Jawapan sebenarnya saya pun belum boleh jangka. Cumanya ada pelbagai tanggapan, cemuhan dan saranan baru yang terbit dari pelbagai insan berkenaan pemansuhan PPMSI ini.
Saya dengan jujurnya bersetuju agar PPMSI ini diteruskan. Ini selaras dengan konsep pembelajaran dan pengajaran JQAF. Melalui JQAF, anak – anak Melayu / Islam bukan sahaja akan mendalami Islam tetapi juga akan dapat belajar Bahasa Arab. Belajar bahasa sahaja tidak cukup tanpa pratik. Tetapi melalui JQAF ini anak – anak ini tadi dapat mendalami Islam dan seterusnya mempratikkan penggunaan Bahasa Arab.
Melalui PPMSI ini saya lihat bahawa, penggunaan Bahasa Inggeris dapat dipratikkan. Malangnya dasar yang bagus ini terganggu akibat perlaksanaan yang lemah oleh Kementerian Pelajaran dan kelicikan politik. Kementerian Pelajaran

nampak terkapai – kapai bila diasak oleh parti – parti politik berkenaan dasar ini.
Malahan bila mendapat tuduhan bahawa adanya penyelewangan kewangan dalam perlaksanaan dasar PPMSI, Kementerian Pelajaran tidak dapat menjawabnya dengan tepat dan berkesan.
Kini, mansuhlah sudah PPMSI. Namun begitu, isu ini masih tidak reda. Sasterawan Negara Pak A Samad Said mahu ini dimansuhkan menjelang tahun 2010. YB Mahfuz (PAS) menuduh bahawa, ia hanya dimansuhkan pada 2012 kerana kontrak kroni yang sedia ada dan persediaan untuk PRU 13.
Menurut laporan berita pula, Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan bahawa akibat pemansuhan ini Kerajaan akan berjimat RM40 juta setahun, tetapi akan membelanjakan RM5 billion bagi memperkasakan Bahasa Inggeris di sekolah – sekolah. Saya tak pasti samada hendak menangis atau ketawa dengan hujah ini.
Yang nampak sibuk dihujahkan ialah memperkasakan Bahasa Inggeris agar lebih mantap melalui pengenalan asas – asas baru pembelajaran termasuklah memperkenalkan “English Literature”. Untuk makluman semua “English Literature” bukanlah cerita Mickey Mouse dan Tom & Jerry!
Tetapi tiada siapa pun yang bercakap untuk memperkasakan lagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Malahan pengajaran Kesusasteraan Melayu tidaklah dititik beratkan langsung. Malahan, Menteri Pelajaran sebelum ini ini memperkenalkan karya – karya penulis – penulis baru. Karya - karya agung seperti Sejarah Melayu ataupun yang ditulis oleh Sasterawan Negera dikatakan terlampau kompleks untuk difahami. Ajar “English Literature” boleh, tetapi karya Kesusasteraan Melayu adalah amat kompleks. Ini cerita apa sebenarnya.
Walaupun sudah dimansuhkan PPMSI, Bahasa Melayu akan juga terkepung di tanah airnya sendiri!.
Kerajaan seharusnya memberikan cadangan bagaimana Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan diperkasakan. Bukannya mengambil mudah bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa Ibunda dan ianya tentu mudah difahami berbanding Bahasa Inggeris.
Memang ada bukti bahawa dasar – dasar Kerajaan dilaksanakan tanpa difikirkan dengan waras.

Bagi Tun Mahathir, berlapang dadalah. Semasa Tun Perdana Menteri dan laksanakan Dasar PPMSI merekalah penyokong nombor satu. Kini merekalah yang membunuh dasar – dasar Tun dalam diam.
Nampak gayanya semuanya serba salah. Jadi apakah yang betulnya?
Jangan JQAF juga dimansuhkan, sebab bukan diajar dalam Bahasa Melayu!

No comments:
Post a Comment