Comments on anything that interest me. Politics is one of it. Community servicing is the 2nd.
Monday, December 28, 2009
Akhirnya Pemandu Bas akan didapati bersalah…………………………….
Maklumlah dalam Filling System Kerajaan Malaysia adalah part SK: Fail. Apa maksudnya, tiada siapa yang tahu. Sebab Fail tidak boleh membaca, jadi adanya salinan kepadanya adalah amat pelik, macam Misteri Nusantara lagaknya. SK: Fail ini tidak perlu. Sebab bila ada Nombor Rujukan sudah tentulah surat tersebut akan disimpan di dalam Fail yang berkenaan.
Selepas kejadian kemalangan bas di Ipoh tempoh hari semua pihak bercakap. LPKP berkata – kata, MKJR pun sebut menyebut, MIROS juga tambah menambah, termasuklah keluarga mangsa dan Jurucakap Rasmi Tuan Punya Bas. Diberitakan juga bahawa LPKP telah mula mengaudit Syarikat Bas berkenaan. Apa yang diaudit tidaklah pula dinyatakan. Akhirnya nanti, selepas 3 bulan, maka jawapannya ialah pemandu yang cuai. Pendek aje keputusannya, sedangkan proses mengaudit memakan masa 3 bulan. Sebab lain tidak dinyatakan, basuh tangan, lap dan habis cerita dan SK:Fail.
Berita di Media pun tidak habis – habis pasal bas dan kemalangan. Ini termasuklah menelefon talian LPKP, yang tidak menyelesaikan apa – apa pun. Senang aje nak tahu tidak menyelesaikan apa – apa, kerana bas – bas ekspress masih lagi dipandu laju melebihi 120 km/j di Lebuhraya. Saya tahu, sebab saya selalu memandu sekitar 115 km/j di Lebuhraya dan ada bas ekspress memotong dengan lajunya. Biasalah……… Ala bisa tegal biasa!
Ditambah lagi, LPKP membenarkan agar usia bas sekolah ditingkatkan dari 25 tahun ke 30 tahun. Memang LPKP ini akan selalunya tunduk kepada tekanan, memandangkan LPKP tidak mahu berada dalam keadaan serba salah bila Persatuan Tuan Punya Bas Sekolah memohon kenaikan yuran bas. Bagus, Rakyat Diutamakan. Sebab kalau mati dulu pun rakyat, bukannya YB Pengerusi LPKP.
Hukuman yang perlu bila melibatkan pengangkutan awam ini bila berlakunya kemalangan sewajarnya kena to the whole chain. Bukan setakat pemandu sahaja. Biasanya pemandulah yang kena belasah kiri dan kanan. Ini termasuklah cerita kononnya gaji mereka ini rendah, tidak cukup tidur dan lain – lain lagi. Yang Persatuan Tuan Punya Bas pula akan buat lawak ayam dengan mengatakan bahawa the bus drivers are being paid well. Itulah yang dikatakan oleh PMBOA President Datuk Ashfar Ali. Tetapi tidak pernah dinyatakan berapa jumlahnya.
Lawak ayam Persatuan Tuan Punya Bas ini bertambah lagi dengan mengatakan bahawa bas express kebanyakkannya ada speed limiters dan GPS tracking device. Saya ingat yang selalu dipasang bukannya speed limiters tetapi speed enhancers. Cuma tengok berapa lajulah bas – bas ini di Lebuhraya.
Syarikat Bas tersebut perlu disiasat dan mesti ada penalty kepada mereka seperti freeze lesen baru ke laluan tersebut, gantung lesen bagi bas yang kemalangan, denda dalam jumlah yang tinggi (bukannya hanya RM200 sahaja).
Akhirnya, bas – bas untuk pengangkutan awam perlu diberi penarafan agar masyarakat yang ingin menggunakannya akan mempunyai pilihan. Supaya kita tahu yang Syarikat Bas yang paling banyak kemalangan dan mana yang paling kurang. Semua ini boleh dijadikan juga asas bila permintaan kenaikan tambang bas kelak. Bukannya asyik pukul rata sahaja. Kalau macam tu tidak perlulah ada LPKP.
Penat dah menulis, jadi LPKP, MKJR, MIROS dan lain – lain yang seangkatan dengannya ~ ADA BERANI untuk laksanakan apa yang betul, bukan apa yang patut?
Sunday, December 20, 2009
Semua Boleh Hilang di Malaysia, Jangan Risau!
Jika di tahun – tahun 60 an – 70an, barang yang paling banyak hilang ialah kayu balak. Macamana kayu balak ini boleh bergerak ke sana dan kemari tiada siapa pun yang pasti. Kemungkinannya ialah mendapat bantuan dari Hantu Raya dan Puntianak Jadi – Jadian. Dahlah hilang dari hutan simpan yang kononnya terjaga rapi, sampai hari ni pun tak dapat lagi siapa yang mengambilnya. Tetapi yang lebih pelik lagi ialah Malaysia mengistiharkan bahawa tiada pembalakkan haram disini. Wohhhhhhhhhhhh……..
Membawa ke era 90an pula, benda yang banyak hilang ialah pasir di Sungai – Sungai. Pun begitu, kononnya terjaga dengan rapi, tetapi tidak nampak siapa pula yang mengambilnya. Mungkin mengorek pasir ini menggunakan batang mancis, pasal tu la tak nampak langsung. Yang nampak ialah kawasan tebing sungai yang dikorek pasirnya. Terkedu semua orang. Tentulah hebat aktiviti yang dilaksanakan secara halimunan oleh Langsuir dan Serigala Jadi – Jadian.
Kini di alaf baru, enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia disedari hilang pada 2007. Tetapi sebenarnya bukanlah hilang sebab telah diketahui ianya telah telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Cumanya yang belum pasti ialah siapakah yang mencurinya? Mungkin melibatkan Hantu Pocong dan juga Harimau Jadi – Jadian.
Bila semua insiden – insiden hilang ini berlaku, semua pihak akan berkata – kata dan berjanji macam – macam. Tetapi akhirnya kelak tiada apa – apa tindakan, aktiviti susulan yang akan berlaku. Jangan risau, sebab lepas ini akan ada kehilangan yang lain pula.
Ohhhhh, rupanya Malaysia ini sebenarnya berada di dalam Bermuda Triangle (Jadi – Jadian) yang sentiasa menghilangkan apa sahaja. Jadi kalau ada lain yang hilang lepas ini jangan gusar, sebabnya kita berada di dalam Bermuda Triangle (Jadi – Jadian).
Menurut Falsafah Baru Abad 3,000, lagi naik kurun lagi sofistikated la barang – barang yang bakal hilang. Ini menunjukkan betapa tingginya ketamadunan Malaysia. Jangan la risau!
Sunday, December 13, 2009
Betapa Tinggikah EGO yang perlu dibelai manja menjelang Abad Baru Tahun 3,000 ini!
Kena ingat bahawa, Dubai juga begitu tinggi EGOnya, tetapi kini terkulai layu akibat krisis kewangan yang melanda.
Saya pasti masyarakat Malaysia tidak perlukan satu lagi pencakar langit yang begitu tinggi hanya untuk mengisi EGO. Kita sudah pasti mahukan kemudahan – kemudahan kesihatan, pendidikan, infastruktur yang lebih baik, jalur lebar kelajuan tinggi, jaminan keamanan, keselamatan dan lain – lain lagi.
Jika kita sebenarnya ada wang yang sebegitu banyak untuk membina pencakar langit bagi mengisi EGO, sewajarnya urusan – urusan berkaitan keperluan rakyat perlu lebih diutamakan dan disegerakan. Bukannya asyik berkata peruntukkan tidak cukup, bajet Negara defisit, kerajaan telah berbelanja banyak untuk subsidi, dan pelbagai madah – madah indah untuk mewajarkan tindakan Kerajaan.
Jika Kerajaan atau agensi – agensinya yang sedang berfikir – fikir melaksanakan aktiviti meningkat EGO, sewajarnya hentikanlah. Dengan lebihan wang yang sedia ada, adalah wajar dibelanjakan semula untuk kesejahteraan rakyat. Rakyat sekarang semakin rimas dan tertekan dengan taraf hidup yang tidak meningkat naik, cemas dengan keadaan yang tidak aman serta selamat, menerima pelbagai perkhidmatan yang serba lembap dan tidak membantu rakyat seperti jalur lebar yang lebih lambat dari kura – kura berjalan, tetapi harganya ala berstatus 5 bintang 3 suku.
Jadi, terimalah pandang rakyat!
Jangan nanti rakyat memberikan slogan baru, sebab kami tidak diutamakan, maka nyahlah kamu!
Tuesday, December 8, 2009
Makanan Kegemaran Ala Serigala Jadian Abad 3,000! Fuhhhh........................................
Caviar? Golden cake? The world’s 11 most extravagant meals
SINGAPORE, Dec 9 — The finest ingredients and top chefs are key components to the best dining experiences, but it can be the added extras that make meals or venues memorable.
Forbes.com has compiled a list of 11 of the world's most extravagant meals (http://www.forbes.com/2009/12/03/most-extravagant-meals-lifesty le-travel-dining-travel-channel.html). Reuters has not endorsed this list:
1. Daniel Boulud's Caviar — New York City: At US$205 (RM697), Daniel's tasting menu is a relative bargain compared to other high-end Manhattan eateries but care for some Champagne and caviar in the lounge before dinner? Fifty grams of Boulud's private-label Caspian Sea Golden Ossetra caviar goes for US$860.
2. The French Laundry — Napa Valley: Even the wiliest concierges have trouble scoring reservations at Chef Thomas Keller's The French Laundry. Each day Keller and his staff create two nine-course US$240 menus — a chef's "tasting" menu and a "vegetable" menu — promising not to repeat a single ingredient on either menu.
3. US$1,000 Sultan's Golden Cake — Istanbul: Upon request the pastry chef at hotel the Ciragan Palace Kempinski will prepare a "golden cake" that has been flavoured with fruits marinated for years in Jamaican rum, vanilla beans from French Polynesia and French wheat. But what makes this the ultimate bakery bling is the dusting of 24-karat edible gold.
4. White Truffle Dinner at Les Amis — Singapore: For special clients, Les Amis, the elegant French restaurant in Singapore, can arrange a top-to-bottom white truffle menu that starts at US$800 per person, not including wine.
5. US$5,000 Fleur Burger — Las Vegas: Created by Fleur de Lys chef Hubert Keller, the man behind Burger Bar in the Mandalay Bay hotel, this burger contains kobe beef, truffles and foie gras. The real cost comes with the concoction's accompaniment — a bottle of 1995 Chateau Petrus from Bordeaux.
6. Nino's Bellissima Pizza — New York: There's nothing special about the sauce or the crust. This pizza earns its US$1,000 price tag with its toppings. Nino's in New York loads down this pie with caviar and fresh Maine lobster. There's also some salmon roe and a little wasabi.
7. Dinner In The Sky:"People were getting bored with just going to the same old restaurants," says David Ghysels, the Belgian entrepreneur who created this movable restaurant suspended by a crane. If you've got the cash, Ghysels will bring his portable dining room anywhere he's got clearance. Bringing a star chef and his suspended restaurant to a US locale could cost between US$50,000 and US$100,000.
8. Picnic on Macaroni Beach, Mustique Island: Barbecued chicken, mango and avocado salad, couscous with vegetables and rum punch sounds like standard picnic fare. Unless, of course, your picnic is on Macaroni Beach, on the exclusive Mustique island in the West Indies. The private island is open only to guests who own or rent some of its stunning villas, all of which come with their own kitchen staff.
9. Chef's Table at L'Espadon —Paris: This restaurant, complete with a climbing lilac tree in the middle of the opulent dining room, serves up dishes like roast rib of milk-fed veal in a hay-infused stock and filet de boeuf Rossini with "cappuccino-style" mashed potatoes (with truffles and cocoa). Occasionally, Executive Chef Michel Roth invites guests to dine at the chef's table, offering a ringside seat to the choreography of the Ritz's mythical kitchens.
10. Private Dinner at Chef Louis Pous: For diners who aren't into travelling, Little Palm Island resort chef Louis Pous has started making house calls. For US$10,000 (for up to 10 people) plus travel costs, the chef and his staff of two will fly anywhere in the United States to prepare a private meal. The package, which must be reserved 30 days in advance, does not include wines, china or stemware.
11. Dinner at Three on the Bund — Shanghai: This small domed dining room capping Three on the Bund, Shanghai's upmarket shopping and dining complex, is so intimate it can only squeeze in two diners and a butler. While taking in the panoramic views of Shanghai, you can feast on food from any of the restaurants in the complex including Jean-Georges Vongerichten's Jean Georges, Laris or Whampoa Club, for about US$500 for two. — Reuters
Monday, December 7, 2009
Falsafah Baru Abad 3,000: Bersediakah anda menjadi Hantu Raya + Jembalang Tanah yang Gemilang?
"Apa yang sanggup anda lakukan untuk menjadi Hantu Raya + Jembalang Tanah yang Gemilang? Apa? Apa? dan Apa?"
Dia lagi:
"Anda bersedia untuk menghadiahkan diri serta jiwa raga anda kepada orang yang bersedia memberikan apa yang anda mahu? Buat apa sahaja yang diperintahkan. Hasilnya nanti akan membolehkan anda menjadi Hantu Raya + Jembalang Tanah yang Gemilang. Tak faham? atau buat – buat tak mahu faham akan maksudnya? Ya apa sahaja! Ya apa sahaja! Apa sahaja! Aduhhh tak faham lagi ke?"
La....Dia lagi:
"Padanlah anda bukannya Hantu Raya + Jembalang Tanah yang Gemilang tersebut.
Bengap!"
Saya:
"Saya sudah tentu ingin menjadi Hantu Raya + Jembalang Tanah yang Gemilang tersebut, tetapi saya tidak sanggup melaksanakan apa yang diperlukan!
Padanlah muka saya!"
Dia kata lagi:
"Jadi sebab dah isytihar tidak sanggup maka sila duduk diam – diam dan jangan bising lagi. Bukankah anda kata tadi anda tidak sanggup? Enhhhhh sudah sanggup pulak? Apalah anda ini?
Sekejap sanggup, sekejap tidak sanggup, kemudiaan sanggup semula, anda ini apa?
Jadi sanggup ke atau tidak sanggup?"
Saya pula:
"Tidak sanggup kut?"
Dia cakap lagi:
"Mana ada kut – kut? Jadi sanggup ke atau tidak sanggup?
Buat kali yang terakhir, sanggup ke atau tidak sanggup?"
Pertanyaan itu untuk ANDA. Jawaplah cepat, sanggup atau tidak sanggup?
JANGAN BIAR SERIGALA JADIAN TERSEBUT MENUNGGU LAMA, SEBAB ADA RAMAI YANG SANGGUP!
Tuesday, December 1, 2009
Persediaan ke arah Falsafah Baru Tahun 3,000: Melayu Masa Hadapan ~ Mari Kita Rebut Peluang Masa Hadapan, jadi Kemaskinikan Diri serta Anak – Anak Kita! Mari Bangun, Cipta Peluang dan Kurangkan Mengata Orang Lain!
Saya pasti kita hari ini telah membaca dan mengetahui tentang anak – anak muda (yang umur mereka telahpun meningkat sekarang ini) seperti Shahril Ridza (kini KWSP), Abdul Rahman (kini Ekuinas), Ahmad Zaki Zahid (kini MRCB), Omar Mustapha (kini Petronas), Khairy Jamaluddin (kini Ahli Parlimen), serta lain – lain termasuk yang mengepalai Syarikat Perumahan Negara Berhad, Pengurusan Aset Air Berhad, Khazanah Nasional Berhad, Maybank Investment Bank, Takaful Nasional Berhad etc, etc, etc.
Di pihak Kerajaan mungkin telah wujud unit khas bagi melatih para teknokrat muda untuk keperluan masa hadapan, di samping peranan yang dimainkan oleh GLC sendiri ke arah tersebut. Bakat – bakat muda ini dikenalpasti, diberi ruang untuk mendapat pendidikan yang terbaik, dibentuk kepimpinannya dan diberi peluang menerajui dipelbagai peringkat jawatan di Syarikat Kerajaan, GLC dan lain – lain lagi.
Saya tidak mempersoalkan mereka ini layak atau tidak. Itu rezeki yang Allah SWT kurniakan dan terpulanglah kepada mereka bagaimana untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan. Yang betul dan baik kita sokong, yang salah kita tentang dan lawan hingga ke pengakhiran. Walau kena ISA sekalipun!
Yang saya ingin tegaskanlah ialah dalam kita membina pendidikan anak – anak, kita kena menyediakan cabaran mereka untuk masa yang akan datang. Cuba kita lihat pendidikan, pengalaman, influence, etc – etc Mamat – Mamat yang di atas (Note: This is a personal observation & it’s not a saintific study, including no malice towards anybody):
a. Mesti Lulus dari Ivy League Universiti (Cambridge, Oxford, Harvard, London School of Economics, etc) atau dari Universiti Utama Antarabangsa yang lain. Kalau dari Universiti Kebangsaan Malaysia tak main, Universiti Al – Azhar pun tak main. Ayat yang penting ialah Universiti Tersohor / Antarabanagsa Dunia yang terletak di England, USA, Australia dan lain – lain lagi.
ANDA? I’m graduated from Local University in Malaysia in Bangi, Selangor. That’s why when applied for job, I’m not even shorlisted!
b. Lulus pula dengan Cemerlang iaitu 2nd Class Upper atau 1st Class Honours. Lagi bagus jika CGPAnya ialah 5.00. Ditambah pula kemudian dengan MBA yang CGPAnya ialah 7.00. Lagi cun jika MBA tersebut datangnya dari Oxford atau Harvard.
ANDA? I’m thinking to do Masters in Philosophy. You moron, they only want MBA related la!
c. Majoritinya pernah bekerja dengan firma – firma perundingan seperti Booz, Allen & Hamilton, McKinsey & Company Inc. atau perakaunan antarabangsa seperti PWC, KPMG samada di USA atau England. (Takkan la jika USA atau England sahaja kita kategorikan sebagai antarabangsa?).
ANDA? I’m a freelance Consultant to bright & upcoming Kampung politician. The politician thinks he is la.
d. Majoritinya juga jika bergelar Akauntan yang diiktiraf oleh Accountant Body of England, Wales, Australia, USA, etc, etc. Jika lulusan undang – undang has been called to the Bar of England and Wales, begitulah lebih kurangnya. Kalau setakat attach dengan Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (Negeri) atau Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (Persekutuan) Kampung anda, sila rentikan. Itulah yang pergi buat JKKK (N) serta JKKK (P) nak buat apa? Buang duit aje.
ANDA? I’m accrediated by Merlin, the Socerer of Camelot, the Land of Arthur. FYI, Camelot is in England.
e. Dalam kesibukkan bekerja pula, dapat membuang short course terutamanya dari Harvard, etc, etc, etc.
ANDA? I have done short course in Cooking.
f. Di Malaysia antara pengalaman kerja ialah antara lain bekerja dengan Merchant Bank, Accounting Firm, Cawangan of International Consulting Firm, etc, etc.
ANDA? Bank is chasing me to pay up my loan.
g. English is their 1st Language in every thing.
ANDA? I got A1 in my SPM & SRP English.
So, are we for the challenge? Better be prepared for the war.
This will be survival of the fittest, the cleverest, the most educated, etc etc etc, or you will die with your eyes open!
Monday, November 30, 2009
Ada Sejuta Keluarga dikategorikan sebagai miskin & miskin tegar bakal menerima SUBUR. Biar betul. Kita kena berbuat sesuatu.
Sejuta keluarga layak
JEMPOL 28 Nov. – Lebih sejuta keluarga yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dijangka menerima kupon subsidi beras melalui Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu, setakat ini 248,000 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima kupon itu dan bilangan itu dijangka terus meningkat.
Selanjutnya sila baca di Mingguan Malaysia!
Ulasan saya:
Terkejut pun ya, tak percaya pun ya, rasa pelik pun ada jugak, melopong dibuatnya sudah tentu!
Setelah Malaysia Medeka melebihi 50 tahun, jumlah rakyat yang miskin dan tidak mampu masih ramai. Cuba kita kira, jika 1 juta keluarga ini didarab dengan empat, jumlahnya akan menjadi 4 juta orang. Selalunya bagi keluarga miskin anak – anak mereka selalunya ramai. Kita anggarkanlah lah sekitar 6 orang sekeluarga, ini akan menjadikan isi rumah yang miskin di Malaysia ialah sebanyak 6 juta orang.
Ramaiiiiiinya! Penduduk Malaysia dalam lingkungan 30 juta orang. Jadi berapa % yang miskin. Kira sendiri.
Persoalan berikutnya ialah kaum manakah yang tercicir ini? Sudah tentu kaum Melayu, memandangkan secara logiknya mereka ini merupakan kaum majoriti.
Dengan adanya pelbagai agensi baik diperingkat Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Zakat Negeri – Negeri, Amanah Ikhtiar Malaysia, pelbagai skim bantuan melalui MARA, TEKUN, BSN termasuk penyediaan bantuan keperluan di Sekolah, Petani, Setinggan dan lain – lain lagi, rupa – rupanya jumlah keluarga miskin di Malaysia ini tidak berkurangan.
Ini belum termasuk aktiviti – aktviti pembasmian kemiskinan yang digerakkan oleh pelbagai NGO.
Adakah salah dimana – mana angka yang diberikan ini?
Suatu realiti yang perlu diambil kira di sikap orang Melayu yang gemarkan status quo. Ini tergambar bila ada anak – anak yang sudah berjaya tetapi masih membiarkan nama orang tua mereka terus menerima zakat, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan – bantuan dari parti – parti politik dan sebagainya lagi. Sepatutnya keluarkan nama mereka dari senarai tersebut. Ingat tangan di atas lebih baik dari tangan dibawah.
Di pihak Kerajaan pula, ia menampakkan kegagalan. Sepatutnya kita telah dapat mengurangkan kemiskinan. Ini tidak dengan sejumlah wang yang banyak, kita masih gagal lagi. Adakah kerana aktivitri – aktiviti yang kita laksanakan tidak berkesan langsung? Atau pihak yang mentadbirnya iaitu Pegawai Kerajaan tiada inovasi dalam penyampaian? Ataupun wang yang sepatutnya disalurkan hilang akibat rasuah? Semuanya menampakkan persoalan dan tiada jawapan.
