Secara ironinya janji – janji ahli politik patutlah kita terima separuh betul terutamanya semasa memancing undi dalam pilihanraya. Boleh dikatakan ahli – ahli politik di Malaysia akan menjanjikan langit hatta syurga sekalipun bagi meraih undi, simpati dan lain – lain yang bermaksud sokongan kepadanya.
Penggunaan nama Tuhan dalam konteks inipun akan dilaksanakan jika boleh memberikan undi.
Contoh yang sedang berlaku didepan mata kita semua ialah isu Kampung Buah Pala ataupun dikenali juga sebagai “High Chaparral”, di George Town, Pulau Pinang. Ketika pilihanraya 2008, calon DAP yang sedang berkempen disitu berjanji bahawa jika ada sesiapa yang cuba mengambil alih tanah tersebut hanya boleh dilakukan secara “over my dead body”. Apa yang dimaksudkan pada masa itu dia sendirilah yag tahu.
Tetapi kini, ADUN tersebut yang telah menang, hilang entah kemana dan tidak lagi membantu penduduk Kampung Buah Pala. Ayatnya juga telah berubah. Parti yang didokongnya telah membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan hanya berkata tiada apa yang boleh kami laksanakan lagi. Mereka telah lakukan apa yang boleh, cuma penduduk kampung tersebut yang tidak tahu berterima kasih. Dia katalah. Ditambah pula kata Ketua Menterinya bahawa ini semua kerja BN.
Dahsyat sungguh permainan ahli politik sebegini. Sudahlah tidak boleh membantu, malahan turut menyekat pertemuan beliau dengan wakil – wakil penduduk tersebut pada mulanya. Hanya kemudian sahaja beliau bertemu dengan penduduk Kampung tersebut.
Semasa cubaan pemaju merobohkan Kampung Buah Pala tempoh hari hampir kesemua wakil – wakil yang kononnya bersama rakyat menutup talian bimbit mereka termasuklah ADUN “Over my dead body”. Isu masih belum selesai tetapi ahli – ahli politik tertentu menganggapnya sudah selesai secara sebelah pihak.
Itulah dia norma ahli politik!
Nasihat saya bila berlaku lagi keadaan sedemikian, dapatkan yang terbaik untuk kita dan masyarakat, jangan sesekali percaya ayat manis purbakala mereka semua. Nanti kita pula yang makan nasi berlauk kicap manis, sedangkan mereka sedang ketawa terbahak – bahak makan salmon yang diterbangkan khas dari Denmark! Salah – salah ketika ketawa terbahak – bahak, mereka telahpun berada di Denmark dan kita mungkin hanya tinggal dirumah berbumbungkan langit.
Jangan silap perhitungan dengan ahli politik. Berjaga - jaga juga dengan ahli politik yang lebih pandai menuding jari ke arah lawannya, sedangkan mereka tidak berbuat apa - apa dan hanya pandai menuduh orang lain sahaja!
SEMOGA PERISTIWA KAMPUNG BUAH PALA INI MENGAJAR KITA SEMUA!
MUSANG TERBANG!!!! BAKAL WAKIL RAKYAT ANDA
No comments:
Post a Comment