Mingguan Malaysia, Ahad 29/11/2009
Sejuta keluarga layak
JEMPOL 28 Nov. – Lebih sejuta keluarga yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dijangka menerima kupon subsidi beras melalui Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu, setakat ini 248,000 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima kupon itu dan bilangan itu dijangka terus meningkat.
Selanjutnya sila baca di Mingguan Malaysia!
Ulasan saya:
Terkejut pun ya, tak percaya pun ya, rasa pelik pun ada jugak, melopong dibuatnya sudah tentu!
Setelah Malaysia Medeka melebihi 50 tahun, jumlah rakyat yang miskin dan tidak mampu masih ramai. Cuba kita kira, jika 1 juta keluarga ini didarab dengan empat, jumlahnya akan menjadi 4 juta orang. Selalunya bagi keluarga miskin anak – anak mereka selalunya ramai. Kita anggarkanlah lah sekitar 6 orang sekeluarga, ini akan menjadikan isi rumah yang miskin di Malaysia ialah sebanyak 6 juta orang.
Ramaiiiiiinya! Penduduk Malaysia dalam lingkungan 30 juta orang. Jadi berapa % yang miskin. Kira sendiri.
Persoalan berikutnya ialah kaum manakah yang tercicir ini? Sudah tentu kaum Melayu, memandangkan secara logiknya mereka ini merupakan kaum majoriti.
Dengan adanya pelbagai agensi baik diperingkat Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Zakat Negeri – Negeri, Amanah Ikhtiar Malaysia, pelbagai skim bantuan melalui MARA, TEKUN, BSN termasuk penyediaan bantuan keperluan di Sekolah, Petani, Setinggan dan lain – lain lagi, rupa – rupanya jumlah keluarga miskin di Malaysia ini tidak berkurangan.
Ini belum termasuk aktiviti – aktviti pembasmian kemiskinan yang digerakkan oleh pelbagai NGO.
Adakah salah dimana – mana angka yang diberikan ini?
Suatu realiti yang perlu diambil kira di sikap orang Melayu yang gemarkan status quo. Ini tergambar bila ada anak – anak yang sudah berjaya tetapi masih membiarkan nama orang tua mereka terus menerima zakat, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan – bantuan dari parti – parti politik dan sebagainya lagi. Sepatutnya keluarkan nama mereka dari senarai tersebut. Ingat tangan di atas lebih baik dari tangan dibawah.
Di pihak Kerajaan pula, ia menampakkan kegagalan. Sepatutnya kita telah dapat mengurangkan kemiskinan. Ini tidak dengan sejumlah wang yang banyak, kita masih gagal lagi. Adakah kerana aktivitri – aktiviti yang kita laksanakan tidak berkesan langsung? Atau pihak yang mentadbirnya iaitu Pegawai Kerajaan tiada inovasi dalam penyampaian? Ataupun wang yang sepatutnya disalurkan hilang akibat rasuah? Semuanya menampakkan persoalan dan tiada jawapan.
Rakyat terus menjadi keluh kesah dan jawapan yang ada amat tidak memuaskan langsung. Adalah lebih baik Kerajaan memastikan pemberian untuk mengurangkan kemiskinan benar – benar sampai ke sasarannya. Malulah jika terus begini dan harapnya tidak akan menjadi bom jangka politik.
Jangan angka yang sejuta ini menjadi lebih banyak. Ini bermakna kita gagal terus. Sewajarnya Kerajaan meletakkan KPI untuk mengurangkan kemiskinan ini secara terus dan bukannya hanya berbicara tanpa sebarang data dan fakta.
Ayuh, apa lagi, mari terus bekerja untuk mengurangkannya!
1 comment:
penggunaan nama is very rampant nowadays..projek perumahan untuk golongan berpendapatan rendah, those who are widow, widower etc disalahgunakan..ibu/bapa memohon, dapat rumah bagi kat anak, extend sana sini, renovate depan belakang..
Post a Comment