Rakyat terus menjadi keluh kesah dan jawapan yang ada amat tidak memuaskan langsung. Adalah lebih baik Kerajaan memastikan pemberian untuk mengurangkan kemiskinan benar – benar sampai ke sasarannya. Malulah jika terus begini dan harapnya tidak akan menjadi bom jangka politik.
Jangan angka yang sejuta ini menjadi lebih banyak. Ini bermakna kita gagal terus. Sewajarnya Kerajaan meletakkan KPI untuk mengurangkan kemiskinan ini secara terus dan bukannya hanya berbicara tanpa sebarang data dan fakta.
Ayuh, apa lagi, mari terus bekerja untuk mengurangkannya!
Wednesday, November 25, 2009
'Jangan larang Nik Aziz letak jawatan' - Nik Abduh Nik Aziz, EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat / Anak YAB Tuan Guru Nik Aziz
Dalam proses kepartian, setiap parti seharusnya menunjukkan berlakunya proses perubahan kepimpinan. Menukar individu di hieraki tertinggi parti merupakan salah satu dari elemennya, tidaklah terkecuali PAS Kelantan terutamanya.
Dahulu sekian ramai mengkritik sebuah Parti yang lain kononnya balik – balik yang itu, pusing – pusing yang sama tetapi janganlah PAS Kelantan pun seperti Parti itu.
Malahan ketika salah seorang Menteri Besarnya di sebuah negeri di Utara tiba – tiba stroke, seolah – olah tiada pengganti yang dapat dinamakan. Malu bukan kepalang. Sebab menurut Setiausaha Agung Parti itu, jumlah keahlian melebihi 2 juta orang. Punyalah ramai ahli, tetapi untuk mengganti seorang Menteri Besar yang sedang sakit begitu payah.
Jadi PAS Kelantan sudah sampai masanya menunjukkan sesiapa yang bakal menggantikan MB Kelantan. Malah pandangan anaknya boleh dianggap sebagai permintaan dibawah sedar yang empunya badan. Kita sedar, sesiapa pun yang dipilih dan dinamakan kelak akan menimbulkan sedikit sebanyak perdebatan dan perbezaaan. Tetapi itulah politik!
Pemimpin perlu berganti pada setiap keadaan! Tiada yang terkecuali. Rakyat melihat semua itu. Janganlah hanya berani mengkritik tentang kononnya Parti itu tidak mahu berubah dan terus dikatakan bahawa rakyat akan mengubah Parti itu kelak. Tetapi anda di PAS Kelantan pun lebih kurang begitu juga sikapnya.
Jika pun YAB Tuan Guru Nik Aziz masih mahu diteruskan kepimpinannya, silalah tunjuk siapa bakal menggantikannya. Adalah lebih baik yang bakal menggantikannya mengambil peranan yang lebih prominen. Bukannya yang mungkin bakal mengganti kata beliau tidak mahu dan berilah peluang itu pada orang lain. Sementara itu, bakal pengganti yang satu lagi kata mohon dinamakan pengganti. Aikkk tolak menolak nampaknya.
Jangan jadi seperti Pulau Pinang! Akibat ketidak tentuan Tan Sri Koh Tsu Koon menamakan penggantinya, jatuh berkecai Parti Gerakan di sana. Tan Sri Koh Tsu Koon pula sedang beralih angin ke kerusi Parlimen, tetapi meninggalkan negeri yang diterajuinya terkontang – kanting. Bila rakyat marah dan kecewa, maka berlakulah seperti yang telah berlaku pada Mac 2008.
Sebagai Parti Main Stream PAS kena bersedia. Cabaran dibahu anda!
Tuesday, November 17, 2009
Wahai PAS apa yang sedang ditempurkan? Selamat Menjadi Parti Main Stream.
Cuba kita lihat pada Timbalan Mursiyudul Am Dato’ Dr. Haron Din, bekas Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sementara Timbalan Presidennya iaitu Dr Nasharuddin ada PhD. Seorang Naib Presiden ialah Dr. Mujahid Rawa pun ada PhD.
PAS juga membuka pintu parti mereka kepada pengkritik – pengkritik politik kontemporari Malaysia. Malah mereka ini sanggup mendengarnya from the horses mouth dan menyediakan ruang pula untuknya. Inilah yang dapat dilihat melalui Seminar Memperkasakan PAS tempoh hari.
Jadi amatlah nampak ketinggian ilmu dan perilaku baru parti yang bernama PAS ini. Terserlah juga kematangan mereka dan inilah yang ingin dilihat jika ditakdirkan oleh Allah SWT memerintah Malaysia kelak.
Tetapi bila parti dah jadi main stream maknanya segala tingkah lakunya kecil atau besar akan diketahui ramai dan ramailah yang ingin tahu. PAS perlu juga maklum bahawa ada banyak pak sebok yang begitu berminat dengan PAS dengan pelbagai niat.
Jadi sebenarnya pertempuran yang berlaku dalam PAS hari ini adalah pertempuran yang genuine. Yang bermula dari PAS, tetapi dibesar serta digemburkan oleh para peminat PAS dari pelbagai parti serta kelompok lain.
Kita ambil contoh persoalan Baiah. Ianya bermula dari mulut YB Khalid Samad dan menjadi besar akibat komen – komen yang muncul dari PAS sendiri. Jadi tidak wajarlah disalahkan orang lain.
Isu yang bergelora disebalik banjir yang melanda Kelantan ialah berkisar tentang Son in Law Kelantan. Tapi Son in Law Kelantan ni memang yang disayangi oleh Father in Law. Tahniahlah, seronok bila dapat jadi menantu kesayangan. Ianya seperti dunia ana….. yang punya!
Jika Son in Law Persekutuan yang dahulu, pertempuran dimulakan oleh partinya sendiri iaitu UMNO kerana ramai yang tidak senang hati dengannya. Ia ler, asyik melanggar Hantu Raya serta Jembalang Tanah aje, maka dirasuk supaya keadaan jadi berubah. Berita – berita tentang Son in Law Kelantan ini pun sebenarnya dimulakan oleh orang dalam PAS.
PAS sewajarnya melayan pertempuran pendapat berkenaan Son in Law Kelantan ini dengan sebaik – baiknya. Jadi asyik tuduh orang lain berniat buruk. Takkanlah kita sahaja yang betul dan tidak pernah tersilap pertimbangan.
Ini belum lagi masuk pertempuran belakang tabir antara Geng Ulama dan Geng Erdogan dalam PAS. Kalaupun bukan nama gengnya begitu, tetapi nyata ada pertempuran di antara ahli – ahli PAS.
Betul, bila parti kita semakin membesar dan menjadi tempat naungan pelbagai pemikiran, ideologi, pandangan yang pelbagai beginilah yang sepatutnya. Jadi PAS tidak perlu takut kepada pertempuran sebegini. UMNO pernah bertempur sebegini, pecah dua, bergabung, pecah semula, namun masih kuat dan mempunyai penyokong yang sedia menanti.
PAS perlu bersedia untuk menangani pelbagai pertempuran yang akan berlaku dengan lebih banyak dan giat. Inilah proses yang akan membawa kepada lebih kematangan dan kewibawaan.
Ingat, pemimpin diuji dengan pelbagai cara. Hanya yang cerdik akan terselamat dan dikagumi. Yang lemah akan hancur berkecai.
Jadi PAS apa yang sedang berlaku adalah biasa!
Selamat Menjadi Parti Main Stream! Jangan pandang belakang lagi.
Thursday, November 12, 2009
Comments on Cuepacs Accepts Government Decision On Not Giving Bonus. Please read it between the Lines & Be Careful.
Cuepacs Accepts Government Decision On Not Giving Bonus
Bernama, 12 Nov 2009
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Cuepacs has accepted the government decision not to pay a bonus of two months' salary to the 1.2 million civil servants this year after getting clarification from Datuk Seri Najib Tun Razak Thursday.
Its president, Omar Osman said the Prime Minister, however, gave an assurance that he would look into the payment of an additional bonus of RM500 in the near future if the economic situation permitted it.
"The Prime Minister also gave an assurance that he would consider the payment of the two months' bonus as requested by the congress if the country's economic situation recovered later.
"This matter is under consideration by the Prime Minister, but in the near future we hope there is an addition of RM500 for civil servants to receive RM1,000 in December," he told reporters after a meeting of about one hour with the Prime Minister at Parliament House, here Thursday.
For civil servants with the rank of 'Jusa' and above, Omar said the Prime Minister also agreed to consider the request of the congress to allow an income tax reduction of up to 30 per cent.
Omar said that at the meeting, Najib explained that the government might have to borrow from other sources if it were to meet the demand of the congress.
Cuepacs had earlier requested that the government consider the payment of a bonus of two months' salary for civil servants in the tabling of the 2010 Budget on Oct 23.
The government however announced that it would give a special payment of RM500 to government employees in grades 41-54 and its equivalent as well as government pensioners in December
At the meeting, the Prime Minister also agreed to increase the annual grant to Cuepacs to RM1 million beginning next year, he said.
Last year, Cuepacs received RM350,000 to carry out its activities.
-- BERNAMA
My comments:
1. I do not understand why JUSA via Cuepacs have to ask reduction in Income Tax. Just because the Government don’t want to give bonus doesn’t mean that they not need to pay tax?
2. Income Tax is Income to Government in order to financing back our beloved Country. So, I still do not understand why this request was made?
3. Don’t get bonus doesn’t mean the end of the world, so why this request?
4. If the Government allow to this one, that mean others including you and me also entitle to it!
5. Others in Rank & File of Government Service, please also fight for your certain benefit and privileges, not just people in JUSA Category.
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!
Sunday, November 8, 2009
Kecerdikan Politik Baru…………………Berkait Lagi dengan Falsafah Baru Abad 3,000
Tahniah PAS! (kali beberapa jumlah yang anda sendiri fikirkan bersesuaian).
Melalui Seminar Politik PAS yang dianjurkan pada Sabtu lepas, telah membawa dua pemerhati dan pengkritik tersohor politik Malaysia. Malahan bukan itu sahaja, salah seorang panel tersebut ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari yang telah memberi pandangannya di Sinar Harian serta Malaysiakini yang mengkritik pedas kepemimpinan YB TG Abdul Hadi yang telah menimbulkan pelbagai reaksi.
Jadi sebenarnya PAS ini amat berani. Individu yang telah mengkritik kepimpinannya dijemput pula untuk mempertahankan kesnya di Seminar yang dianjurkan olehnya. Belum dengar lagi ada parti politik lain yang berbuat perkara yang sama.
Besar sungguh jiwa PAS dan begitu terbuka dalam menerima kritikkan. Jika ada yang marah – marah dan tidak dapat menerimanya, itu perkara biasa.
Inilah parti yang kita hendak lihat berkembang pesat. Berhujah dalam menegakkan sebarang pendapat dan ditepis juga melalui hujah jika tidak bersetuju dengan sebarang hujah yang telah dikemukan.
Pandangan yang kemudiannya diberikan oleh Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah turut dilihat selari dengan keadaan yang berlaku dalam PAS kini.
