Tuesday, May 26, 2009

“Aktiviti Terbaru Para Menteri Malaysia”

Nampak gayanya pelbagai stunt sedang dilaksanakan oleh para Menteri Malaysia. Kalau sebelumnya, mereka ini tak peduli pun apa yang sebenar sedang berlaku di peringkat perlaksanaan tetapi kini setiap minggu ada sahaja lawatan melihat yang sebenarnya dibuat dimana – mana. Hatta, sanggup menyangkutkan diri mereka (termasuk membawa kenderaan tersebut) didalam kesesakan membayar tol lebuhraya! Ini merupakan stunt yang amat dahsyat!

Wahai Menteri Kerjaraya, kesesakan semasa pembayaran tol tidak diboleh diterima oleh akal yang waras, sebab pengguna membayar untuk mengelak kesesakan. Jika sesak juga maknanya ada kesalahan dipihak Operatol Tol tersebut. Memberi cadangan lama yang dikitar semula pun tidak perlu. Yang perlu ialah tindakan mendenda Operator tol terbabit dan bukannya memberi nasihat semata – mata. Tindakan lebih wajar dari nasihat haruslah dibuat segera!

Stunt – stunt ini diharap memberi makna untuk menyelesaikan sebarang masalah yang tombil akibat dari mana – mana aktiviti membabitkan perlaksanaan. Jika hanya untuk tujuan publisiti ataupun untuk menunjukkan mereka ada baju yang lain seperti yang dipakai oleh Nazri Aziz semasa lawatan beliau, baik tak payah.

Matlamat akhirnya ialah penyelesaian kepada masalah – masalah yang timbul dan bukannya mengitar semula maklumat yang rakyat telah sedia maklum!

Selamat untuk para Menteri kita!

Kerjalah anda sebelum kerja anda dibuat oleh orang lain!

No comments: