Wednesday, August 12, 2009

Pertempuran Personaliti berkenaan PKFZ yang merugikan BN.

Apa dah jadi kepada Personaliti dalam BN sekarang ini. Mereka bertempur dihadapan khalayak tentang wang dan wang dan seolah - olah harta / projek dalam negara merupakan hak mereka sahaja.
Cuba lihat pertempuran di antara Ong Tee Kiat, Tiong KS & Faizal berkenaan Klang Free Trade Zon. Ong Tee Kiat telah memaklumkan kepada umum hasil kajian dan laporan audit yang dibuat oleh Juruaudit Bebas berkenaan adanya sesuatu yang tidak kena dengan projek tersebut termasuklah adanya terlebih tuntutan oleh Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju projek tersebut.
Pihak Kuala Dimensi pula dalam timbal balasnya menyatakan pula bahawa bahawa Ong Kee Kiat ada menerima RM10 juta untuk bahagian2 MCA. Ada ada pula dinyatakan bahawa Kementerian Ong Tee Kiat tidak membayar bil jet peribadi.
Apa ini semua?
Ini merupakan pertempuran terang - terangan dalam BN antara personalitinya. Tambah pula Tiong KS merupakan Pengerusi BN Backbencers di Parlimen. Seharusnya di pihak Tiong KS & Faizal bertenang dan menunggu peluang mereka untuk menggunakan saluran mahkamah atau Public Account Committee Parlimen yang sedang bersidang untuk menjawab segala pertuduhan.
Menjawab pertuduhan yang ke atas syarikat beliau dengan pertuduhan lain ke atas Ong Tee Kiat menyebabkan orang ramai akan terus hairan dan yakin bahawa mereka ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
Implikasinya kelak akan membuat BN hanya penting aktiviti mengumpul kekayaan sahaja termasuklah menipu. Bagaimana rakyat akan terus percaya kepada BN kelak? Dengan keyakinan yang kian terhakis sejak PRU12, malah sebelum itu lagi, pertempuran mengenai isu ini akan lebih menyebabkan keyakinan kepada BN akan kembali terhakis serta mungkin lebih teruk lagi.
Janganlah kita kononnya berkata personaliti dalam Pakatan rakyat pun bertempur maka kita pun hendak menunjukkan bahawa kita pun ada ruang seperti itu. Tetapi pertempuran dalam PR adalah berkaitan isu yang mengambil kira kehendak rakyat atau kaum yang secara majoritinya diwakili oleh PAS, PKR atau DAP. Jadi ia berbeza.
Yang berlaku dalam PR sekarang ialah pertempuran umum berkenaan cara yang sepatutnya digunakan untuk keperluan berkenaan hak umum berkenaan kaum atau agama. Ia tidaklah kerana perebutan wang ringgit dan tuduh menuduh tanpa fakta seperti yang berlaku diantara Ong Tee Kiat, Tiong KS & Faizal.
Jadi Ong Tee Kiat, Tiong KS & Faizal, silalah hentikan semua ini. Ada cara yang lebih baik.
Anda terutamanya Tiong KS & Faizal sedang melemahkan BN. Faizal akan melemahkan UMNO di Selangor. Jadi gunakanlah saluran yang betul.

No comments: