Saya hairan mengapa cara serta kaedah protokol, etika berpakaian, mahu pun hubungan di antara Menteri dan rakyat terlampau mengongkong. Sedangkan Menteri – menteri merupakan asalnya harus dipilih dahulu melalui pilihanraya untuk menjadi Ahli Dewan Rakyat dan selepas itu barulah diberi ruang (jika dilantik) untuk menjadi Menteri. Suatu lagi kaedah ialah melalui lantikkan sebagai Senator di Dewan Negara.
Soal dimana Menteri tinggal contoh merupakan persoalan peribadi serta citarasa masing – masing. Walaupun begitu ada Menteri yang tinggal dikawasan yang sekian ramai pun tak tahu dimana lokasinya.
Sebagai contoh, baru – baru ini, Dato’ Seri Najib dan rombongan baru sahaja pulang dari menunaikan Umrah di Mekah dan disambut oleh para kenamaan. Malangnya pakaian majoriti yang hadir dengan berkot, bertali leher memberikan isyarat kepada rakyat bahawa kami semua ini amat elit, dan cara berpakaian kami tidak sesuai dengan anda!
Pada era Pak Lah, setiap hari Khamis pemakaian Batik digalakan, namun ianya tidak diberikan perhatian yang agak khusus. Cari hari Khamis nampak caca merba. Ada Menteri yang begitu selasa berkot dan bertali leher hatta ke tandas sekalipun. Jadi rakyat nampak, begitu jauh sekali hubungan berpakaian di antara Menteri dengan rakyat kebanyakkan.
Jika Barrack Obama dijadikan contoh, kita nampak beliau berpakaian mengikut suasana dan bersesuaian. Janganlah melalui berpakaian ini menampakkan kita terlampau keras, terlalu stylo dan masyarakat terbanyak lari melihat kita kelak.
Ini belum lagi dilihat dari sudut protokol. Protokol kita ini begitu terkongkong. Betul ia perlu dalam keadaan dan suasana yang tertentu. Tetapi bila ia melibatkan program – program bercorak kemasyarakatan longgar dan kurangkanlah, termasuklah dalam berpakaian. Tidak perlulah berkot, bertali leher, berbaju Melayu dengan bersamping harga RM3,000. Malahan laluan VIP yang ada permaidani merah perlulah ditiadakan dalam keadaan – keadaan tertentu. Ini tidak, program diperingkat Kampung pun perlu diadakan permaidani merah ini. Pelik jugalah. Kos menyediakannya agak mahal juga. Se
Malahan pakaian para pegawai kerajaan yang turun ke padang pun perlu bersesuaian. Ada kalanya para pegawai ini lebih selesa berkot, bertali leher walaupun ditengah panas. Mengapa? Saya pun tak pasti. Afrika aje begitu rasanya.
Nanti masyarakat yang datang ke program – program tersebut akan merasa lebih jauh dan meninggalkan kita kelak, bilamana undi mereka menjadi begitu penting kepada kita.
Realitinya tidak semua ahli masyarakat yang seberjaya, sekaya ataupun mungkin sehebat kita. Majoritinya masih dalam kategori berpendapatan sederhana dan apa yang mungkin mereka ada hanya cukup sekadarnya.
Masyarakat juga begitu cerdik dalam menilai. Tidak perlu MACC memberitahu mereka jika apa yang kita ada sebenarnya bukan hak kita.
Jadi berubahlah sedikit. Biar masyarakat nampak bahawa Menteri adalah sebahagian dari mereka. Zaman yang bila Menteri bercakap orang tergangga dan mengiyakan sahaja telah berlalu.
Ini zaman berjumpa Menteri untuk memberi maklum balas dan mengkritik. Inilah dia komunikasi berhala – hala yang sentiasa disebut dibibir – bibir Menteri. Cumanya praktik sahaja yang masih kurang!
Jadi pratikkanlah!

No comments:
Post a Comment