Jadi parti – parti politik lain di Malaysia bagaimana? Adakah anda akan seberani PAS? Atau anda Cuma berkata – kata sahaja bahawa anda berani tetapi anda sebenarnya penakut? Atau anda sebenarnya lebih takut dari ketakutan itu sendiri?
Inilah dia kecerdikan politik baru. Nampak gayanya, aras yang ditunjukkan oleh PAS ini begitu tinggi untuk diikuti oleh segolongan parti politik yang lain.
Soalannya ini ISO yang mana?
Thursday, November 5, 2009
Isu Dr. MAZA. Semua Pihak Sila jawab dengan terang agar mudah difahami. Bukannya dengan penuh sembunyi tanpa tanggungjawab.
Perkara yang akhirnya diulang – ulang masih berbangkit soal apakah itu ajaran Wahabbi. Yang paling peliknya semua pihak yang berkaitan tidak dapat menjelaskan apa sebenarnya ajaran yang digelar sebagai ajaran Wahabbi ini. Dr. Maza dengan jelas menyatakan bahawa beliau tidak Wahabbi ataupun tahu mengenai ajaran Wahabbi.
Malahan jawapan ataupun mungkin pandangan YB Dr. Masitah penuh berlapik dan seolah – olah tidak mahu mengulas lanjut berkenaan ajaran Wahabbi ini.
Masyarakat hari ini telah berubah dan bersedia untuk menerima pandangan baru. Tidak terkecuali urusan – urusan yang berkaitan agama Islam. Jika sekiranya balik – balik jawapan yang kita dengar ialah kita masih boleh membendung ajaran Wahabbi dan Malaysia mengamalkan ajaran Ahlu Sunnah Wal Jaamah dari Mahzab Syafei.
Apakah maksudnya? Jawapan yang diberipun penuh dengan kekeliruan. Yang patutnya, sila jelaskan perkara yang sebenarnya. Bukan berselindung di sebalik apa – apa pun. Masyarakat sekarang semakin berilmu dan lebih terbuka. Perbahasan berkenaan agama dan isu – isu berkaitan perlu diperbanyakkan agar akhirnya masyarakat boleh memilih dan faham kenapa pilihan tersebut telah dibuat olehnya.
Semoga peristiwa yang menimpa Dr. MAZA membawa kebaikan kepada semua umat Islam di Malaysia. Kita akhirnya ingin bertanggungjawab atas pilihan yang kita buat. Kita juga tidak mahu pilihan tersebut dipaksa kepada kita oleh orang lain tanpa ada kewarasan!
Tuesday, November 3, 2009
Semua Isu Menjadi Politik, Semua Politik Dijadikan Isu. YB Khalid Samad lah yang paling terer wayangnya!
Ditanya pasal Dr. MAZA, dijawapnya sedikit, tetapi beliau kemudian lebih banyak menuturkan kekesalannya terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadapnya. Macam bunyi pukul anak sindir menantu aje disebabkan ketidak ngamnya beliau dengan YB Dato’ Dr. Hassan Ali. Itu soal perhubungan politik sesama parti di antara mereka berdua. Terpulang……
Isu memberi tauliah atau tidak ini lebih merupakan isu pentadbiran dan sebenarnya mudah untuk diselesaikan. Bila YB Khalid Samad menyatakan bahawa peraturan ini merupakan peraturan lapuk yang dibuat oleh penjajah British dan kemudiannya diteruskan oleh UMNO.
Halllllo YB. kalaupun marah dengan JAIS sebab tauliah sementara YB ditarik semula, pergilah buat aduan rasmi kepada JAIS atau YB Dato’ Dr. Hassan Ali. Apa pasal perlu burukan UMNO.
JAIS kini dibuat pengaruh dan kuasa PR yang memerintah Selangor. Buatlah apa sahaja yang patut berkenaannya dan janganlah membodohkan rakyat. Kami faham kenapa anda berkata demikian tetapi ianya salah sasaran.
Yang lebih penting selaku rakan dalam PR Selangor, seharusnya YB Khalid Samad mengutarakan idea – idea serta cadangan – cadangan untuk menambah baik JAIS. Bukannya menghentam UMNO kerana YB Khalid Samad telah gagal dan tidak berbuat apa – apa langsung berkenaan mengubah institusi – institusi yang berada di bawah pemerintahan PR Selangor.
BIla kena batang hidung YB. sendiri barulah ingin bertindak dan berkata – kata dengan penuh geliganya. Tetapi semasa belum terkena YB senyap sahaja. Jadi ada baiknya YB utarakan cadangan serta pelan bertindak untuk JAIS ni. Sebabnya rakyat pun telah lama rasa JAIS ini amat rigid dengan peraturan – peraturannya tanpa berbuat sesuatu bagi menambah baik.
Jadi YB Khalid Samad, bola berada di kaki anda, mainkanlah dengan cermat. Kami sedang memerhatikan anda!
Sunday, November 1, 2009
Realiti Baru Hari Ini……! Anda di sebilangan yang mana? …..
Sebilangan ramai yang menjadi Guru, sokongan dan pandangan mereka telah terarah ke suatu hujung yang begitu hening. Ini termasuklah sahabat yang dahulunya dilihat kearah PARTI ITU kini haluan telah berubah.
Bagi sebilangan yang berniaga pula, kejelakkan mereka pada PARTI ITU begitu terserlah. Yang kerap dituturkan ialah bila mereka mohon bantuan melalui PARTI ITU pintunya dihadang oleh sekumpulan manusia yang berkawal dimuka pintu yang sedia ada. Tetapi cukup mudah PARTI ITU meminta sokongan pada sebilangan yang berniaga bila ada keperluan. Jadi PARTI ITU tidak menunjukkan timbal balik. Sebilangan yang berniaga ini dahulunya dilihat ke arah PARTI ITU juga, tetapi haluan hari ini berubah jua.
Bagi sebilangan yang bekerja swasta pula, PARTI ITU tidak lagi memberikan apa – apa makna kepada mereka. Aktivis – aktivis PARTI ITU tidak kelihatan membangun komuniti setempat. Jadi tiadalah hubungan di antara PARTI ITU dengan sebilangan yang bekerja swasta dikomuniti setempat. Sebilangan yang bekerja swasta ini dahulunya dilihat ke arah PARTI ITU, tetapi mereka telah berubah haluan dengan lebih dahulu.
Bagi sebilangan yang lain pula, yang makan gaji dengan kerajaan, peranan yang dimainkan oleh PARTI ITU menimbulkan syak – wasangka serta tidak fahami tingkah lakunya. Walaupun boss sebilangan yang bekerja kerajaan ini merupakan ahli – ahli politik termasuk dari PARTI ITU, tetapi nampaknya ia hanyalah komunikasi sehala. Jadi bagaimana ini boleh berlaku? Sedangkan mereka inilah sebenarnya antara talian hayat PARTI ITU. Berubah la juga haluan sedia ada.
Jadi sebilangan yang masih menyokong PARTI ITU adalah minoriti sahaja. Sebilangan minoriti yang dikata menyokong ini hanya berasaskan hujah bahawa dia ni dahulunya bergerak dalam semangat PARTI ITU, jadi sudah tentulah sekarang dia masih kepada PARTI ITU.
Walaupun boleh diperdebatkan lagi, hujah tersebut boleh diterima secara dasarnya. Namun begitu yang dikatakan minoriti yang menyokong PARTI ITU belum tentu lagi akan menyokong PARTI ITU kelak. Jadi dalam minoriti akan wujud sekumpulan minoriti yang lain. Wah…… Jangan minoriti yang lain ini pula jadi majoriti dalam minoriti, maka nasib PARTI ITU akan lebih kelam lagi.
Jadi terpulanglah kepada PARTI ITU apa yang harus dilakukannya!!!!!!
Kita cakap dan cadangankannya tidak mahu didengar sebab yang biasa ialah kami sudah tahu jawapannya. Cumanya PARTI ITU kena disedarkan realitinya.
Tuesday, October 27, 2009
Lagi – lagi Perak, balik – balik Perak…….. (Hantu Raya pun tidak tidur malam dibuatnya)…….
Mana lagi pernah berlaku Persidangan Bawah Pokok, Persidangan di Dewan Hotel, Speaker (ataupun telah hilang status Speakernya pada masa tersebut) diheret keluar Dewan, kes – kes yang difailkan diMahkamah, affidavit – affidavit yang menjela – jela panjangnya. Lebih bagus lagi hari ini ialah Persidangan 2 dalam 1. 1 Dewan 2 Persidangan. Fuuhhhhh lagi terer dan hebat.
Orang Perak telah dengan jelas menunjukkan kehebatan mereka. Malahan kehebatan Orang Perak ini telah dilihat sejak dari zaman Kerajaan Gangga Negara lagi membawa kepada peperangan berebut kawasan bijih timah, revolusi menentang Inggeris di Pasir Salak dan membawa kepada pergolakan politik hari ini. Tetapi dimana penyelesaiannya?
Jika merujuk kepada budaya Orang Cina di China, jika tiadanya lagi “Divine Blessing” dari Langit, maka Negara akan tidak aman sentosa. Pergolakkan, peperangan, kemarau, serta bencana sebagainya akan datang tanpa diundang dan terus – terusan berpanjangan.
Kata – kata akhirnya mudah sahaja, marilah kita bertanding semula. Siapa yang dipilih kelak, merekalah yang akan mentadbir Negeri Perak ku.
Tapi sampai la ni Hantu Raya, Jembalang Air, Langsuir Terbang semuanya sedang pening serta mabuk di Perak.
Saya pun nak bertanding di Kawasan DUN Changkat Jong.
Ada berani?! Saya berani dan telah sedia!
UNDILAH CALON ANDA!
Monday, October 26, 2009
Sumbanglah dimana perlu…………(Eloklah jadi HANTU RAYA yang menyumbang)
Sebenarnya individu yang dimaksudkan / dikatakan sebagai begitu begini ialah orang yang mahu memimpin / membantu dalam gerakan bermasyarakat. Cuma malangnya individu tersebut robust! Jadi dikata, diumpat keji dengan pelbagai cemuhan.
Individu dalam masyarakat yang mengata begitu begini tu buat apa? Mereka ini sebenarnya tak berbuat apa – apa pun. Cuma pandai mengeji begitu begini sahaja. Sebab yang ketara ialah (mereka sebenarnya malas), kononnya tidak mahu campur, kononnya kami berkecuali dari politik, kononnya tidak ada masa, kononnya tidak mahu bergaduh serta pelbagai konon lagi yang terus menerus dicipta dan didendangkan.
Dalam aktiviti diperingkat masyarakat seperti Persatuan Ibu Bapa & Guru, Persatuan Penduduk, bila dipanggil ke mesyuarat ataupun perbincangan bersama, yang hadir selalunya muka yang itu juga, yang biasa nampak dimana – mana. Bila memilih para AJKnya akan dipilih orang yang sama juga. Orang yang inilah akan dikata begitu begini oleh orang lain yang tidak mahu datang – datang serta menjelma.
