Wednesday, July 1, 2009

Pemikiran Pelik Parti – Parti Politik Malaysia (Memanglah Malaysia, takkanlah Amerika Syarikat pulak)


Sikap malah sifat pemikiran parti – parti politik Malaysia ini kelak belum berubah!. Sejak keputusan PRU 12 Mac tahun 2008 semua parti – parti ini menyalahkan (atau ada yang mengatakan kerana) UMNOlah mereka kalah ataupun menang.

Jika parti – parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan serta PPP dengan jelas menyatakan bahawa akibat keangkuhan UMNO, maka mereka kalah. Kalau benar UMNO itu angkuh dan parti – parti tersebut berjaya membuktikannya adalah lebih baik keluar dari BN. Jangan tunggu lagi, sebab hanya orang yang bangang sahaja yang mahu bersekongkol dengan golongan yang angkuh.

Kemudiannya, kenapa perlu tunggu sampai ke hari ini? Sudah lama dahulu patutnya sudah keluar gabungan BN. Bila kalah serta merana barulah menuduh parti lain. Bila kuat (itu pun dibantu oleh parti – parti komponen) terus menyatakan bahawa masyarakat menyokong mereka!

Tetapi yang tambah pelik ialah sikap parti – parti seperti PKR, DAP dan PAS. Sebab mereka menang kerana menyatakan masyarakat telah muak dengan UMNO / BN. Hebatnya UMNO, sebab kalau kalah pilihanraya pun pujian oleh pihak yang menang masih pada mereka.

Tetapi parti PKR, DAP dan PAS ini pandai juga menuduh orang lain walaupun isu tersebut bermula dari mereka.

Kini, DAP sedang bergelumang dengan kemelut isu Kampung Buah Pala atau dikenali juga sebagai “High Chaparral”. JIka semasa kempen pilihanraya, DAP mahukan kuasa diberi kepada mereka agar isu ini dapat diselesaikan, sehingga ada ADUN berkata sila langkah mayat saya dulu jika kawasan ini mahu dibangunkan oleh pemaju perumahan.

Isu ini sedang bergelodak sekarang. Yang terus disalahkan ialah UMNO dan Gerakan. Ehhh bukankan Pulau Pinang yang berkuasa ialah DAP???? Wahai DAP salahkanlah diri sendiri. Kuasa ditangan anda, janganlah tuduh pembangkang Pulau Pinang pulak.

Malahan, Ketua Menteri iaitu Saudara Lim Guan Eng menuduh juga yang Hindraf telah dicemari oleh BN. Macamana? Belum tahu la lagi.

Ini jelas menunjukkan yang mereka hanya tahu berkata – kata. Bila terpaksa mengambil tindakan, mereka sebenarnya tak berani!

Persoalan Kerajaan Perpaduan dimulakan oleh PAS sendiri. Malahan dikuburkan oleh PAS juga. Menuduh UMNO yang cuba memecah belahkan Pakatan Pembangkang adalah begitu samar.

UMNO hanya memberi respons terhadap idea yang dikemukakan kepadanya. Cadangan idea tersebut ditunjukkan kepada UMNO, jadi UMNO jawablah. Takkanlah menjawabnya memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat? Lemahnya? Yang PAS kelam kabut kenapa?

Kuasa politik untuk mentadbir telah diamanahkan oleh rakyat kepada parti – parti politik. Jadi gunakan kuasa tersebut dengan bijaksana. Kalau kelemahan sendiri, jujurlah berkata – kata.

Jangan asyik tuduh orang lain!
Kami jemulah!!!!!!!

No comments: