Dalam konteks peranan Ketua Penerangan ini bermaksud menyebar luaskan dasar - dasar parti kepada rakyat Malaysia. Peranannya penting termasuk perlu menepis segala persoalan - persoalan negatif berkenaan parti.
Ketua - ketua Penerangan UMNO sebelum ini telah gagal memainkan peranan dan fungsi mereka. Rakyat terus menerus tidak faham apakah yang sebenarnya diperjuangkan oleh UMNO. Betul kerajaan dikuasai oleh BN (yg UMNO merupakan Tulang Belakang) tetapi peranan kerajaan berfungsi berbeza dengan parti politik.
Semoga Ketua Penerangan UMNO yang baru boleh merubah komunikasi UMNO kepada rakyat Malaysia. Media - media UMNO seperti TV UMNO, Blog & Web rasmi, saluran komunikasi rasmi perlu disebarkan agar rakyat tahu kemana tempat yang perlu ditujui. Berbanding dengan parti lain, UMNO begitu terkebelakang daripada sudut penebaran maklumat. Malah surat khabar UMNO pun tak ada. Media Massa seperti TV3, RTM, Utusan dll fungsinya berbeza.
Ketua Penerangan harus membentuk pasukan Komunikasi & kumpulan pemikir tentang bentuk komunikasi & mesej yang hendak diberitahu kepada masyarakat. Janganlah Ketua Penerangan UMNO hanya terkenal & glamour di dalam konteks UMNO sahaja, tetapi sokongan rakyat kepada UMNO terus terkikis hari demi hari.
Disamping itu, wacana dalaman di antara Pasukan Komunikasi UMNO dengan penganalisa politik perlu sentiasa dibuat termasuklah penganalisa yang tidak setuju dengan UMNO. Pendapat penganalisa seperti Ben Suffian - Merdeka Centre & Dr. Abu Hassan - Zentrum Future Studies perlu didengar baik - baik. Penganalisa separuh bengkok yang banyak bercakap tanpa hujung pangkal (ayat yang selalu keluar ialah Najib boleh, Najib perlu diberi masa, Jika ayahnya boleh dia pun boleh) tidak harus diguna pakai lagi. Zaman berubah dengan pantas, tetapi pendapat mereka masih dalam kepompong tahun 60an.
Analisa media secara objektif kena dibuat. Kena tahu berapa banyak beripa positif atau negatif tentang UMNO di semua Media. Ingat ya UMNO bukan Kerajaan. Itu soal lain.
Jadi cabaran sekarang ditangan Ketua Penerangan UMNO yang baru!
Semoga berjaya, sebab kalau gagal rasalah bagaiman menjadi Pembangkang kelak!
1 comment:
Bior pape ase bergaye, yoep. Bior meleleh ayor lior orang kampung nengok kot teman pakei (kate deme dalam hati). Setahun deme motong getah tak kan dapat nak beli/menempah kot macam teman yop...
Post a Comment