Tindakan Dato' Seri Nizar di Dewan Rakyat hari ini sedikit keterlaluan. Betul kita ingin mempertahankan prinsip yang ada tetapi biarlah dalam keadaan / suasana yang bersesuaian.
Kita sebenarnya ingin melihat suasana perbahasan / perdebatan / memberi pandangan politik yang terarah ala Amerika Syarikat. Kita hendak melihat wakil rakyat kita senyum dalam menerima kritikan / pandangan membina.
Tetapi tindakan Dato' Seri Nizar hari ini amat tidak betul. Diharap beliau berfikir dengan waras dalam sebarang tindankan yang bakal dibuat dimasa hadapan.
Sehingga kini, masyarakat ramai melihat beliau sebagai pejuang ke arah kebenaran! Tetapi janganlah menjadi terlampau melampau! Jangan kelak rakyat benci atau muak melihat tindak tanduknya kelak.
Mari kita bertindak dalam cara yang sihat. Aktviti menjerit, tumbuk meja, mengamuk tiba - tiba atau melompat seperti kera tidak cocok dengan kita semua. Kononnya hendak bergerak ke arah parlimen Kelas Dunia.
Bersedia berubah tetapi biarlah dengan penuh membina.
1 comment:
Errr..kalau rampas kuasa tu ..kira macam mana pulak bro...
Tidak keterlaluan ke?
Ke biasa biasa aje..macam selalu buat?
Rakyat dah muak la bro dgn cakap-cakap macam ni
Post a Comment