Thursday, May 7, 2009

Berilah kami peluang memilih semula dan membuat penentuan!

Sebagai orang Perak yang berbangga mengaku negeri asal hatta di Britain sekalipun beberapa tahun yang lalu (sebab tempat terbunuhnya JWW Birch), semalam saya berasa amat malu. Kena tembak kiri & kanan oleh rakan - rakan.

Sikap serta perangai ADUN BN atau PR ni sama sahaja bila melibatkan kekukuhan kuasa masing - masing. Malulah sikit.

Wahai BN, semalam anda telah menunjukkan kepada rakyat Perak betapa rakusnya anda. Terimalah akibat dalam pilihanraya yang akan datang.

Wahai Pakatan Rakyat, sebilangan ADUN anda juga melampaui batas semalam. Yang ini pun akan di ajar dalam pilihanraya akan datang.

Perlembagaan Perak menetapkan hak Tuanku untuk membubarkan Dewan dengan nasihat Menteri Besar, jadi Menteri Besar tolonglah beri nasihat tersebut. Beri peluang rakyat memilih semula siapa yang kami mahukan.

Krisis ini bermula dari Anwar kerana nak menubuhkan Kerajaan Persekutuan pintu belakang tetapi memakan diri sendiri bilanya berlaku di Perak. Rakyat memang tak tahu tertubuhnya kerajaan pintu belakang baik di peringkat Persekutuan atau Perak.

Biar kumpulan yang menang pilihanraya diberi hak memerintah sehingga pilihanraya akan datang. Suka atau tidak biarlah rakyat yang menentukannya, bukannya ahli - ahli politik yang merasa diri mereka maha hebat lagi bijaksana yang membuat penentuan.

Konsep pemimpin lebih tahu atau pandai, sudah ketinggalan zaman! Baik Najib, Anwar, Zambry atau Nizar kena fahaminya.

Jadi beri pilihan kepada rakyat untuk memilih semula dan membuat penentuan.

Sila bubar Dewan, hari ini saya pulang ke Perak untuk berkempen. Jika wajar saya juga akan bertanding sebagai calon pilihan alternatif!. Insyaallah boleh menang.

MUSANG TERBANG

No comments: