Monday, June 8, 2009

Untuk Menteri Pelajaran - Kajilah dahulu sesuatu Dasar sebelum laksana!

Terkejut Beruk saya dalam 2 - 3 hari ni bila membaca kenyataan Menteri Pelajaran berkenaan menjadikan dasar agar Bahasa Inggeris mesti lulus (dengan kepujian?) diperingkat SPM sebelum layak mendapat Sijil penuh.

Banyak kali telah ditekankan bahawa jika Kerajaan ingin membuat dasar baru ialah perlulah dikaji sedalam - dalamnya terlebih dahulu. Bukannya kita sibuk menembak angin dengan harapan semua orang akan faham. Yang penting dihebahkan ialah Kerajaan sedang menilai dan mengkaji persoalan ini. Tetapi berita - berita yang keluar seolah - olah Kerajaan sudah pasti akan melaksanakannya.

Whai Menteri Pelajaran, tolong buat kajian sedalam - dalamnya dan bukan bersifat telur separuh masak. Bila sesuatu dasar dibuat semua aspek perlu diambil kita. Bagus bila Menteri Pelajaran meminta pandangan pelbagai pihak diberikan ke Kementerian. tetapi yang tidak bagusnya ayat - ayat yang keluar dari mulut Menteri Pelajaran seolah - olah ia pasti jadi. Kalau begitu mengapa perlu pandangan pelbagai pihak.

Janganlah pura - pura terkejut beruk kerana pelajar tidak diajar lagi English Grammar di Sekolah. Baru minggu lepas, beliau merasmikan suatu program di Victoria Institution iaitu sekolah anaknya. Takkan tak tahu atau memnag tak ambil tahu pelajaran apa yang anak beliau belajar.

Jadi Menteri Pelajaran bila nak bersuara pandanglah elok - elok. Masyarakat kini amat pandai menilai dan bukannya hanya menunggu suapan maklumat kerajaan sahaja.

Sebelum Menteri Pelajaran membuat keputusan berkenaan mewajibkan lulus (dengan kepujian?) bagi melayakkan lulus SPM, sila buat keputusan berkenaan PPMSI dahulu.

Ini yang lebih penting. Jika berkenaan PPMSI pun tak dapat diselesaikan dengan baik, tangguhlah dulu apa - apa dasar mee segera yang tiba - tiba muncul.

Saya menyokong PPMSI!

Terima kasih.

Menteri Pelajaran jangan jadi Menteri Tak Cukup Pelajaran.

1 comment:

MamaErra said...

Aku jg sokong PPMSI! Banyak kebaikannya. Tapi sudahkah Menteri Pelajaran kaji akan keberkesanan perlaksanaan dan juga tahap pencapaiannya dari semua sudut sebelum melaksanakan dasar baru ini? Bila dilihat kepada negara-negara maju seperti Jepun, Korea, German dll... tak semua rakyatnya pandai berBahasa Inggeris, namun mereka tetap juga boleh maju.