Dalam keadaan yang lebih teruk lagi akan wujudlah ayat – ayat bahawa orang – orang dari Parti Politik A atau B ataupun C yang menguasai itu dan ini. Orang yang mengata begitu begini terus tidak mahu menyokong, kononnya tidak mahu ia dikuasai oleh orang politik. Jadi lebih senang balik rumah tutup pintu serapat – rapatnya. Bila terdengar ada kecurian pada sebelah malamnya pulak, tidak juga bangun membantu. Bila sedar keesokkan harinya, pura – pura tak dengar, handphone mati, terdeman pula malam tadi serta lain – lain ayat dewata terindah abad ini.
Realitinya orang yang dikata begitu begini tu ada sumbanganya, tetapi orang yang mengata begitu begini kepada orang lain apa pula sumbangannya selain daripada mengata begitu begini?
Inilah dia realiti masyarakat Malaysia hari ini!
Anda siapa? Yang dikata sebagai orang yang begini begitu atau orang yang mengata orang lain sebagai begini begitu?
Terpulang…..Saya tahu saya dimana!
Thursday, October 22, 2009
Reaksi Kepada Laporan Ketua Audit Negara 2008…………. (Hantu Raya yang macam manalah buat semua ni)
Isu – isu serta perkara – perkara yang dinyatakan dalam Audit tersebut adalah sama seperti tahun – tahun sebelumnya; ia masih lagi berlegar kepada:
- KURANG PENGAWASAN PEGAWAI ATASAN,
(Pergi kemana yang sibuk sangat, sampai tak mengawasi kerja yang sepatutnya dilakukan)
- PERBELANJAAN MELEBEHI PERUNTUKKAN,
(Macamana boleh diluluskan pembayaran? Adakah ini disebabkan oleh sebab yang diatas tadi?)
- PEMBELIAN BARANGAN TERLEBIH BEBERAPA RATUS % DARI HARGA PASARAN,
(Ini antara yang hebat. Buta atau bangangkah Pegawai yang meluluskannya? Takkanlah tidak tahu harga dipasaran. Sebab kita juga pengguna?)
- PEMBERIAN BANTUAN KEBAJIKAN KEPADA ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA,
(Macamana si penerima menanda tangani akuan penerimaan? Atau hantu rayanya yang menerima bagi pihak atau ada orang lain yang mengambil bagi pihak?)
- KAKITANGAN BAWAHAN MENIPU BANTUAN KEBAJIKAN,
(Fuhhhhh, kakitangan bawahan boleh tipu boss. Iyelah Boss asyik minum dikantin tak habis – habis)
- IDEN MINYAK DISALAHGUNA
(Selepas isi minyak kereta rasmi, kereta siapa pula yang disi?)
- dan lain – lain lagi yang sepatutnya boleh diatasi.
(SILA BACA LA LAPORAN BERKENAAN. LEBIH SERONOK DARI NOVEL CINTA TERSOHOR)
Suka saya mengambil contoh akan tatacara dan peraturan yang dikenakan kepada Syarikat – syarikat Tersenarai Awam. Jika Syarikat – syarikat tersebut pelbagai peraturan akan dikenakan dan mesti dipatuhi dengan tulus, berjadual serta akan didenda jika tidak dipatuhi. Malahan ahli – ahli Lembaga Pengarahnya turut boleh didenda dan dihukum oleh Mahkamah jika ingkar dan terbukti wujudnya salahlaku dalam perjalanan Syarikat tersebut.
Tetapi bila perkara yang sama berlaku sebagaimana didedahkan oleh Ketua Audit Negara tiada tindakan pun dikenakan. Seolah – olah pegawai kerajaan ini imun dari sebarang salahlaku.
Ini yang rakyat benci! Bila rakyat benci dan meluat, yang akan kena balik nanti ialah ahli – ahli politik. Alasannya mudah, kenapa tak pastikan perkhidmatan awam berada pada tahap yang cekap dan berkesan. Ini tidak, seolah – olah para pegawai kerajaan ini tidak tertakluk kepada sebarang peruntukkan undang – undang atau tatacara.
Jadi, Kerajaan kena lah tegas dan tindakan wajar perlu diambil. Bukan berkata – kata sahaja, tetapi pi mai pi mai tang tu! Bila kat sektor swasta macam – macam peraturan, undang – undang, tatacara dikenakan dan akan denda serta hukuman jika tidak diikuti. Tetapi dipihak Kerajaan, pelbagai persoalan lain lain yang timbul dan tidak mahu tenggelam.
Tak mahulah bila Laporan 2009 dikeluarkan kelak, benda yang sama sahaja berlaku kembali!
Kawal dan selialah dengan wajar dan betul!
Aduh………………………………………………………………………….hai.
Wednesday, October 7, 2009
Harga Peragaan bagi Menjadi & Menjaga Imej Hantu Raya ~ ENTRY LEVEL…….!
Lebih tinggi level,
lebihlah yang perlu dipertontonkan,
lebihlah berbelanja~~~~~~
~ Bajunya berharga RM350++
(fabric & negara dibuat tidak pasti. Sudah tentu tailor made)
~ Seluarnya berharga RM400++
(fabric & negara dibuat tidak pasti. Sudah tentu tailor made)
~ Tali Pinggangnya berharga RM1,000++
(jenama terkenal diinspirasikan dari sebuah Gunung) (Camanalah rasanya???)
~ Cuff Link pula berharga lingkungan RM1,000++
(hello, kalau butang baju plastic, no class ok!)
~ Jam Tangan berharga RM5,000++
(original ok, bukan jualan mana – mana street tiruan punya)
~ Kasut berjenama RM3,000++
(bukan Bata ye tetapi dari kulit anak lembu yang lembut. Bila pakai kaki pun
wangi)
~ Mobile phone jenama terbaru X 2. RM4,500++ kedua – duanya.
(Syaitan pun akan dapat telefon & bercakap dengan dia, bila perlu).
Ini belum lagi dikira walletnya, pen yang tersangkut dibajunya, cermin mata serta bingkainya, sapu tangan dan …………… yang lainnya.
Bersedia???? Saya sudah!
Cumanya saya bukan Hantu Raya…..!
Friday, October 2, 2009
Apa yang orang lihat pada ANDA? Falsafah baru Alaf 3,000
Ditambah pula dengan maklumat – maklumat baru tentang ANDA dari sumber – sumber hantu raya serta jembalang tanah yang kelak akan menyebabkan ANDA tergolong dalam golongan samada BAIK ataupun JAHAT.
ANDA akan dianggap baik jika ANDA hensem, harta penuh berguni – guni, ayat yang keluar dari mulut ANDA seumpama bunga mawar yang wangi, ramai orang sayang termasuklah mak mentua ANDA. ANDA akan terus disayangi dan menjadi bualan ramai, walaupun ANDA tidak pun menyumbang kepada masyarakat dengan kerja – kerja sukarela (suka paksa pun tidak juga). Ayat yang keluar dari ANDA pun akan dianggap penuh kehebatan seumpama kata – kata pujangga yang terakhir sekali yang hidup di dunia ini. Hatta payung yang cantik orang lain punya pun, orang akan katakan sudah tentu ANDA yang punya.
ANDA akan dianggap jahat bilamana ANDA hensem pun kurang, harta pun amat tiada, ayat yang manis keluar dari mulut ANDA dianggap racun berbiasa penuh onar dan duri, ramai yang tak beberapa sayang pada ANDA. Mak mentua ANDA tentulah juga tak berapa sayang pada ANDA. Sebab beliau dah pun sayang pada ANDA yang dianggap baik tadi. Malah payung ANDA yang cantik tu dikatakan orang lain yang punya. Iyerlah sebab ANDA dianggap jahat. Semua benda yang baik dan cantik – cantik mestilah dipunyai oleh ANDA yang baik.
Tetapi ANDA yang dianggap jahat inilah yang mengerakkan masyarakat dipelbagai peringkat termasuk Masjid dan Surau. ANDA yang dianggap baik tadi tiada pun namanya di mana – mana dalam mengerakkan masyarakat. Pasal tu lah dia baik sebab tak pernah nak pertarung pedang dengan sesiapa pun. Tetapi ANDA yang dianggap jahat tadi terpaksalah berperang dimerata – rata tempat untuk menegakkan masyarakat.
Tetapi ANDA yang dianggap baik akan lah terus baik bila – bila masa pun. ANDA yang dianggap jahat akan terus lah jahat sampai bila – bila pun.
Terpulanglah apa falsafah ANDA! Saya telah biasa dan telah mengharunginya, serta akan terus bertarung lagi kelak. Apa ANDA ingat saya adalah ANDA yang dianggap baik itu? Terima kasih atas ingatan ANDA.
Sebenarnya, sayalah ANDA yang dianggap jahat itu! ANDA telah salah anggap. Bersedialah untuk bertarung dengan saya, bukankah saya dianggap JAHAT?!
Tuesday, September 29, 2009
Insiden Lembu di Selangor:- Wakil Rakyat kena main peranan, bukan berselindung!
Setelah menjadi kerajaan, mereka semakin sukar ditemui!
Cuba kita lihat semalam, ketika demonstrasi kesepaduan penternak Lembu & pembekal susu lembu di Shah Alam, Selangor. Yang pada mulanya bertemu mereka ialah para pegawai media Kerajaan Selangor. Bila para pendemonstrasi ini berkeras, maka dicadangkan bertemu EXCO YB Elizabeth Wong. Tetapi para pendemonstrasi ini terus berkeras untuk bertemu dengan YB Yaakob Sapari, EXCO Pertanian. Akhirnya mereka dapat bertemu dengan beliau atas campur tangan Setiausaha Politik Menter Besar Selangor dan sikap keras mereka yang konsisten.
Dua perkara yang seharusnya menjadi pedoman ataupun mungkin mimpi ngeri bagi yang telah bertaraf wakil rakyat atau yang sedang bercita – cita ke arah tersebut.
Satunya ialah rakyat sekarang ini sifatnya lebih keras dan mahu kehendak mereka dituruti, jika boleh sepenuhnya. Mereka berkehendakan wakil rakyat yang hands – on, selalu mudah didekati hatta mereka ini berjawatan Menteri, Menteri Besar ataupun EXCO. Janganlah cuba – cuba menyorok atas alasan kononnya sibuk bermesyuarat, bagi hantu raya makan dan sebagainya lagi. Jika wakil rakyat tidak boleh hadir mendengar masalah mereka in situ, mereka akan ke pejabat wakil rakyat mereka dengan penuh rindu dendam!
Kedua bagi sesiapa yang bertaraf wakil rakyat atau yang sedang bercita – cita ke arah tersebut, sila jangan lari dari rakyat serta berselindung disebalik kerusi empuk dan bilik berhawa dingin yang suhunya 0 Darjah Celsius. Yalah kat luar pejabat suhunya panas sekitar 37 darjah Celsius. Jika dahulu semasa berkempen terus menjanjikan dasar pintu terbuka 24 jam sehari, sila teruskan. Jika tidak jangan berjanji langsung. Masa berkempen, sila senyap dan senyum sahaja.
Insiden – insiden berkaitan lembu yang berlaku di Selangor ialah kerana kegagalan kerajaan negeri berkomunikasi dengan para pengundinya serta warganya. Jika semasa berkempen dijanjikan segenap isi bumi dan langit jika terpilih. Tetapi kini, baru sedar bahawa isu kolam ikan keli pun belum tentu dapat diberikan.
