Isu sebenarnya disini ialah Nizar adalah Menteri Besar yang sah sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan hanya memutuskan agar ditangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga ia diputuskan semula melalui Mahkamah Rayuan.
Nizar adalah Menteri Besar yang mempunyai kesahan perundangan sebenar Zambry adalah Menteri Besar yang belum disahkan lagi menurut perundangan.
Selain dari menegakkan kanun perundangan, ahli politik turut mempunyai moral (dalam konteks UMNO atau PAS, menegakkan moral keislaman) untuk dituruti.
Seharusnya Zambry mula memikirkan beban moral ini sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Keputusan Mahkamah yang sementara bukanlah kemenangan dalam erti sebenarnya.
Menjadi tanggungjawab Zambry untuk menyelesaikan isu Menteri Besar Perak ini bersama Nizar. Rakyat Perak sudah memilih mereka pada pilihanraya lepas. Jika terus gagal bersepakat untuk menyelesaikannya, baiklah mereka berdua bersetuju untuk membubarkan Dewan dengan perkenan Paduka Seri Sultan Perak.
Tak perlu tunggu Mahkamah. Sebab pilihanraya kelak akan menentukan kalah atau menang. Baiklah kalah sekarang dan belajar daripadanya. Jangan kalah kemudian terus tersungkur di tebing Sungai Perak.
Namun begitu, sikap BN wajar dipuji sebab bertenang menerima keputusan. Pakatan Rakyat perlu lebih belajar menerima keputusan samada berpihak atau tidak kepada mereka.
Kami menunggu pembubaran Dewan!
No comments:
Post a Comment