanraya setiap tahun,6 bulan pertama membentuk kabinet dan 6 bulan seterusnya fikir tentang pilihanraya. Buatlah salah dikampus, paling tidak diberi amaran.Demontrasi semahunya, paling berat tidur 2 malam di balai polis Kajang.
3. Pencapaian 3K akan memudahkan gerakan berjuang, namun kerjaya yang dipilih harus sesuai atau sealiran dengan perjuangan. Tentulah tidak molek sebagai pegawai kerajaan jiwa perjuang mirip kepada PAS pula. Bukankah pegawai kerajaan perlu menyokong kerajaan?, mereka bersoal balas.
4.Saya gelak lagi, buatlah survei kajilah pegawai kerajaan yang ada sekarang majoriti mereka menentang kerajaan ketika di kampus. Saya sebut lagi - pimpinan kampus yang menyokong kerajaan terlalu lurus, mereka gagal temuduga. Pimpinan kampus yang menyokong pembangkang adalah mereka yang mahir bermuka-muka. Jika temuduga dengan jabatan kerajaan, mereka lebih umno dari umno. Apa moralnya, tentulah mereka kurang ikhlas apabila berhadap dengan isu yang membabitkan dengan pembangkang. Mereka bertindak kerajaan dengan jiwa pas. Delivery system? Ini punca utama KPI gagal.
5. Saya menerang lagi, saya lewat berjuang dengan pemuda UMNO walau pun di kampus saya memimpin Gerakan Mahasiswa: Tindakan Siswa Bersatu. Iklim politiking kawasan, bukan semua boleh dihadapi dengan tabah oleh pimpinan kampus. Di kampung demografi pelbagai, taraf pendidikan berbeza. Simpan di jamban soal idealisma, jika mereka boleh menyelesai soal cari makan itu sudah baik. Mereka perlu bersedia menyusun kerusi, bersembang soal rempit dan daun ketum sebelum menerjah agenda perjuangan. Jangan fikir dengan pendidikan sahaja adik-adik layak memimpin.
5. Graduat yang bekerjaya di kampung- mereka seronok dengan tittle, non partism, tak campur. Dengan pendapatan suami isteri melebihi RM7k sebulan mereka lebih gemar membeli swah bendang dan menanam pelam. Ok. hormati prinsip mereka, namun apa salahnya jika membuka pusat tuisyen untuk anak-anak kampung? Berilah pesanan mereka yang lepak di simpang, minum secawan teh sehingga lewat petang.
Adik-adikku, jangan segera lari.Apapun kerja kamu - simpanlah nilai fikir agama dan bangsa.
No comments:
Post a Comment