Kunci kepada ini semua ialah berkomunikasi dan membuka ruangnya dengan seluas – luasnya. Jangan asyik mengatakan bahawa ini semua salah parti yang sebelumnya. Kalau salah sila betulkan. Menyalahkan orang lain hanyalah menyatakan bahawa anda tiada idea baru untuk diketengahkan.
Namun begitu, dimana wakil – wakil rakyat BN ataupun yang ingin bergelar YB BN? Kenapa tidak membantu? Kenapa diam menyepi? Masa inilah perlu menonjolkan peranan anda. Rakyat perlu melihat alternative dalam corak kepimpinan. Silalah tunjukkan.
Wednesday, September 16, 2009
Para Pemimpin Politik / Parti Politik - Sila Belajar untuk menerima pandangan / kritikan. Jangan syok sendiri aje!
Dalam konteks politik, seharusnya semua pemimpin dan parti politik kena, harus dan wajib menerima pandangan / kritikan. Janganlah ingat bahawa hanya kita sahaja yang boleh memberi pandangan / kritikan kepada pemimpin dan parti politik lain. Tetapi bila terkena kepada kita, kita akan melenting tak tentu pasal.
Tambah pula, orang yang memberi pandangan / kritikan pula menyokong puak yang menentang kita pula. Lagilah panas + berasap tanpa sebab. Disedapkan pula oleh tukang kipas guna aircond + salji. Teruslah berkata – kata tanpa hujung pangkal.
Jika kita tidak bersedia untuk menerima pandangan / kritikan kawan mahupun lawan, jalan terbaiknya ialah tak susah menceburi bidang berpolitik. Duduk diam – diam kat rumah. Orang tak peduli dan takkan kata apa – apa.
Para pemimpin politik dan parti politik harus sedar, setiap isu yang bakal yang dicadangkan atau dibahaskan oleh perhimpunan parti mereka, kelak akan mempengaruhi perjalanan pentadbiran dan sebagainya lagi. Jadi kita sebagai pengundi / rakyat tentulah tidak mahu cadangan yang bakal merugikan masyarakat terbanyak, tetapi yang teruntung terlebih ialah para pemimpin atau ahli – ahli parti tersebut.
Jadi eloklah pandangan / kritikan tersebut diberi respons segera dari menunggu lebih lama. Para pemimpin politik pula perlulah lebih bersedia dan berhemah dalam memberi jawapan balas. Bukannya dengan tempik sorak menghina termasuk mengkalungkan selipar! Tun Dr. Mahathir suatu ketika dahulu pernah digelar sebagai Mahafiraun oleh segolongan ahli kepada sebuah parti. Tetapi beliau terus melaksanakan kerjanya tanpa ada gangguan pada emosinya.
Sewajarnya para pemimpin politik dan parti – parti politik bersedia untuk menerima pandangan / kritikan samada membina atau tidak. Anda mahu masyarakat terbanyak mendengar pandangan anda, tetapi bila kritikan pula diberikan anda terlompat – lompat tak tentu hala dan mula menuduh orang yang memberi pandangan / kritikan tersebut sebagai tidak tahu apa – apa pun.
Helllloooooo, kami adalah masyarakat abad 21 dan bukannya hidup dalam zaman purba. Jika anda tidak bersedia untuk menerima pandangan / kritikan, silalah duduk dalam gua bawah tanah. Sebabnya kami juga tidak bersedia untuk mendengarnya!
Jangan cakap tentang perjuangan jika pandangan / kritikan masyarakat terbanyak pun anda tidak dapat tanganinya dengan betul!
Jadi kita kena bersedia untuk bersetuju dengan tidak bersetuju dan senyum! Jika tidak hayat politik parti anda akan tamat segera.
Thursday, September 10, 2009
Saranan untuk bantu - membantu. Kita mula dulu!
Tiada pun aktiviti 10 Ramadan akhir ini untuk mengenang kelemahan diri, memandang orang miskin yatim piatu yang berada disekeliling kita ataupun meningkatkan semangat kejiranan untuk berbuka bersama.
Bermulanya syawal nanti maka segala hantu raya, jembalang tanah dan air akan menjelma semula menganggu kita. Jika pada Ramadan tiada keinsafan, maka selalunya selepas itu kita akan sama sahaja.
Eloklah kira memandang disekeliling kita akan insan / keluarga yang perlukan bantuan dalam apa sahaja bentuk baik wang ringgit, baju - baju terpakai, buku, kasih sayang dan sebagainya lagi.
Tidak patutlah jika kita berhari raya terlebih gembira tetapi jiran sebelah rumah kita mungkin makanan pun tidak cukup. Tak mahulah ayat yang bakal keluar ialah kerajaan ada, orang lain ada dan sebagainya lagi.
Marilah kita hari ini memulakan semula sifat bantu - bantu terlebih dahulu sebelum orang lain. Ada banyak cara yang boleh kita buat bersama. Jangan asyik kata orang lain sedangkan kita tak berbuat apa - apa pun!
Jadi marilah kita manfaatkan raya ini dengan lebih baik dari yang dahulu.
Wednesday, September 2, 2009
Perlunya ahli politik serupa macam orang lain! Jangan pula jadi hantu bukan hantu, orang bukan orang!
Walaupun begitu, rakyat mengerti bahawa ahli politik bukanlah jelmaan jin ataupun hantu raya serta hantu air. Tetapi akibat jurang yang semakin besar menyebabkan kehidupan ahli politik seolah – olah seperti “urban legend”. Lebih drama daripada benarnya! Lebih tipu dari betul. Tapi salahnya ialah ahli politik itu sendiri sebab cuai dan ada kemungkinan berfikir bahawa my private life is entirely mine. Wrong, when you are politician, your private life will become official!
Contoh sedia ada
Cuba kita lihat Tuan Guru Nik Aziz. Rumahnya dan kehidupan yang masyarakat nampak begitu sederhana. Malahan dikatakan, beliau hanya makan nasi kosong berlaukan telur mata kerbau yang digoreng oleh isterinya. Wahhhh ini sudah tentu akan menjadi legenda selepas ini.
Cuba kita lihat Tun Mahathir pula. Walaupun beliau menjadi Perdana Menteri untuk satu jangkamasa yang lama tetapi hubungan dengan masyarakat tetap ada. Beliau setiap Ramadan akan ke Pasar Ramadan Jalan Raja Alang untuk membeli juadah kesukaannya. Malahan setiap tahun beliau akan ke Pasar Rabu, Alor Star untuk mengambil songkok yang ditempahnya serta membeli kuih raya.
Mengapa? Sebab beliau mahu masyarakat tahu bahawa beliau adalah seperti mereka juga. Ada tempat kegemaran, juadah yang disukai, barang yang diminati serta keinginan untuk memilih. Bukannya semua dibuat oleh para pembantunya walaupun beliau mampu mengarahkannya sahaja. Dengan kata lain “I’m like you and I’m no ghost”.
Citra pemimpin politik sekarang
Tetapi bagaimana para pemimpin utama politik Malaysia hari ini. Dato’ Sri Najib telah mulai nampak bersama masyarakat, tetapi perlu dipertingkatkan. Masyarakat perlu tahu apakah aktiviti peribadinya yang seperti orang lain juga!
Tetapi bagi Tan Sri Muyiddin Yassin semuanya penuh misteri. Beliau perlulah membuka ruang peribadinya sedikit agar masyarakat lebih mengetahuinya.
Para Menteri serta ahli – ahli politik lain perlulah menampakkan diri di aktiviti masyarakat. Kena kurangkan sikit layanan first class. Cuba buat seperti Tun Dr. Mahathir sedikit. Bertemu rakyat dalam melaksanakan aktiviti bercorak peribadi. Biar rakyat nampak bahawa kita pun serupa mereka dan bukannya pelesit yang datang dari entah mana.
Akhirnya semua pemimpin politik akan kembali untuk dinilai oleh rakyat dan diundi. Jadi perlulah dibuat persediaan rapi dan satu darinya ialah rakyat telah sedia kenal kita. Bila telah kenal kuranglah sebarang unsur – unsur urban legend atau cerita – cerita terlebih garam + ajinomoto yang berlegar – legar.
Rakyat perlu tahu bahawa ahli politik adalah manusia seperti mereka dan bukannya jembalang tanah! Buat yang lain tak tahu, hanya ingin merasuk sahaja!
Fikirkan sejenak dan jangan pula jadi orang bukan orang, hantu bukan hantu!
Monday, August 31, 2009
Janji - janji ahli politik.............................................
Penggunaan nama Tuhan dalam konteks inipun akan dilaksanakan jika boleh memberikan undi.
Contoh yang sedang berlaku didepan mata kita semua ialah isu Kampung Buah Pala ataupun dikenali juga sebagai “High Chaparral”, di George Town, Pulau Pinang. Ketika pilihanraya 2008, calon DAP yang sedang berkempen disitu berjanji bahawa jika ada sesiapa yang cuba mengambil alih tanah tersebut hanya boleh dilakukan secara “over my dead body”. Apa yang dimaksudkan pada masa itu dia sendirilah yag tahu.
Tetapi kini, ADUN tersebut yang telah menang, hilang entah kemana dan tidak lagi membantu penduduk Kampung Buah Pala. Ayatnya juga telah berubah. Parti yang didokongnya telah membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan hanya berkata tiada apa yang boleh kami laksanakan lagi. Mereka telah lakukan apa yang boleh, cuma penduduk kampung tersebut yang tidak tahu berterima kasih. Dia katalah. Ditambah pula kata Ketua Menterinya bahawa ini semua kerja BN.
Dahsyat sungguh permainan ahli politik sebegini. Sudahlah tidak boleh membantu, malahan turut menyekat pertemuan beliau dengan wakil – wakil penduduk tersebut pada mulanya. Hanya kemudian sahaja beliau bertemu dengan penduduk Kampung tersebut.
Semasa cubaan pemaju merobohkan Kampung Buah Pala tempoh hari hampir kesemua wakil – wakil yang kononnya bersama rakyat menutup talian bimbit mereka termasuklah ADUN “Over my dead body”. Isu masih belum selesai tetapi ahli – ahli politik tertentu menganggapnya sudah selesai secara sebelah pihak.
Itulah dia norma ahli politik!
Nasihat saya bila berlaku lagi keadaan sedemikian, dapatkan yang terbaik untuk kita dan masyarakat, jangan sesekali percaya ayat manis purbakala mereka semua. Nanti kita pula yang makan nasi berlauk kicap manis, sedangkan mereka sedang ketawa terbahak – bahak makan salmon yang diterbangkan khas dari Denmark! Salah – salah ketika ketawa terbahak – bahak, mereka telahpun berada di Denmark dan kita mungkin hanya tinggal dirumah berbumbungkan langit.
Jangan silap perhitungan dengan ahli politik. Berjaga - jaga juga dengan ahli politik yang lebih pandai menuding jari ke arah lawannya, sedangkan mereka tidak berbuat apa - apa dan hanya pandai menuduh orang lain sahaja!
SEMOGA PERISTIWA KAMPUNG BUAH PALA INI MENGAJAR KITA SEMUA!
