Politik Malaysia hari ini amat bercelaru. Itu bila kita berbicara tentang politik warga Malaysia yang merentasi sempadan kaum.
Tetapi dari sudut politik orang Melayu ia sebenarnya lebih bercelaru dan penuh kebuntuan di segenap aspek. Perbezaan ideologi di antara UMNO dan PAS begitu ketara. Yang UMNO bersendikan Melayu / Islam. Sementara PAS bersendikan Islam dan sedang cuba membuang dogma Melayu. Kerana itulah timbulnya slogan PAS for All.
Realitinya Orang Melayu dan beragama Islam di Malaysia hari ini terkepung!
Jika hak Melayu hendak ditegakkan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, ia akan dikatakan Rasis. Jika Islam yang hendak dibelas akan dikatakan pula Extremis.
Peranan UMNO / PAS dalam soal mendidik tentang perlunya dibela kedua - dua hak ini semakin bercelaru. Kedua - duanya asyik bergaduh dan tuduh menuduh tanpa batasan dan arah yang jelas.
Mereka hanya ingin bergaduh kerana mereka memang suka bersengketa!
Jadi apa akan jadi kepada Orang Melayu dan beragama Islam ini? Ramai orang Melayu kani tidak menyatakan mereka Melayu tetapi memperkenalkan diri mereka sebagai Islam atau Muslim.
Disarankan UMNO / PAS duduk berbincang untuk membicarakan persoalan orang melayu dan beragama Islam ini. Bergaduh berterusan pun tidak akan mencapai apa - apa manfaat.
Jika Ronnie Liu mempertahankan kebenaran penjualan arak dikawasan majoriti Melayu, it is called Universal Human Rights. Terkedu Hassan Ali. Senyap sampai la ni. Khalid Samad pula sedang memperjuangkan agar pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam dibenarkan dan diteruskan atas dasar kebebasan beragama. Beliau jugalah yang selepas memenangi Parlimen Shah Alam, pergi ke Gereja memaklumkan bahawa kata nama khas Allah boleh digunakan kerana ia digunakan secara meluas di Timur Tengah. Tetapi partinya PAS, sampai hari ini tidak memberi kenyataan rasmi berkenaan penggunaan kata nama khas tersebut!.
Sekarang ini cukup glamor mempertahankan pelbagai hak kepunyaan orang lain. Tetapi bila yang perlu dipertahanlan hak orang Melayu dan beragama Islam, maka ianya akan terus dianggap Rasis dan Ektremis!
Sudah sampai masanya UMNO dan PAS berbicara atas dasar hak Melayu dan Hak Islam dalam konteks yang lebih berhemah, bijaksana dan tertutup.
Matlamatnya bukanlah untuk menubuhkan KERAJAAN PERPADUAN! Malahan sepatutnya UMMO / PAS terus kekal dalam Pakatan Polotik yang sedia ada. Yang penting mencari kesamaan dalam kesamaran.
Bulan Ramadan ini sepatutnya menjadi titik tolak ke arah tersebut. Adalah lebih baik jika ada aktiviti bersama di segenap peringkat UMNO / PAS untuk menganjurkan majlis berbuka puasa bersama di asrama anak - anak yatim, golongan tua serta yang tertindas, surau, masjid dan sebagainya lagi bagi berkenal kenalan. Bukannya bergaduh - gaduhan seperti sekarang.
Ini lebih baik dari majlis berbuaka puasa semasa sendiri atas dasar perpaduan antara mereka, bla,bla,bla................................................... yang sebenarnya lebih kepada konsep engkau engkau, aku aku.
Jadi UMNO / PAS pilihan ditangan anda!
NOTA KHAS:
SAYA AKAN MENJEMPUT KELUARGA TERDEKAT KE MAJLIS BERBUKA BERSAMA ANAK - ANAK YATIM DIKAWASAN SAYA. ANDA BILA LAGI! BUKANNYA MAKAN SERBA MEWAH YANG TIADA KEINSAFAN YANG BERJAYA DIPUPUK.
No comments:
Post a Comment