Setiap hari sejak PRU 12 tahun lepas, UMNO giat mewarwarkan bahawa mereka boleh dan akan berubah. Tetapi benarkan mereka telah berubah?
Selain daripada bertukar kepimpinan, UMNO masih UMNO yang sama. Mengapa:-
a. Dasar yang dipelopori oleh UMNO masih sama. 1 Malaysia merupakan rangkuman dasar - dasar Malaysia sedia ada. Maka tidak ada dasar yang baru. Yang ada hanya pendekatan yang berbeza. Tetapi pendekatan tersebut belum nampak dengan jelas di mata rakyat terbanyak. Yang lebih nampak ialah dasar kelam kabut kerajaan. Sebut dahulu tanpa hujung pangkal dan kemudiannya terpaksa menjadi "ahli bomba" untuk memadamkan yang mana perlu.
b. Para pemimpin UMNO masih yang sama. Yang bercakap dihadapan serta yang berperanan masih yang tu jugaklah. Dimana para pemimpin muda UMNO seperti YB Razali Ibrahim, Dato' Saifuddin dll dengan gagasan mereka. Belumlah nampak lagi. Yang masih kerap bercakap di TV masih "warlord" lama UMNO. Bagilah peluang pada "warlord" baru seperti YB Ahmad Maslan pula. Masyarakat muda Malaysia perlu melihat pemimpin muda UMNO agar keyakinan kepada parti semakin bertambah. Kalau balik - balik Dato' Seri Shahidan Kassim dll, alamak buang karan aje.
c. Perpecahan dikalangan UMNO merupakan berita biasa yang basi setiap hari. Menjadi rahsia umum perpecahan di UMNO Terengganu dan Selangor. Malahan dikhabarkan bahawa Dato' Seri Khir Toyo sekerang telah hilang rakan - rakan politik dalam UMNO. Betul atau tidak saya tidak pasti. Tetapi perpecahan para pemimpin UMNO telah berlaku begitu lama dan boleh memecah belahkan parti. Lihat PAS. Dalam sekejap masa sahaja perbalahan para pemimpin mereka akibat isu Kerajaan Perpaduan dapat diselesaikan. Tuan Guru Nik Aziz telah berbaik - baik semula dengan YB Nasaruddin, setelah mereka berselisih faham akibat idea tersebut. Keluar gambar - gambar mereka yang saling maaf memaafi. Besar sungguh jiwa para pemimpin PAS ini. UMNO belumlah lagi kita tengok.
d. Mood rakyat dan amarah mereka pada UMNO / BN masih kuat. Isu Perak masih berbekas. Penciptaan kekayaan berlebihan para pemimpin UMNO masih menjadi buah mulut masyarakat. Tiadanya bantuan para pemimpin UMNO dalam kehidupan harian mereka turut diperkatakan. Ini diburukkan lagi dengan sistem penyampaian jabatan - jabatan tertentu Kerajaan yang amah lemah. Yang diburukkan ialah Menteri yang berkaitan.
e. Spin doctor baru dikeliling Presiden UMNO / Perdana Menteri kena menulis skrip baru. Rakyat mengagumi Tun Razak. Tetapi Dato' Seri Najib bukan Tun Razak. Keduanya insan berbeza walau DNAnya sama. Tak perlulah kita semua dihidangkan bahawa dahulu kawasan ini dilawati oleh Tun Razak, kini anaknya berbuat yang sama. Mentadbir negara bukan seperti membaca buku sejarah. Ya sejarah penting untuk kita memahami pelbagai isu. Tetapi tidak perlulah dihidangkan suatu sejarah yang sama dengan berlebih - lebihan. Rakyat hendak tahu ke mana arah yang bakal dibawa oleh Dato' Seri Najib. Rakyat masih mencarinya. Jika tidak terjumpa, mereka akan cari pemimpin lain yang telah menampakkan taringnya dan haluan baru.
Jadi apa sebenarnya yang baru??????
Saya pun dah tak pasti.
2 comments:
UMNO akan kelihatan berubah bila:
-menghapuskan ISA
-mengamalkan hak samarata
-menghapuskan tol dan cukai
-membenarkan kebebasan beragama
-membenarkan demonstrasi jalanan
-menghapuskan segala macam lesen dan permit
-menambahkan subsidi pada semua kehendak rakyat
-memberi wang sara hidup pada semua rakyatnya
-memberi bonus tahunan pada semua rakyatnya tanpa mengira kakitangan kerajaan atau swasta
-memberikan rumah percuma
-api dan air juga percuma dan yuran yuran juga di hapuskan.
Jika semua diatas dibuat dan dilakukan pasti rakyat akan nampak perubahan UMNO.
Dan dasar dasar diatas tidak memerlukan pemimpin berpelajaran atau bijak pandai(takut nanti makan rasuah)hanya dari rakyat kebanyakan yang mendapat undi terbanyak tak kiralah undi protes atau apa yang penting rakyat puas.
Esok lusa jangan fikir, dah susah nanti sama sama tanggung la....
Bandingkan 50 dulu ngan sekarang,kalau takda perubahan yang saudara nampak memang dah buta agaknya.
Memang kerajaan tak memberi kesemua kehendak rakyat tapi setiap tahun ada perubahan.
Cuma yang tak tahu bersyukur tak nampak perubahan itu.
Memang tak sempurna tapi dalan dunia ni mana ada yang sempurna tapi masih lagi boleh mencuba yang terbaik.
Boleh tak sedara senaraikan perubahan yang patut dibuat oleh UMNO....
Post a Comment