MUSANG TERBANG!!!! BAKAL WAKIL RAKYAT ANDA
Sunday, August 23, 2009
Hati - hati dengan penawaran dalam berpolitik
Persoalannya disini kenapa dan apakah yang dapat difahami dari konsep "ANAK EMAS" yang diutarakan ini?
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin konsep "ANAK EMAS" ini ialah Permatang Pasir akan mendapat apa - apa sahaja yang diinginkan. Tetapi bak kata orang putih "Be Careful What you Wish For".
Takut pula nanti, jika rakyat Permatang Pasir memberi mandat kepada BN, setelah menjadi "ANAK EMAS", pihak yang menawarkan status tersebut tidak dapat memenuhi segala impian yang dimahukan oleh "ANAK EMAS".
Jika kawasan tersebut mendapat taraf "ANAK EMAS", kawasan yang telah menyokong dan memberi undi kepada BN sejak sekian lama apakah statusnya???? "ANAK EMAS INTAN BERLIAN" kut......?
Dalam konteks meraih sokongan pengundi pada abad ini, sayugialah semua pihak berpijak dibumi nyata. Yang penting segala penawaran yang dibuat boleh dilaksanakan kelak oleh manusia juga. Bukannya terpaksa memerlukan bantuan hantu raya ataupun jin kelak!
Pada masa yang sama, kawasan - kawasan lain yang telahpun memberi undi kepada mana - mana parti yang membuat penawaran tersebut hendaklah diambil kira. Jangan pula mereka kecil hati kerana tidak mendapat layanan seperti "ANAK EMAS" juga dan menyebabkan sesuati parti itu kalah pula dikawasan lain disebabkan penawaran "ANAK EMAS" ini.
Para pemimpin politik sewajarnya membuat penawaran dalam mana - mana pilihanraya besar atau kecil. Namun begitu penawaran yang buat mestilah berdasarkan konsep - konsep dan dasar - dasar yang diperjuangkan oleh parti - parti tersebut sekarang ini.
Jadi berhati - hatilah membuat penawaran. Ingat penawaran kepada taraf "ANAK EMAS" ini telah gagal dibeberapa tempat. Janganlah ulanginya lagi. Carilah idea baru untuk diketengahkan kepada masyarakat dan pengundi.
Wednesday, August 19, 2009
UMNO / PAS - Pilihan Baru untuk ANDA!
Wednesday, August 12, 2009
Pertempuran Personaliti berkenaan PKFZ yang merugikan BN.
Friday, August 7, 2009
PAS / DAP DI SELANGOR - APA PUNYA PERANGAILAH DAP NI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Malah Tony Pua, seorang MP DAP terang - terang menuduh Hassan Ali bersekongkol dengan UMNO / BN dalam isu Arak dan mendesak MB Selangor menukar portfolio Ronnie Liu.
DAP menjanjikan politik baru kononnya ler. Tetapi politik yang cuba dibawah oleh DAP ialah lebih kepada cubaan menghasut kebencian ramai orang kepada UMNO / BN.
Masalah yang sekarang berlaku ialah antara sesama Pakatan Rakyat. Hassan Ali pula ialah seorang EXCO Kanan Selangor. Beliau tahu apa yang beliau buat malahan ARAK pula adalah HARAM dalam Islam. Yang dibuat oleh Hassan Ali kini ialah ikhtiar beliau selaku seorang makhluk untuk mempertahankan hukum agamanya. Itupun salah disisi DAP. Lebih teruk dituduh pula adanya campurtangan UMNO / BN. Bila pula????
Dalam aktiviti berpolitik pula, takkan tidak boleh ada cita - cita. Saya sendiri pun bercita - cita nak jadi PERDANA MENTERI. Dapat atau tidak akan bergantung pada usaha saya. Baguslah kalau Hassan Ali bercita - cita nak jadi MB baru Selangor. Sebabnya ialah ahli politik tiada cita - cita, ibaratnya akan matilah gerakan politiknya tidak lama lagi.
Sudah - sudahlah DAP. Kalau tidak boleh berkompromi dengan orang lain, usahlah sibuk - sibuk menuduh pula orang lain yang tidak tahu berkompromi.
Sekali kala, anda juga kena maklum bahawa rakan anda yang tidak suka kepada anda. Jangan tuduh orang lain. Jemulah.
DAP ini tidak habis - habis menuduh orang lain yang tidak pandai, bodoh, rasuah dan sebagainya lagi. Belajarlah untuk menerima perbezaan orang lain dengan hati yang terbuka. Jika tidak tahu bagaimana, belajarlah dari orang lain. Hassan ALi boleh beri pengajaran tersebut.
Wahai PAS, lihatlah dunia betapa bencinya DAP kepada anda. Sudahlah bersekongkol dengan mereka. Sila keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi bebas. Banyak yang boleh kita laksanakan.
DAP lebih la baik selesaikan isu Kg Buah Pala. Cakap pandai, bila kena kat batang hidung sendiri tuduh UMNO / BN.
Memang saya tulis ni dalam keadaan marah. Marah sebab politik DAP hanya Tai Chi masalah pada orang lain. Menyelesaikanya langsung tidak tahu. Mengapa perlu berkawan dengan parti yang tidak tahu apa - apa pun selain dari menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri.
Sepatutnya perbaiki la kelemahan sendiri supaya lebih baik dari orang lain.
SUDAHLAH DAP. HASSSAN ALI TERUS BERJUANG!
Wednesday, August 5, 2009
Barang keperluan seperti Gula & Beras tidak ada di pasaran atau mengcukupi……….?
MMMMMMMMMMMMMMMMmmmmmmmmmmm, kejadian – kejadian yang berlaku di
Dalam 2 – 3 bulan ini beberapa barang keperluan telahpun lenyap dari pasaran. Bermula dengan kekurangan ayam, kemudiannya Beras ST 15, dan sekarang ini gula pasir. Selepas ini pula yang akan lenyap ialah Minyak Masak Kelapa Sawit serta mungkin juga Telur Ayam Gred C. Sebabnya ialah bagi keluarga miskin yang tak mampu membuat rendang ayam atau daging, maka Telur Ayam Gred C menjadi pilihan sebagai hidangan paling istimewa sempena Hari Raya yang bakal menjelma.
Hairan juga mengapa ini boleh / dibiarkan berlaku? Sebabnya penternakan ayam ada dimana – mana di
Perkara ini bukan baru dan telah berlaku sebelum ini. Jadi kerajaan melalui agensi – agensi yang terbabit tidak belajar apa – apa akhirnya.
Takkanlah kita kehabisan minyak sawit sebab kita pengeluar utama dunia. Ia berlaku kerana sikap pengeluar yang tamak!
Bila gula pasir tak ada, mengapa tidak dipanggil tycoon yang memonopolinya.
Beras ST15 tak ada lagi lah lawak. Bila barang untuk orang miskin aje selalunya mesti tak ada. Lepas tu amatlah payah pihak – pihak yang berwajib ni nak mengambil berat. Maklumlah orang miskin! Beras di Malaysia dimonopoli oleh Bernas. Siapa punya? Nama yang selalu muncul berkaitan Bernas ini ialah Syed Mokhtar Al Bukhary dan Shahidan Kassim. Carilah mereka berdua ini dan tanya. Kalau pengeluaran dalam
Yang susah terus – terusan orang miskin.
Kerajaan sedarlah dan proaktif dalam mengambil tindakan.
Jangan nanti rakyat pula yang proaktif menolak Kerajaan!
Thursday, July 30, 2009
Kritik / Pandangan berkenaan Jenama Islam pada produk - produk Perbankan
Penggunaan jenama Islam pada produk – produk perbankan serta perkhidmatan wajar dinilai semula dan diperhalusi kembali!
Kini jenama Islam diletakkan pada Bank, Kad Kredit, produk – produk pembiayaian, instrument – instrument kewangan seperti Sukuk, dan sebagainya lagi. Malahan Bank – Bank asing seperti Citibank telah menyatakan hasrat untuk meluaskan perbankan Islam di Malaysia serta Asia.
Bagus, mungkin?! Ya?!
Sebabnya ia meluaskan Islam dalam konteks kehidupan duniawi dan memberikan kefahaman baru terhadap agama suci ini. Namun begitu, keuntungan yang diambil dari produk – produk tersebut kadang kala terlampau mahal dari faedah yang dikenakan oleh produk – produk konvensional.
Malahan YB Ustaz Haji Hadi Awang, Presiden PAS telahpun menyatakan bahawa perlunya ada timbang rasa di antara peminjam dan bank. Tetapi perbankan Islam di Malaysia tidaklah menunjukkan adanya timbang rasa tersebut.
Keuntungan yang diambil berlipat ganda, perkhidmatan yang diberikan pula seperti melepaskan batuk ditangga. Yang malu serta tercemar ialah Islam itu sendiri.
Jika ditanya kenapa mahal berbanding kos serta caj – caj lain perbankan konvensional? Jawapannya mudah iaitu kerana kami baru dan perlulah sokongan kewangan yang lebih maka terpaksalah ia lebih mahal dari yang perbankan konvensional. Lagi sekali nama Islam digunakan sewenang – wenangnya.
Akibat kegagalan bank itu sendiri untuk mengurangkan kos dan menjadi lebih efisien nama Islam digunakan untuk melepaskan tanggungjawabnya. Amat tidak bertanggungjawab sama sekali!
Kini segolongan mahasiswa pula complain berkenaan PTPTN tidak menyediakan wadah pinjaman pelajaran yang berkonsepkan Islam kononnya. Malahan faedah 4% yang ditawarkan dikatakan pula adalah terlampau tinggi.
Maka PTPTN hari ini telah menyediakan pelan yang berlandaskan Islam dan faedahnya hanya 1%. Wahai adik – adik mahasiswa sekalian, keuntungan yang diambil untuk produk – produk yang namanya Islam di bank – bank adalah lebih tinggi dari 4%. Silalah mengkaji dan menulis berkenaannya. Produk - produk yang dikeluarkan atas nama Islam ini pula, kadang kala tidaklah lebih baik. Ini kerana orang yang mencadangkannya kemungkinan tidak faham konsep Islam sepenuhnya.
Ramai beranggapan Islam itu hanya berdasarkan 5 rukun Islam & 6 rukun Iman. Konsep ihsan, bersih, ikhlas, amanah dilupakan dalam sedar! Masyarakat yang beragama Islam pula agak takut untuk menyatakan kesalahan – kesalahan tadbir urus produk – produk perbankan atas jenama Islam. Takut – takut dikatakan tidak faham Islam ataupun mungkin ada yang akan terus menuduh orang yang berkenaan kafir! Ini berlaku dalam masyarakat kita. Sedangkan Nabi S.A.W. hanya menyatakan Abdullah Ibnu Salul munafik hanya setelah turunnya ayat Allah. Kita hari ini sewenang – wenangnya menuduh orang lain kafir hanya kerana berbeza pendapat yang sebegitu kecil sekali.
Persoalan ini diburukkan lagi dengan panel syariah perbankan Islam yang tidak cukup kuasa dalam memainkan peranan yang sepatutnya. Dipihak ahli – ahli Majlis Fatwa serta JAKIM pula, sepatutnya ada Jawatankuasa Khas yang membincangkan konsep Islam pada perbankan dengan lebih aktif lagi.
