BN sedang menggunakan konsep "ANAK EMAS" bagi meraih undi dalam kawasan pilihanraya kecil yang ditandinginya. Pertandingan di Manik Urai, Kelantan begitu dan juga di Permatang Pasir juga sedemikian.
Persoalannya disini kenapa dan apakah yang dapat difahami dari konsep "ANAK EMAS" yang diutarakan ini?
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin konsep "ANAK EMAS" ini ialah Permatang Pasir akan mendapat apa - apa sahaja yang diinginkan. Tetapi bak kata orang putih "Be Careful What you Wish For".
Takut pula nanti, jika rakyat Permatang Pasir memberi mandat kepada BN, setelah menjadi "ANAK EMAS", pihak yang menawarkan status tersebut tidak dapat memenuhi segala impian yang dimahukan oleh "ANAK EMAS".
Jika kawasan tersebut mendapat taraf "ANAK EMAS", kawasan yang telah menyokong dan memberi undi kepada BN sejak sekian lama apakah statusnya???? "ANAK EMAS INTAN BERLIAN" kut......?
Dalam konteks meraih sokongan pengundi pada abad ini, sayugialah semua pihak berpijak dibumi nyata. Yang penting segala penawaran yang dibuat boleh dilaksanakan kelak oleh manusia juga. Bukannya terpaksa memerlukan bantuan hantu raya ataupun jin kelak!
Pada masa yang sama, kawasan - kawasan lain yang telahpun memberi undi kepada mana - mana parti yang membuat penawaran tersebut hendaklah diambil kira. Jangan pula mereka kecil hati kerana tidak mendapat layanan seperti "ANAK EMAS" juga dan menyebabkan sesuati parti itu kalah pula dikawasan lain disebabkan penawaran "ANAK EMAS" ini.
Para pemimpin politik sewajarnya membuat penawaran dalam mana - mana pilihanraya besar atau kecil. Namun begitu penawaran yang buat mestilah berdasarkan konsep - konsep dan dasar - dasar yang diperjuangkan oleh parti - parti tersebut sekarang ini.
Jadi berhati - hatilah membuat penawaran. Ingat penawaran kepada taraf "ANAK EMAS" ini telah gagal dibeberapa tempat. Janganlah ulanginya lagi. Carilah idea baru untuk diketengahkan kepada masyarakat dan pengundi.
No comments:
Post a Comment