MMMMMMMMMMMMMMMMmmmmmmmmmmm, kejadian – kejadian yang berlaku di Malaysia ini ada kalanya boleh mencapai peringkat misteri Nusantara. Mungkin ada ramai orang yang mempunyai kebolehan “ilmu ala Hantu Raya”. Sekejap boleh ada, tapi lama tiada, dan muncul semula!
Dalam 2 – 3 bulan ini beberapa barang keperluan telahpun lenyap dari pasaran. Bermula dengan kekurangan ayam, kemudiannya Beras ST 15, dan sekarang ini gula pasir. Selepas ini pula yang akan lenyap ialah Minyak Masak Kelapa Sawit serta mungkin juga Telur Ayam Gred C. Sebabnya ialah bagi keluarga miskin yang tak mampu membuat rendang ayam atau daging, maka Telur Ayam Gred C menjadi pilihan sebagai hidangan paling istimewa sempena Hari Raya yang bakal menjelma.
Hairan juga mengapa ini boleh / dibiarkan berlaku? Sebabnya penternakan ayam ada dimana – mana di Malaysia. Kita mempunyai bekalan beras tempatan sendiri walaupun tidak mengcukupi. Gula pasir selama ini ada dan mengcukupi. Kemana pula perginya? Telur ayam pun berlambak di dalam pasaran dengan pelbagai gred dan harga. Mengapa perlu gred keperluan orang miskin yang tiba – tiba hilang? Inilah dia “ilmu ala Hantu Raya”.
Perkara ini bukan baru dan telah berlaku sebelum ini. Jadi kerajaan melalui agensi – agensi yang terbabit tidak belajar apa – apa akhirnya.
Takkanlah kita kehabisan minyak sawit sebab kita pengeluar utama dunia. Ia berlaku kerana sikap pengeluar yang tamak! Ada beberapa GLC turut terlibat dalam bidang ini, jadi kerajaan patut kerahkan GLC tersebut untuk menghantar produk dalam pasaran. Jangan hanya pandai berkata program tanggungjawab sosial korporat kami amat hebat sekali tetapi ia hanya drama swasta 50 episod pasal kisah cinta, kahwin 2 tiga yang biasa – biasa sahaja.
Bila gula pasir tak ada, mengapa tidak dipanggil tycoon yang memonopolinya. Ada 2 -3 tycoon sahaja yang mempunyai lesen mengilang gula iaitu Syed Mokhtar Al Bukhary, Robert Kuok, serta 1 – 2 orang lagi. Check la data pengeluaran, distributors, serta yang berkaitan dengannya pasti jumpa. Follow the money trails, ikut kata orang putih. Gula pasir ini dibungkus dan nampak. Ia bukan berlian yang boleh disorok dengan mudah. Bila disorok perlu gudang yang besar untuk penyimpanan. Jadi kenalah cari, bukan hanya berkata – kata bahawa bekalan ada serta mengcukupi atau sila kurangkan penggunaan gula. Kempen kurang guna gula perlu berterusan dan bukannya ketika gula telah berkurangan dalam pasaran!
Beras ST15 tak ada lagi lah lawak. Bila barang untuk orang miskin aje selalunya mesti tak ada. Lepas tu amatlah payah pihak – pihak yang berwajib ni nak mengambil berat. Maklumlah orang miskin! Beras di Malaysia dimonopoli oleh Bernas. Siapa punya? Nama yang selalu muncul berkaitan Bernas ini ialah Syed Mokhtar Al Bukhary dan Shahidan Kassim. Carilah mereka berdua ini dan tanya. Kalau pengeluaran dalam Malaysia semakin berkurangan berilah data – datanya. Ini asyik kata beras semakin mahal dipasaran dunia sebab bekalan berkurangan dan US Dollar meningkat naik. Itu ajelah alasan lembik yang ada. Untuk kaedah menyelesaikan isu ini tak ada pun.
Yang susah terus – terusan orang miskin.
Kerajaan sedarlah dan proaktif dalam mengambil tindakan.
Jangan nanti rakyat pula yang proaktif menolak Kerajaan!
No comments:
Post a Comment