Ini amat perlu kerana nama baik Islam digunakan untuk tujuan pengambilan untung. Janganlah hanya kerana inginkan nama Islam digunakan maka yang tercemar semula ialah Islam itu sendiri!
Wednesday, July 22, 2009
Cara serta kaedah protokol, etika berpakaian, mahu pun hubungan di antara Menteri dan rakyat terlampau mengongkong
Soal dimana Menteri tinggal contoh merupakan persoalan peribadi serta citarasa masing – masing. Walaupun begitu ada Menteri yang tinggal dikawasan yang sekian ramai pun tak tahu dimana lokasinya.
Sebagai contoh, baru – baru ini, Dato’ Seri Najib dan rombongan baru sahaja pulang dari menunaikan Umrah di Mekah dan disambut oleh para kenamaan. Malangnya pakaian majoriti yang hadir dengan berkot, bertali leher memberikan isyarat kepada rakyat bahawa kami semua ini amat elit, dan cara berpakaian kami tidak sesuai dengan anda!
Pada era Pak Lah, setiap hari Khamis pemakaian Batik digalakan, namun ianya tidak diberikan perhatian yang agak khusus. Cari hari Khamis nampak caca merba. Ada Menteri yang begitu selasa berkot dan bertali leher hatta ke tandas sekalipun. Jadi rakyat nampak, begitu jauh sekali hubungan berpakaian di antara Menteri dengan rakyat kebanyakkan.
Jika Barrack Obama dijadikan contoh, kita nampak beliau berpakaian mengikut suasana dan bersesuaian. Janganlah melalui berpakaian ini menampakkan kita terlampau keras, terlalu stylo dan masyarakat terbanyak lari melihat kita kelak.
Ini belum lagi dilihat dari sudut protokol. Protokol kita ini begitu terkongkong. Betul ia perlu dalam keadaan dan suasana yang tertentu. Tetapi bila ia melibatkan program – program bercorak kemasyarakatan longgar dan kurangkanlah, termasuklah dalam berpakaian. Tidak perlulah berkot, bertali leher, berbaju Melayu dengan bersamping harga RM3,000. Malahan laluan VIP yang ada permaidani merah perlulah ditiadakan dalam keadaan – keadaan tertentu. Ini tidak, program diperingkat Kampung pun perlu diadakan permaidani merah ini. Pelik jugalah. Kos menyediakannya agak mahal juga. Se
Malahan pakaian para pegawai kerajaan yang turun ke padang pun perlu bersesuaian. Ada kalanya para pegawai ini lebih selesa berkot, bertali leher walaupun ditengah panas. Mengapa? Saya pun tak pasti. Afrika aje begitu rasanya.
Nanti masyarakat yang datang ke program – program tersebut akan merasa lebih jauh dan meninggalkan kita kelak, bilamana undi mereka menjadi begitu penting kepada kita.
Realitinya tidak semua ahli masyarakat yang seberjaya, sekaya ataupun mungkin sehebat kita. Majoritinya masih dalam kategori berpendapatan sederhana dan apa yang mungkin mereka ada hanya cukup sekadarnya.
Masyarakat juga begitu cerdik dalam menilai. Tidak perlu MACC memberitahu mereka jika apa yang kita ada sebenarnya bukan hak kita.
Jadi berubahlah sedikit. Biar masyarakat nampak bahawa Menteri adalah sebahagian dari mereka. Zaman yang bila Menteri bercakap orang tergangga dan mengiyakan sahaja telah berlalu.
Ini zaman berjumpa Menteri untuk memberi maklum balas dan mengkritik. Inilah dia komunikasi berhala – hala yang sentiasa disebut dibibir – bibir Menteri. Cumanya praktik sahaja yang masih kurang!
Jadi pratikkanlah!
Monday, July 20, 2009
Isu Pendidikan Anak – Anak lagi…..
DAP menyatakan PPMSI perlu diteruskan, sementara PAS bersetuju dengan langkah Kerajaan. Cumanya PAS mahu ia dilaksanakan segera dan bukannya bermula pada tahun 2012.
Rupa – rupanya para pemimpin politik memang amat berminat untuk mempolitikan pendidikan. Jika semasa PAS mengambil alih Terengganu, anak – anak yang belajar di Tadika KEMAS tiba – tiba dihalau keluar dan tiada tempat pembelajaran alternatif diberikan.
Saya sebenarnya amat pantang dan begitu marah jika pendidikan anak – anak bangsa dipolitikkan. Sedarlah wahai insan – insan yang berpolitik bahawa Tadika Kemas sebagai contohnya memberikan pendidikan asas kepada majoritinya anak – anak yang datang dari keluarga miskin. Jangan kerana parti anda pun mempunyai rangkaian Tadika yang tersendiri maka anda menganggap Tadika yang lain hanya akan menyebabkan neraka ALLAH akan lebih ramai penghuninya kelak!
Sepatutnya pendidikan anak – anak terutama dari keluarga miskin dibantu oleh semua pihak baik kerajaan, parti – parti politik dan keseluruhan masyarakat setempat.
Satu lagi jangan mengajar anak – anak tersebut tentang berpolitik gaya bodoh kita semua, kerana umur mereka belumlah lagi sampai untuk menilai yang mana baik dan buruk. Yang perlu ialah menunjuk ajar dengan tulus dan ikhlas.
Semalam Saudara Razali Ibrahim (Naib Ketua Pemuda UMNO), menyarankan agar UPSR dimansuhkan kerana ia didapati tidak fokus kepada pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran.
UPSR juga menurut beliau menjadi medium persaingan murid-murid untuk memasuki sekolah berasrama penuh dengan hanya menumpukan lima mata pelajaran sahaja. Ehhhh sudah tentulah.
Diberitakan bahawa kerajaan mahu menggunakan pendekatan baru dan seimbang seperti menilai prestasi pelajar secara holistik. Ini yang bakal menjadi persoalan. Setiap Menteri baru yang naik, aktiviti berkaitan pendidikan berubah – ubah sebagaimana pasang surutnya air laut.
Apa sahaja pendekatan yang hendak digunakan mestilah telus dan objektif.
Yang pasti perlu ada ialah memberikan segala jawapan kepada permohonan ke tingkat seterusnya dan bukannya menyediakan jawapan yang meleret sehingga tiada siapa yang pasti kelak dimana kesudahannya.
Kemasukkan ke sekolah – sekolah asrama penuh sekarang ini sebenarnya penuh enigma. Bayangkanlah berapa banyak kuota – kuota tertentu telah disediakan untuk anak – anak tentera, Polis. Kakitangan Kerajaan, Felda, Felcra dan lain – lain. Malahan dengarnya ada juga kuota untuk anak – anak kakitangan MARA. Jadi anak – anak dari golongan yang bukan di atas bagaimana pula?
Akhirnya semua pihak yang menguruskan pendidikan anak – anak perlu telus, jujur dan ikhlas.
Jangan kita perjudikan teras pendidikan anak – anak untuk keuntungan politik yang sementara.
Friday, July 17, 2009
The finer things in life……..
- Looking for a 2nd wife or as permitted by your religion.
(Ooooops, just dream ok!)
- A better Food such as Pacific Cod, Salmon from Denmark, Irish Blue Mackerel, Kobe
Beef……… All freshly air flown not frozen………….
(You will be never satisfy)
- A better drinks other than Fruit Juices i.e. Moet & Chandon Champagne, A 21 years
Single Malt Whisky, …………………..
(This will cost your money a lot)
- A better entertainment but it is not concert. Something likes Private Room at Casino……
(See Las Vegas at 701 Astro Channel than you will know)
- A better gadget be it car, mobile phone, etc,etc,etc,etc,etc
(It will not make you sleep better)
- A bigger house on top of Hills at MINES, Damansara Heights, Bukit Tunku
(I wish I have it)
- Vacationing all year round
(Other than dreaming about it in front of Travel Channel)
In my real life I do have chances to taste some of it (I’m not referring to the Liquor), so please set your priority and experience it!
But some will be just be a dream.
The list above although not exhausted are the current typical life of the rich in Malaysia.
Be one, and when you’re there, choose wisely.
Friday, July 10, 2009
Apakah yang bakal berlaku selepas pemansuhan PPMSI oleh Menteri Pelajaran tempoh hari?
Saya dengan jujurnya bersetuju agar PPMSI ini diteruskan. Ini selaras dengan konsep pembelajaran dan pengajaran JQAF. Melalui JQAF, anak – anak Melayu / Islam bukan sahaja akan mendalami Islam tetapi juga akan dapat belajar Bahasa Arab. Belajar bahasa sahaja tidak cukup tanpa pratik. Tetapi melalui JQAF ini anak – anak ini tadi dapat mendalami Islam dan seterusnya mempratikkan penggunaan Bahasa Arab.
Melalui PPMSI ini saya lihat bahawa, penggunaan Bahasa Inggeris dapat dipratikkan. Malangnya dasar yang bagus ini terganggu akibat perlaksanaan yang lemah oleh Kementerian Pelajaran dan kelicikan politik. Kementerian Pelajaran
Kini, mansuhlah sudah PPMSI. Namun begitu, isu ini masih tidak reda. Sasterawan Negara Pak A Samad Said mahu ini dimansuhkan menjelang tahun 2010. YB Mahfuz (PAS) menuduh bahawa, ia hanya dimansuhkan pada 2012 kerana kontrak kroni yang sedia ada dan persediaan untuk PRU 13.
Menurut laporan berita pula, Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan bahawa akibat pemansuhan ini Kerajaan akan berjimat RM40 juta setahun, tetapi akan membelanjakan RM5 billion bagi memperkasakan Bahasa Inggeris di sekolah – sekolah. Saya tak pasti samada hendak menangis atau ketawa dengan hujah ini.
Yang nampak sibuk dihujahkan ialah memperkasakan Bahasa Inggeris agar lebih mantap melalui pengenalan asas – asas baru pembelajaran termasuklah memperkenalkan “English Literature”. Untuk makluman semua “English Literature” bukanlah cerita Mickey Mouse dan Tom & Jerry!
Tetapi tiada siapa pun yang bercakap untuk memperkasakan lagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Malahan pengajaran Kesusasteraan Melayu tidaklah dititik beratkan langsung. Malahan, Menteri Pelajaran sebelum ini ini memperkenalkan karya – karya penulis – penulis baru. Karya - karya agung seperti Sejarah Melayu ataupun yang ditulis oleh Sasterawan Negera dikatakan terlampau kompleks untuk difahami. Ajar “English Literature” boleh, tetapi karya Kesusasteraan Melayu adalah amat kompleks. Ini cerita apa sebenarnya.
Walaupun sudah dimansuhkan PPMSI, Bahasa Melayu akan juga terkepung di tanah airnya sendiri!.
Kerajaan seharusnya memberikan cadangan bagaimana Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan diperkasakan. Bukannya mengambil mudah bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa Ibunda dan ianya tentu mudah difahami berbanding Bahasa Inggeris.
Memang ada bukti bahawa dasar – dasar Kerajaan dilaksanakan tanpa difikirkan dengan waras.
Nampak gayanya semuanya serba salah. Jadi apakah yang betulnya?
Jangan JQAF juga dimansuhkan, sebab bukan diajar dalam Bahasa Melayu!